Panduan Minum Air 3 Liter Di Bulan Puasa

Tips Minum Air Dibulan Puasa ( 3 Liter )

Assalamualaikum w.b.t

Bulan puasa macam mana hendak cukup minum air 3 liter dalam badan. Perlukah sampai kena buka puasa? Ada panduan atau tips tak mengenai pengambilan air 3 liter di bulan puasa? Khaty ada terjumpa tips atau panduan minum air 3 liter di bulan puasa tanpa menggangu ibadah puasa kita.

tips panduan minum air 3 liter di bulan puasa jom kurus

Sebenarnya bagi mereka yang memang serius hendak turunkan berat badan memang perkara yang wajib di patuhi adalah pengambilan air putih sekurang-kurangnya 3 liter sehari dan juga juga lebih bagi mengikut kesesuaian badan masing-masing. khaty bukan lah pakar sangat, tetapi ambil tahu juga sebab khaty juga salah seorang dalam golongan yang berat badan harus di kurang kan juga.

Tips atau panduan minum air 3 liter di bulan puasa

  1. Ambil 2 gelas air selepas bangun tidur -->Sememang nya tabiat ini memang bagus walaupun kita tidak menempuh bulan puasa, memang di amalkan setiap hari lagi bagus kerana air kosong yang memasuki perut kita akan mencuci segala kotoran yang ada di dalam perut kita tanpa bahan pengawet.
  2. Ambil 2 gelas air selepas bersahur --> Ini adalah bantuan kepada kita untuk membantu badan kekal sihat dan cergas sewaktu menjalani ibadah puasa di siang hari. Boleh ja tambah hirisan lemon untuk air lebih sedap.
  3. Ambil 2 gelas air selepas azan maghrib --> Waktu berbuka jangan sesekali melengahkannya. Selepas makan kurma, minum air putih secara perlahan-lahan. Tahan nafsu ya apabila waktu berbuka. Kata nak kurus kan??
  4. Ambil 1 gelas sebelum dan selepas solat maghrib
  5. Ambil 2 gelas sebelum dan selepas solat isya'
  6. Ambil 2 gelas selepas solat terawih
  7. Ambil 2 gelas sebelum waktu tidur --> minum air sebelum tidur bagus tau untuk proses penyejukan bada, bukan sejuk macam ais, tetapi kita akan rasa selesa sebab air yang cukup akan memberi aura dan tenaga yang bagus untuk badan kita berfungsi.

Nampak tak macam mana kita boleh cukup minum air walaupun dalam bulan puasa. Tetapi boleh kah kita melakukannya?? Mesti ada yang muntah kalau baru nak cuba, jangan kata anda, khaty sendiri juga akan muntah. Minum air putih banyak sangat dalam jangka masa yang pendek memang membuatkan kita loya. Tetapi kita juga kena kreatif dan bijak untuk tambah sedikit hirisan lemon atau pun madu biar air itu bau nya sedap dan memang akan menarik kita untuk meminumnya.

Tidak cuba anda tidak tahu. 

Kurus sebelum raya dengan  Skinny teas bymyna 
Cantik semasa raya dengan  Vitcfacemist bymyna

3 komen:

  1. Hai :D Jemputlah join segmen terbaru Nisha ya ^^ http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/06/segmen-bloglist-bulan-jun-julai-by-hbj.html

    ReplyDelete
  2. nak sedap pekena air buah la.hehe

    ReplyDelete