lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Wednesday, 15 November 2017

09:43:00

DIY Cenderahati Di Printcious.Com

DIY Cenderahati Di Printcious.Com 

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Agak-agak kalau nak pergi majlis harijadi, majlis kahwin atau apa pun majlis yang di jemput, mestilah kita nak mencari sesuatu yang istimewa kan. Kalau majlis tersebut majlis orang yang kita rapat, lagi la nak cari yang paling kreatif kan. Dengar kata ada satu kedai cenderahati online yang di kenali sebagai printcious.com memang boleh selesaikan masalah anda yang nak cari hadiah atau cenderahati yang paling best. Lagi mudah dan cepat sebab kita tak perlu keluar rumah dan. Semuanya di hujung jari anda saja. Klik klik siap. Mudah kan. Kenapa perlu kita pilih  dalam printcious.com ni sebab ianya adalah idea kreatif yang lahir dari fikiran kita untuk di beri kepada yang teristimewa dengan hati yang ikhlas.

 https://www.printcious.com/my

Tuesday, 7 November 2017

09:43:00

Hiasan Rumah : 5 Barang Hiasan Dalaman Paling Diidamkan

5 Barang Hiasan Dalaman Rumah Idaman Hati


Assalamualaikum​ ​w.b.t


Memiliki rumah sendiri memang menjadi idaman setiap orang. Tidak kira rumah besar atau sederhana, yang penting ianya sebiji rumah untuk menjadi tempat kita berlindung. Sudah ada rumah, mestilah ada barang hiasan rumah untuk bagi lengkap rumah. Apa barang yang paling anda rasa sangat best untuk hiasan rumah anda supaya ianya kelihatan cantik dan selesa?


Hiasan Rumah : 5 Barang Hiasan Dalaman Paling Diidamkan


1. Wallpaper

Hiasan Rumah : 5 Barang Hiasan Dalaman Paling Diidamkan

Ini memang idaman sangat untuk hiasan rumah . Bukan apa, bila balik rumah, penat-penat kerja, tengok ja wallpaper macam ni, memang satu kepuasan la. Selain dari itu, ruang tamu jadi sangat segar dan cantik. Kalau tetamu datang pun mesti seronok kan. Mesti rasa nak rajin singgah rumah sebab cantik kan.

Wallpaper yang berwarna hijau memang boleh sejukkan pandangan mata yang
memandang. Tidak kira tetamu atau kita sendiri bila masuk melangkah ke rumah ja,rasa tenang ja.

2. Cermin

Hiasan Rumah : 5 Barang Hiasan Dalaman Paling Diidamkan

Memang menjadi lumrah dalam sebuah rumah mesti kena ada cermin. Tidak kisah la, cermin di letak di mana-mana bahagian sekalipun, tetapi dengan memilih cermin yang betul untuk hiasan rumah, ianya dapat memperluaskan ruang dalam rumah anda. Seronok kan dapat cermin besar-besar macam ni, terasa puas melihat nya.

Cermin yang berbetuk empat segi sama memang sangat sesuai untuk di letakkan di ruang tamu ataupun ruang makan. Tetapi pastikan pasang jarak tinggi sedikit untuk elakkan anak² kecil main.

3. Alas kaki dapur

Hiasan Rumah : 5 Barang Hiasan Dalaman Paling Diidamkan

Wanita biasalah, bahagian dapur merupakan bahagian yang paling dan sentiasa dia berada. Jadi haruslah ada hiasan rumah seperti alas kaki yang cantik dan comel bagi menambahkan rasa seronok untuk melakukan aktiviti di dapur. Kadang-kadang dek kerana terlalu comel alasnya, nak pijak pun sayang sangat.

Alas kaki di dapur pun sama,cari yang boleh melakap elok di atas lantai. Betapa bahaya jika ianya mudah bergerak dengan kita yang aktif bergerak di dapur.

4. Tempat sangkut kunci dan simpanan surat

Hiasan Rumah : 5 Barang Hiasan Dalaman Paling Diidamkan

Yang ini memang sangat perlu. 2 in 1. Jadi tak perlu lah nak simpan merata-rata kunci dansurat. Nampak kecil, tetapi kalau simpan tak kena pada tempatnya, menangis tak berlagu nak mencari kalau hilang. Rak begini juga sangat bagus untuk kita menyimpan surat-surat dan kunci dari anak-anak kecil main. Dapat jimatkan ruang dan yang penting kemas.

5. Karpet

Hiasan Rumah : 5 Barang Hiasan Dalaman Paling Diidamkan

Ramai berpendapat karpet hanyalah hiasan yang biasa. Tetapi tahukah anda karpet ini juga dapat menaikkan seri ruang tamu anda. Bergantung kepada pemilihan warna dan corak. Kalau ada anak kecil , tidaklah begitu bahaya nak letak dia di atas lantai yang berlapikkan karpet. Kaki pun rasa selesa.

Tips untuk memilih carpet yang selamat,pastikan ianya melekap elok ketika di letakkan dia atas lantai bagi mengelakkan berlaku gelongsoran ketika berjalan. Bukan la kita perlu berbelanja mahal-mahal untuk cari karpet itu,cuma lebih bijak untuk memilih yang terbaik.

Kalau anda merasakan kurang yakin untuk mencari barang hiasan rumah yang sesuai,
mudah saja,boleh google atau anda boleh la melawat rumah sahabat-sahabat anda yang
rajin menghias rumah denga pelbagai barang hiasan rumah.

Jadi terpulang kepada pilihan dan citarasa masing-masing dalam mencantikkan dan
memilih hiasan rumah anda. Biar bijak memilih dari berlaku pembaziran. Semua nya boleh kita perolehi dengan mudah kalau kita mencari dengan tenang. Bukan apa, kalau kita mengikut nafsu, macam-macam kita nak beli, takut nanti simpan dalam stor tak di gunakan.


Wednesday, 4 October 2017

Wednesday, 6 September 2017

12:33:00

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantikeruntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com

Tuesday, 5 September 2017

10:45:00

Busana Muslimah dari LANAFIRA.COM

Busana Muslimah dari LANAFIRA.COM

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Bagi sesiapa yang suka online shopping baju muslimah, ini ada lagi satu jenama yang sedang meningkat naik iaitu LANAFIRA. Memang ada banyak pilihan. Rambang mata di buatnya. Harga yang di tawarkan sangat berbaloi.

Busana Muslimah dari LANAFIRA.COM

TRENDY, AFFORDABLE, QUALITY

"We are a passion-driven company with a mission to create stylish yet affordable clothing without comprising quality."

"Our focus is on women and Muslimah clothing which includes long dress, baju kurung, jubah, tops, skirt, scarves and tudung."
Itu lah matlamat dari LANAFIRA. Pengkhususan lebih kepada wanita dalam menjaga penampilan diri untuk nampak lebih yakin dan up to date.

Busana Muslimah dari LANAFIRA.COM


Busana Muslimah dari LANAFIRA.COM



Busana Muslimah dari LANAFIRA.COM

Ini adalah sebahagian dari koleksi LANAFIRA . Ada banyak lagi tau. Boleh la anda tengok dahulu sebelum buat pilihan. Tetapi sehingga nampak nya macam banyak yang dah sold out. Maklum lah harga dan design baju sangat berpatutan.

LANAFIRA juga ada berkongsi mengenai tips yang wajib diketahui sebelum membeli-belah melalui butik muslimah online :-

Teknik Memilih Saiz Pakaian

Antara salah satu sebab mengapa terdapat segelintir golongan tidak gemar membeli pakaian melalui butik muslimah online adalah kerana mereka tidak mengetahui saiz badan yang tepat sehinggalah tersalah memilih saiz.

Walaupun kebanyakan butik muslimah online menawarkan perkhidmatan menukar saiz, proses ini amat leceh kerana anda perlu menghantar semula pakaian tersebut dan membayar kos penghantaran pos.

Berikut adalah cara untuk mengukur saiz pakaian anda: –
  1. Cari pakaian yang anda rasakan paling tepat dengan ukuran badan anda yang terkini.
  2. Bentangkan pakaian tersebut di atas lantai.
  3. Ambil pita pengukur dan ukur maklumat seperti: –
    1. Ukuran bahu
    2. Ukuran dada
    3. Ukuran labuh
    4. Ukuran pinggang
Walaupun kebiasaannya terdapat ukuran-ukuran lain, dengan 4 ukuran di atas sudah cukup untuk membantu anda memilih saiz paling tepat bagi pakaian yang ingin anda beli.

Bandingkan 4 ukuran di atas dengan carta saiz yang disediakan.

Anda juga boleh melawati laman sesawang dibawah untuk melihat pelbagai lagi koleksi yang ada. 




Jangan tunggu lama-lama, nanti pilihan hati di kebas orang. 

Wednesday, 30 August 2017

16:55:00

FEMILAC MILK BOOSTER DARI FEEDMILK

Tiba-tiba bengkak sebab Femilac Milk Booster #tibetibengkak dari Feedmilk

Assalamualaikum. Hai semua. Mommies mesti suka bila mana breast tiba-tiba bengkak sebab ambil femilac milk booster #tibetibengkak dari feedmilk. Mommies mesti mengimpikan susu yang berkhasiat, berkualiti dan pekat supaya bila bayi minum dia dan kenyang serta tidur bayi juga makin nyenak. Impian yang lagi besar di mana harapan supaya dapat menyusu bayi sehingga berumur 2 tahun.

Tiba-tiba bengkak sebab Femilac Milk Booster dari Feedmilk

Saturday, 26 August 2017

10:00:00

Traveloka Official Online Travel partner KL2017

Traveloka Official Online Travel partner KL2017

Assalamualaikum w.b.t

Sempena SEA GAMES 2017(KL2017) Traveloka adalah salah satu sponsors emas untuk KL2017 .Traveloka adalah official Online Travel partner untuk KL2017. Selaku menjadi rakan penaja SEA GAMES 2017(KL2017), pihak Traveloka telah menganjurkan pelbagai aktiviti diBooth Traveloka di Bukit Jalil dan sertai peraduan-peraduan yang dianjurkan di Booth Traveloka dan berpeluang untuk menangi pelbagai hadiah-hadiah menarik (Total prizes worth of rm200 000). 


Untungla bagi anda yang duduk berdekatan di Bukit Jalil. Boleh la rebut peluang yang ada untuk cuba memenangi hadiah yang di tawarkan. Selain itu juga, kita boleh menyokong para atlet yang terlibat dalam setiap sukan yang di pertandingkan. Semangat kesukanan pasti membuatkan para atlet merasa lebih bersemangat.

Ada pelbagai jenis sukan yang boleh kita pergi untuk melihat dan sambil memberi sokongan kepada para atlet. Acara yang paling best bola jaring. Sebab bola jaring ini mengimbau kembali zaman-zaman di alam persekolahan. Sekarang sukan bola jaring lebih seronok dan tidak perlu menahan panas kerana ianya berlangsung di dalam dewan. Dan sekalung tahniah di ucapkan kepada team bola jaring malaysia kerana berjaya mendapatkan emas bagi acara sukan bola jaring

Traveloka Official Online Travel partner KL2017 SEA GAMES 2017 Bukit Jalil

"Hello, Malaysia! Adalah peluang besar bagi anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai negara tuan rumah kami. Bersempena dengan Malaysia sebagai tuan rumah Kuala Lumpur 2017 dan Traveloka sebagai Penaja Emas untuk acara sukan ini, Hello, Malaysia! Memberi anda peluang untuk melihat apa yang membuatkan Malaysia istimewa. Lihat pemandangan dan keajaiban destinasi utama di Malaysia. Temui permata tersembunyi dan marilah kita menunjukkan kepada anda apa yang menjadikan Malaysia, benar Asia."

Tuesday, 22 August 2017

Thursday, 17 August 2017

10:38:00

Program Jom Jimat Elektrik

TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan


Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 



jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 




| cekgunorazimah.com | Cikgu Fulltime|Blogger Part time Facebook : Cekgu Norazimah Instagram : @cekgunorazimah Twitter : @cekgunorazimah Hp : 017-4992305

Monday, 14 August 2017

Wednesday, 22 March 2017

Tuesday, 21 March 2017

Sunday, 19 March 2017

08:00:00

Lazada 5 Birthday Suprise 22 hingga 24 Mac 2017

Assalamualaikum w.b.t

Diskaun sehingga 90% Lazada 5 Birthday Suprise 22 hingga 24 Mac 2017

Hai semua. Menyambut Harijadi @ birthday sememangnya menjadi suatu kemestian untuk semua orang. Tidak terkecuali juga dengan nama besar online shopping yang tersohor Lazada. Sempena Lazada 5 Birthday Suprise 22 hingga 24 Mac 2017 ini, pihak lazada memberi gula-gula yang pastinya di sukai anda iaitu diskaun sehingga 90% apabila anda membeli belah secara online di laman web Lazada.

Diskaun sehingga 90% Lazada 5 Birthday Suprise 22 hingga 24 Mac 2017 

Thursday, 26 January 2017

Friday, 13 January 2017

10:00:00

RESEPI PALING MUDAH ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

RESEPI PALING MUDAH ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG BERSAMA TOMATO

Assalamualaikum w.b.t

Masak memasak bukan kerja mudah. Nak fikir menu pun cukup lah, kadang- kadang sampai terfikir masak je la apa pun janji perut kenyang. Boleh ja kan, tetapi apabila ada anak-anak, kena kira juga selera bebudak. 

Asam pedas. Bukan semua orang suka. Suami khaty agak kurang gemar sebab dia kata macam kosong ja. Lagi baik buat sambal tumis. Tetapi anak ke dua khaty fahim memang suka sangat asam pedas nak lagi dengan ikan kembung. Layan kan aja la. Untuk bapak nya goreng ayam ja makan dengan kuah asam pedas.

RESEPI PALING MUDAH ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG BERSAMA TOMATO

Thursday, 12 January 2017

10:00:00

Wajah Baru Tea By_Myna Lebih Exclusif

Tea By-Myna menggunakan kotak yang lebih kemas dan nampak exclusif

Assalamualaikum w.b.t

Lama tak update pasal tea by-myna. Sampai dah tukar guna kotak pun tak sempat nak update. Wajah baru te by-mya ini dah pun di gunakan sejak september 2016 lagi. Ramai yang begitu teruja dengan paket kotak yang tea by_myna yang baru ini. Lebih kemas dan exclusif. 


Paling best tak perlu nak asingkan lagi free gift sebab dalam kotak tea by_myna memang dah tersedia free gift tersebut. Ada yang dapat fruitytox dan blooming tea. Ianya sejenis bahan-bahan semulajadi yang pastinya baik untuk kulit.

 www.instagram.com/by_khaty9


Wednesday, 11 January 2017

11:03:00

Bateri kereta kong - bateriku.com ada penyelesaian

Bateriku.com - Penghantaran & Pemasangan Bateri Kereta Percuma

Assalamualaikum w.b.t

Zaman sekarang boleh di katakan kebanyakan orang ada kereta. Khaty sendiri ada kereta, tetapi lewat la sebab dah kerja baru mampu beli kereta. Biar kecil comel asalkan ianya bergerak.

Dah pakai kereta, macam-macam benda kena tau. Tahu sikit-sikit pun jadi la dari tak tahu langsung. Tetapi bila nak pergi kerja ka, tengah bercuti ka atau pun ke mana saja la, tetiba kereta tak boleh nak di hidupkan. Mau tak kacau. Nak minta tolong dengan siapa ni???

Mujur ada yang cadangkan servise bateriku.com, katanya mudah cepat dan percuma. Best kan.

Bateri.com - Penghantaran & Pemasangan Bateri Kereta Percuma Bateri kereta kong - bateri.com ada penyelesaian

Tuesday, 10 January 2017

13:14:00

SHOPBACK : MEMBELI BELAH DI ALAM MAYA SAMBIL MANJANA PENDAPATAN

MEMBELI BELAH ONLINE SAMBIL JANA PENDAPATAN BERSAMA SHOPBACK

Assalamualaikum.

Siapa suka membeli belah secara online? Khaty juga memang salah seorang yang suka membeli secara online. Banyak perkara dapat kita tengok tanpa perlu berkejar masa untuk pergi ke pasaraya. Jimatkan.

Shopback juga lebih kurang seperti medium online shopping yang ada sekarang, cuma apabila bershoping di shopback, kita keluar duit beli barang secara online sambil-sambil itu dapat juga kita menjana kembali pendapatan yang telah kita gunakan. Untungkan.

Korang tahu tak, ada lebih dari 1000 kedai online yang menawarkan pulangan cashback sebanyak 30% apabila kita membeli barang dari kedai online yang sedia ada.

 https://www.shopback.my/?raf=UHwCNI