Resepi Masak Lemak Nangka Muda Bersama Daun Salam

Air Tangan Tok : Resepi Masak Lemak Nangka Muda Bersama Daun Salam

Assalamualaikum w.b.t

Betul la kata kiasan, tiada yang setanding sedap melainkan masak mak dan juga masakan tok-tok @ orang lama. Nampak simple sangat, tapi sangat sedap sehingga menjilat jari dan membuatkan anda akan menambahkan lagi selera tanpa di suruh. Masak lemak nangka muda bersama daun salam. Masa pergi umah tok minggu lalu, tengok-tengok tok dah siap masak lemak nangka muda bersama daun salam.
 
Resepi Masak Lemak Nangka Muda Bersama Daun Salam
Memang kalau suruh khaty yang buat, rasanya memang ke laut la. Bukannya pandai sangat. Memang tok cakap simple ja, tapi nak buat tu yang tak berapa yakin.

Tips siang nangka muda

  • Sapukan pisau bersama minyak sebelum mengupas nangka ( kalau tak sapu minyak confirm tangan anda akan di penuhi denga getah nangka muda)
  • kemudian potong kecil-kecil, bentuk kiub untuk di masak
  • bilas dengan air
  • rebus seketika untuk lembutkan nangka muda tadi.

Cara membuat masak lemak nangka muda bersama daun salam.

  1. Setelah agak-agak sedikit empuk atau lembut nangka muda tadi, angkat dan toskan
  2. masukkan santan secukupnya di dalam periuk, sedang-sedang saja santan, jangan pekat jangan cair, 
  3. masukkan sekali bawang merah dan bawang putih yang telah di hiris tadi.
  4. boleh campurkan sedikit ikan bilis untuk menaikkan rasa masak lemak nangka
  5. masak seketika secara perlahan-lahan, dan masukkan nangka tadi dan bersama daun salam.
  6. tidak perlu tumis, masak semua sakali jalan.
  7. letak daun salam ni nak bagi bau masak lemak lagi sedap dan wangi.
  8. berhati-hati ya semasa masak jangan sampai santan pecah minyak, 
  9. setelah mendidih masukkan garam secukup rasa dan tutup api.
  10. korang goreng ikan kering dan buat sambal belacan untuk menambahkan lagi selera makan.
Selamat mencuba. 






5 komen: