Setahun Menunggu Penjaga

Assalamualaikum w.b.t



Tidak bertemu sehari rindunya seperti setahun. Tidak boleh jumpa empunya diri, dapat tengok rumahnya sudah memadai. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. banyak sekali perumpaan apabila diri sedang di lamun cinta, saat bahagia dn macam-macam lagi yang mana semua berkaitan dengan hati dan orang yang tersayang.


Tetapi agak sedih, duka dan lara apabila ditinggalkan oleh orang yang di sayangi. Sakitnya itu di sini. Di mana??? Anda sahaja yang tahu. Kalau manusia punya perasaaan, apatah lagi haiwan yang memang sesiapa sahaja akan menyukainya walau apa jua keadaan yang tiba. Kucing

Siapa pencinta kucing sudah pastinya kasih terhadap haiwan ini tidak berbelah bahagi. Kelibat dan gelagat kucing sahaja akan membuatkan sesiapa sahaja terhibur. Manjanya seperti anak kecil. Jadi kenapa kena tinggalkan kucing ini sendirian di jalanan. Sedih tahu..

Belgorod (Russia): Seekor kucing yang duduk di tempat sama sejak setahun lalu setelah ditinggalkan pemiliknya menjadi viral di media sosial.
Gambar haiwan itu yang duduk di atas penutup lubang pembentungan di satu kawasan di Belgorod, Russia, pertama kali dirakam pada 2015.
Ia dilapor datang ke tempat yang sama setiap hari sejak ditinggalkan, seolah-olah menunggu tuannya.
Kisah kucing yang ditinggalkan itu dimuat naik ke Facebook oleh pengguna bernama Ostap Zadunayskiy.
Menurut lelaki berkenaan, dia mendapat tahu pemilik kucing terbabit pernah tinggal di kawasan berhampiran sebelum berpindah selepas menjual apartmentnya.
Menurut penduduk tempatan, mereka melihat kucing itu berlari mengejar tuannya apabila ditinggalkan.
Ia tunggu di tempat yang sama sejak itu.
“Inilah contoh kekejaman manusia dan kesetiaan haiwan sebenar,” kata Zadunayskiy.
Dia turut memuji tindakan penduduk tempatan yang memberi kucing itu makan setiap hari.
Ramai pengguna memetik kata-kata dari buku The Little Prince karya Antoine de Saint-Exupery, yang mengatakan: “Anda bertanggungjawab selamanya ke atas apa yang sudah anda jinakkan.”
Sedih tahu apabila di tinggalkan. Nampak kan betapa kucing ini sangat mengaharapkan penjaganya mengambil nya kembali. 
Bagaimanapun, ramai juga yang curiga dengan cerita itu dan berpendapat kucing itu memang ada di situ kerana ia diberi makan setiap hari. - Agensi
Memang lah kan, kalau ada yang sudi memberi makan untuk hilangkan lapar, siapa yang tidak akan tunggu. Apapun, sayangilah kucing anda selagi ia masih hidup dan berada di depan mata.WALLAHUALAM

4 komen:

  1. setianya kucing tu sanggup tunggu tuan dia.

    kalau kucing masih hidup sayangilah dia kan :)

    ReplyDelete
  2. aduuui... mau mengalir air mata saya baca kisah kucing ni... teringat kucing2 yang 18 ekor di rumah.

    ReplyDelete
  3. kalau tak tahu boleh tanya kucing tu sendiri..

    hebat macam mana pun teknologi kita masih belum mampu menguasai bahasa haiwan secara langsung macam Nabi Daud Sulaiman A.S

    ReplyDelete
  4. Alololo siannya kucing tu..setia duk tggu..

    ReplyDelete