lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 3 November 2016

Kari kepala ikan nyok

Assalamualaikum
Agak lama tak main masak-masak kat dapur. Nak pula sekarang tak berapa nak sihat, alah masih belum habis. Minggu ni best sikit sebab husband pegi market cari lauk sama. Teringin nak makan ikan katanya.Selalunya pergi ngan anak-anak ja.
Dah dapat menu nak masak hari ni. Kari kepala ikan nyok. Yummy...
Sapa tak suka dengan kari. kalau orang penang memang lauk wajib. nak buat kari pun kena tengok ikan juga, kalau tidak nanti tak habis makan membazir. Ikan nyok ni memang sesuai sangat sebab manis dan lemak ikan tu buat kari lagi marvelesss.

Bukan semua orang suka bahagian kepala. Tapi khaty suka. Mungkin sebab dari kecik lagi dok biasa tengok mak masak kat bapa kan. 

Bahan-bahan kari ikan nyok


1 ekor ikan nyok ( saiz sedang )
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu herba campur
6-8 batang bendi
1 biji tomato
1 mangkuk santan
serbuk kari + air ( gaul jadikan pes )
minyak 
air asam jawa
garam
gula

Cara memasak kari ikan nyok


Panaskan minyak di dalam periuk. Goreng tomota dahulu sehingga agak lembut ( untuk bagi kari lagi wangi dan sedap ). Blend kan bawang besar dan bawang putih dan herba campur. Tumis sehingga naik bau. Masukkan pes kari tadi. Ikut citarasa sendiri jumlah serbuk kari yang anda inginkan.

Kacau sehingga pes pecah minyak dan masukkan kepala, isi ikan serta daun kari. Biarkan seketika, masukkan santan, air asam jawa dan bendi. Masukkan garam secukup rasa. Setelah mendidih boleh tutup api dan siap untuk di hidang

Selamat mencuba.

4 comments:

  1. yum yum sedapnya... klu sblah rumah blh p terjah ni.... hehe

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...

    sedap nyer... terliuh pulak..

    mselim3

    pls; yummm2

    ReplyDelete
  3. Tu diaaaa...lapar terus tgok entry Khaty ni....

    ReplyDelete