lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 22 September 2016

Negeri Che Siti Wan Kembang; Pengalaman Percutian yang Tidak Dapat Dilupakan

Negeri Che Siti Wan Kembang; Pengalaman Percutian yang Tidak Dapat Dilupakan

Kali ni, meh kita usha negeri-negeri di sebelah pantai timur pulak. Berbeza dengan negeri Pahang dan Terengganu yang femes dengan taman negara dan pulau-pulau, to be honest tu semua korang takkan jumpa kat negeri Kelantan ni. But that fact doesn’t mean that takde tempat menarik untuk dilawati kat sini. Ada baaaanyak lagi tempat best yang korang boleh discover.  Kat negeri ni ada banyak tempat-tempat bersejarah, pasar-pasar besar dan pantai-pantai yang mendamaikan jiwa, haha! Masa mula-mula plan nak ke sana dulu, khaty pun agak blur sebab tak tau apa aktiviti best yang boleh dibuat kat sana. So post kali ni akan membantu korang yang tengah blur, macam khaty dulu ;)


Negeri Che Siti Wan Kembang; Pengalaman Percutian yang Tidak Dapat Dilupakan traveloka

Jangan risau.Banyak hotel Kota Bharu yang selesa korang boleh pilih. On my previous trip, Khaty dengan family stay kat the Perdana Hotel Kota Bharu. Memang kalau stay kat hotel mesti kena ada pool sebab anak-anak yang paling gembira.
The room was super okay considering the price that we paid. Untuk 2 bilik standard (double bed) ktorg dapat harga serendah RM80 satu malam! And breakfast was included (for 4 persons). Nak tau cane boleh dapat rate serendah ni? Meh sini nak bagitau rahsia. Ktorg book kat https://www.traveloka.com/en-my/! Tak caya, cuba la tengok. And lagi satu rahsia, korang boleh dapat harga lagi rendah kalau book kat apps. Tapi kena download dulu la apps nya. Don’t worry, free je ;) Banyak lagi hotel Kota Bharu lain yang korang boleh check out. Selain bilik yang selesa, hotel ni juga ada wifi free untuk guest. So siapa yang data fon selalu habis tu, chill je k. Balik bilik boleh sambung pakai internet lagi.


Makanan yang wajib di cari apabila bercuti di Negeri Che Siti Wan Kembang

Kalau pasal makan, korang tak perlu risau. Negeri Kelantan merupakan salah satu syurga makanan kat negara kita. Daripada sarapan, tengahari, minum petang sampaila ke makan malam, Khaty guarantee korang akan sentiasa kenyang dan happy dengan kepelbagaian makanan diorg. Nasik kerabu, gulai kawah, etok, cek mek molek, puteri mandi dan macam-macam lagi. 
Salah satu makanan yang wajib di cari. NASI KERABU ORIGINAL FROM KELANTAN. 
Negeri Che Siti Wan Kembang; Pengalaman Percutian yang Tidak Dapat Dilupakan traveloka
Kuih Cek Mek Molek ni memang sedap, nak pula sekarang tengah mengandung, asyik makan kuih ni saja, sebelum ni suka biasa-biasa ja.
Negeri Che Siti Wan Kembang; Pengalaman Percutian yang Tidak Dapat Dilupakan traveloka
Memang di kelantan kebanyakan makanan dah kuih muih manis, bak senyuman anda. Puteri mandi ni pun kalau anda dah makan, senyum ja lepas tu.
Negeri Che Siti Wan Kembang; Pengalaman Percutian yang Tidak Dapat Dilupakan traveloka
Etok ni sebenarnya tak pernah makan sebab memang tak berapa gemar sangat, tapi kawan pejabat yang memang orang kelantan kata, memang etok ni makanan popular kat sana. 
Pegi la kat mana pun, mesti jumpa kedai makan. Lagi satu, orang-orang Kelantan ni tak pernah kedekut dengan gula. So jangan la terkejut k. khaty siap bawak air kosong spare sebab tak tahan manis sangat, haha!


Tempat-tempat menarik apabila bercuti di Negeri Che Siti Wan Kembang

Tempat pertama yang wajib datang kat sini mesti la pasar Siti Khadijah. Dari pemerhatian, khaty rasa apa yang uniknya kat sini ialah kita dapat tengok budaya kaum wanita di sini yang suka berniaga. Bukan nak cakap takde orang lelaki, tapi kebanyakan perniagaan di sini dimonopoli oleh kaum wanita. 


Negeri Che Siti Wan Kembang; Pengalaman Percutian yang Tidak Dapat Dilupakan traveloka

Kebanyakan barang yang dijual di sini merupakan hasil kerja penduduk di sekitar pasar ni sendiri seperti keropok ikan, makanan-makanan ringan dan kain.

Negeri Che Siti Wan Kembang; Pengalaman Percutian yang Tidak Dapat Dilupakan traveloka


Negeri Che Siti Wan Kembang; Pengalaman Percutian yang Tidak Dapat Dilupakan traveloka


Negeri Che Siti Wan Kembang; Pengalaman Percutian yang Tidak Dapat Dilupakan traveloka

Cakap pasal kain, pasar ni merupakan syurga bagi segala jenis kain. Daripada tudung, kain pasang, songket, batik, semuaaa korang boleh cari. To be honest, hampir semua bajet khaty habis kat pasar ni je. khaty shopping habis-habisan kat sini. Kalau tak nanti takut menyesal.

Selain pasar, kami sempat melawat ke a few tempat bersejarah yang ada di sekitar bandar KB ni. Antaranya ialah Muzium Negeri, Muzium Adat Istiadat dan Muzium Istana Batu. Mungkin sebab khaty suka tengok barang-barang lama, artifak dan infografik so sebab tu khaty rasa ni antara momen yang best kat sini. Selain tu, khaty rasa lawatan ke tempat-tempat macam tu juga bagi kita peluang untuk menyelami perjalanan masa mengenai negeri Che Siti Wan Kembang ni. Baru la dapat feel sikit.


Negeri Che Siti Wan Kembang; Pengalaman Percutian yang Tidak Dapat Dilupakan traveloka

Bukan pantai kat Kelantan tak best, tapi bila dengar ja ada kawasan sejuk untuk bermandi manda, memang kami tak lepaskan peluang untuk pergi. Kali ni ktorg satu family decide nak cuba air terjun Jeram Linang yang terletak di Pasir Puteh. Jeram ni sangat attractive sebab kawasannya yang selesa dan sesuai untuk kanak-kanak. 


Negeri Che Siti Wan Kembang; Pengalaman Percutian yang Tidak Dapat Dilupakan traveloka

Bukan itu sahaja, jeram ni juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti tandas dan bilik mandi. Sebab tak puas mandi seharian, ktorg decide nak bermalam kat sini sebab esoknya nak teruskan explore tempat ni. Kan khaty dah cakap, kami ni memang pantang jumpa tempat-tempat yang boleh mandi manda ni. Ringan ja kaki melangkah masuk.



Dan sebab I’ve had a very good experience with Traveloka, khaty decide to give it another try. Memang tak mengecewakan, this site covers most of the hotel Kota Bharu dan kawasan-kawasan sekitarnya. We manage to get a comfortble room at a very reasonable price. Sangat puas hati.
Sebenarnya percutian ini memberi satu pandangan yang baru kepada khaty mengenai negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Walaupun pada mulanya rasa macam tak berbaloi nak datang bercuti kat sini, semua tu berubah bila khaty sendiri yang dapat rasa dan lalui pengalaman yang magical ni. Sekarang rasa tak sabar nak plan trip seterusnya ke sini lagi! Teringin nak try homestay di Kota Bharu pulak. Hmm, we’ll see what the future has in store for me ..

3 comments:

  1. memang menarik....dan kelantan memang terkenal dengan tempat percutian setiap tahun

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. saya sangat berterima kasih banyak MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan pesugihan dana ghaib nya kini kehidupan kami sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang tertulis didalam blok MBAH RAWA GUMPALA itu semuanya benar benar terbukti dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekaran sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau,saya tidak pernah menyangka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan MBAH,,bagi anda yang ingin dibantu sama MBAH RAWA GUMPALA silahkan hubungi MBAH di 085 316 106 111 insya allah beliau akan membantu anda dengan senang hati,pesugihan ini tanpa resiko apapun dan untuk lebih jelasnya buka saja blok mbah PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete