RESEPI PALING MUDAH ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

RESEPI PALING MUDAH ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG BERSAMA TOMATO

Assalamualaikum w.b.t

Masak memasak bukan kerja mudah. Nak fikir menu pun cukup lah, kadang- kadang sampai terfikir masak je la apa pun janji perut kenyang. Boleh ja kan, tetapi apabila ada anak-anak, kena kira juga selera bebudak. 

Asam pedas. Bukan semua orang suka. Suami khaty agak kurang gemar sebab dia kata macam kosong ja. Lagi baik buat sambal tumis. Tetapi anak ke dua khaty fahim memang suka sangat asam pedas nak lagi dengan ikan kembung. Layan kan aja la. Untuk bapak nya goreng ayam ja makan dengan kuah asam pedas.

RESEPI PALING MUDAH ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG BERSAMA TOMATO

 Asam pedas ikan kembung bersama tomato


Suri rumah mesti petik jari ja nak buat kan asam pedas, tetapi bagi khaty yang ibu bekerja kena cari cara yang lagi ringkas. Nak cepat dan anak-anak tak bising.

Bahan-bahan asam pedas ikan kembung bersama tomato

4 ekor ikan kembung segar 
2 sudu pes cili ( dah buat dan masak siap2 pes cili simpan kat peti sejuk, senang kalau nak masak masakan yang lain)
2 biji tomato
2 tangkai daun kesum
2 keping asam keping
garam + gula 
1 mangkuk besar air

Cara memasak asam pedas ikan kembung bersama tomato paling cepat dan ringkas

  • ambil periuk dan tuang air agak-agak la ya, panaskan sekejap
  • masukkan pes cili tadi, tak perlu tumis sebab khaty dah tumis pes cili tersebut untuk buat stock
  • masukkan ikan, tomato , daun kesum dan asam keping
  • biarkan 5-10 minit agak-agak mendidih 
  • masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Khaty guna gula dalam banyak masakan untuk ganti serbuk perasa.
  • Siap....
RESEPI PALING MUDAH ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG BERSAMA TOMATO

Masak memasak ini nampak susah, tetapi boleh jadikan ianya  perkara yang sangat seronok, sebab yang sesuatu perkara kita buat secara spontan dan cepat selalunya sedap tu lagi ummpphhhh.

Selamat mencuba resepi yang sedang-sedang aja ini.

5 komen:

  1. SA masih susah nak dpt feel buat asam pedas..x tau knp payah sgt ntah

    ReplyDelete
  2. lama x makan asam pedas. tiba2 teringin. :)

    ReplyDelete
  3. Kalau cikla ni asam rebus sebab x payah tumis bagai. Tp asam memang favourite cikla. Hari 2 mkn pun ok.

    ReplyDelete
  4. sedapnya tengok sis. Boleh la cuba nanti. Asam pedas memang fveret saya hehe

    ReplyDelete