Resepi Mudah Sotong Dan Udang Masak Kunyit - KhatyAiman KhatyAiman: Resepi Mudah Sotong Dan Udang Masak Kunyit
Textual description of firstImageUrl

Resepi Mudah Sotong Dan Udang Masak Kunyit

khatyaiman | 5/19/2016 03:26:00 pm | 2 Komen

Resepi Mudah Sotong Dan Udang Masak Kunyit

Assalamualaikum w.b.t. Siapa tidak suka akan sotong dan udang masak kunyit. Masak apa sekalipun, kalau dah namanya sotong  dan udang mesti sedap. Susahkah nak buat sotong dan udang masak kunyit.?? Mudah saja. Hendak lagi mudah order sahaja dekat kedai makan. Gurau saja ya.

Resepi Mudah Sotong Dan Udang Masak Kunyit

Resepi sotong dan udang masak kunyit ini sangat senang kerana masak pun dah lewat malam. Maklumlah, hujan turun perut pun lapar. Tidak sampai 10 minit hidangan sotong masak kunyit ini siap. Pantas tak, ke ada lagi yang pantas dari khaty.

Bahan-bahan sotong dan udang masak kunyit

3-4 ekor sotong
5-6 ekor udang
6-8 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1-2 sudu serbuk kunyit
garam
minyak

Cara-cara memasak sotong dan udang masak kunyit

  1. potong kecil-kecil sotong
  2. potong bawang dan cili padi halus-halus
  3. panaskan minyak
  4. tumiskan bawang besar,bawang putih dan cili padi
  5. masukkan kunyit dan juga juga secukup rasa
  6. masukkan sotong dan udang,kemudian masak seketika. Jangan terlalu lama kerana jika terlalu lama manis sotong dan udang akan hilang
  7. Tutup api dan siap untuk di hidang

Nampak tak betapa senangnya resepi sotong dan udang masak kunyit ini dimasak. Kena kreatif dan yang paling penting rajin. Resepi sotong dan udang masak kunyit ini jika anda mahu ubah ke lauk yang lain juga boleh, tapi jangan lah pula masak daging jika anda sudah lapar seperti harimau, nanti tertidur tunggu daging masak. Perumpamaan sahaja.

Selamat mencuba.

2 comments:

  1. mmg selalu buat cam ni je ... nak lagi sedap saya tumbuk bahan td tu termasuk halia dah sedikit lada hitam ....

    ReplyDelete
  2. wah.. cam menarik je nih.. ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com