Tuah Nama Anak Panda

Assalamualaikum w.b.t

Tuah Nama Anak Panda

Bertuah betul badan siapa yang dapat memenangi hati penganjur atas pemilihan nama buat anak panda yang comel ini. Sudah 7 bulan kelahirannya, baru anak panda dapat nama. Comel betul pilihan-pilihan untuk anak panda ini.

Putrajaya: Nama anak panda gergasi yang dilahirkan di Zoo Negara Ogos lalu akan diumumkan Khamis ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pengumuman akan dibuat di Zoo Negara.
Katanya, pertandingan menamakan anak panda gergasi yang berlangsung antara 17 November hingga and 17 Disember lalu memperoleh 22,830 penyertaan dari seluruh negara.
"Daripada 22,830 penyertaan yang diterima 15 nama disenarai pendek, dan sembilan nama dipilih pihak penganjur melalui proses saringan yang telus dan sistematik oleh panel juri profesional.
"Semua sembilan nama itu sudah dihantar kepada Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA) Republik Rakyat China untuk persetujuan mereka.
"Antara nama popular yang paling banyak diterima daripada peserta adalah Jie Jie, Zi Zi, En En, Mei Mei, Ying Ying, Xiang Xiang, Yuan Yuan, Zi Yan dan Zhen Zhen,"katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Wan Junaidi berkata, hadiah utama adalah kereta Perodua Myvi, manakala penganjur turut menyediakan dua motosik Demak Rino dan Demak DJ 90, televisyen LCD berukuran 43 inci dan hadiah wang tunai kepada lima pemenang saguhati. sumber: harian metro
Lumayan sungguh hadiah yang di tawarkan. Anak panda memang membawa tuah kepada si pemenang nanti. Jadi tunggu sahaja keputusannya.

6 komen:

  1. hmm...bagi nama pun dapat hadiah best-best..

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi ♥
    wahhhh..hebat hadiah dia....

    ReplyDelete
  3. comelnya anak panda ni...geram nak pegang..hehe

    ReplyDelete
  4. lepas ni x tau la macam mana punya best layanan anak panda ni dapat...

    ReplyDelete
  5. Bertuah btol laa sapa yg mnang

    ReplyDelete
  6. Bertuah btol laa sapa yg mnang

    ReplyDelete