Kari kepala ikan Jenahak

Hujung minggu memasak Kari Kepala Ikan Jenahak

Assalamualaikum w.b.t
Hujung minggu keniasannya kalau tak ada rancangan untuk aktiviti luar, masak memasak bersama keluarga biras adalah satu kemestian. Pantang jumpa mesti masak. Nak masak mesti kena jumpa dan berkumpul. Apa yang istimewa?? Kari kepala ikan jenahak. Beruntung dapat biras yang menjalankan perniagaan jualan barang basah. Ikan jenahak menjadi pilihan. Jadi, apa lagi, mari la memasak. 

Hujung minggu memasak Kari Kepala Ikan Jenahak

Bahan-bahan Kari Kepala Ikan Jenahak

2 ekor ikan jenahak
Pes kari ikan ( beli dari pekan hari rm3 )
1 biji tomato
5-10 batang bendi
2 sudu herba campur
2 tangkai daun kari
1 biji kelapa ( ambil santannya )
sedikit minyak
asam jawa
garam/gula

Cara nak buat kari

  • panaskan minyak
  • tumis daun kari dengan sebiji tomato ( untuk bagi kari wangi)
  • masukkan pes kari
  • kacau sehingga pecah minyak
  • masukkan kepala ikan jenahak
  • biar sehingga separuh masak
  • masukkan santan , air asam jawa dan bendi
  • biar hingga mendidih
  • masukkan garam dan gula secukup rasa
Ok dah siap dan sedia untuk menjamu selera. Korang tumbuk sambal belacan sikit dan tambah ulam-ulaman, mesti makan nasi bertambah-tambah. Selamat mencuba.

10 komen:

  1. Replies
    1. saya sangat berterima kasih banyak MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan pesugihan dana ghaib nya kini kehidupan kami sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang tertulis didalam blok MBAH RAWA GUMPALA itu semuanya benar benar terbukti dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekaran sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau,saya tidak pernah menyangka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan MBAH,,bagi anda yang ingin dibantu sama MBAH RAWA GUMPALA silahkan hubungi MBAH di 085 316 106 111 insya allah beliau akan membantu anda dengan senang hati,pesugihan ini tanpa resiko apapun dan untuk lebih jelasnya buka saja blok mbah PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

      Delete
  2. tgok time ni memang berbunyi perut ha....

    ReplyDelete
  3. alahai pagi2 tgok gambar kari jenahak...my fav ni sis

    ReplyDelete
  4. ala sedapnya. terliur dah pagi2 ni

    ReplyDelete
  5. Wah.. sedapnya kalau dapat waktu lunch ini...
    Makan lak ngn nasi panas bersama sambal belacan.. Pergh!!

    ReplyDelete
  6. http://kiatcantik.com/ bagus banget kak…..

    ReplyDelete