Sebab Mengapa Kita Di Larangan Menggantung Gambar Perkahwinan Di Rumah - KhatyAiman KhatyAiman: Sebab Mengapa Kita Di Larangan Menggantung Gambar Perkahwinan Di Rumah
Textual description of firstImageUrl

Sebab Mengapa Kita Di Larangan Menggantung Gambar Perkahwinan Di Rumah

khatyaiman | 1/26/2017 07:06:00 am | 12 Komen
Assalamulaikum w.b.t

Gambar merupakan suatu memori atau kenangan yang disimpan untuk kenangan di masa hadapan. Biar canggih atau moden macam sekalipun anda mengambil gambar,ianya tetap kena di abadikan di dalam bingkai atau album supaya ianya mudah untuk di lihat kembali. Apatah lagi kalau rumah tu kita bina sendiri dengan pengorbanan suami isteri



Tetapi ada yang mengatakan menggantung gambar perkahwinan menjadi suatu perkara yang tidak baik. Betul kah???


Ini Sebabnya Kita Dilarang Gantung Gambar Kahwin Dalam Rumah. 


•Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

•Sahabat yang di rahmati Allah..

•Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud:

 “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

•Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

•Oleh itu gambar2 makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.

•Ada pun gambar2 yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding2 rumah.

•Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )


Sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah s.w.t, dan yang kurang datang dari khaty. Jika ada pendapat lain boleh di kongsi kan bersama di sini. Belajar dan berkongsi suatu amalan dan perkara yang mulia.


12 comments:

  1. Thank khaty atas peringatan. hee
    jom buat Roti Sosej Cheese Leleh.

    ReplyDelete
  2. salam pagi kamis malam jumaat mkcik khaty tuuu., ;p

    ReplyDelete
  3. I like your post. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  4. Rupanya tak boleh.. tapi selalu kalau masuk rumah orang banyak gambar bernyawa kena gantung..

    ReplyDelete
  5. thank you utk info ni

    jom review blog hana http://healthandlovekids.blogspot.my/ :)

    ReplyDelete
  6. ye ke sis. kat rumah nie memang tak gantung frame kawen lagi -_-'' ok2 mekasih bg info

    ReplyDelete
  7. Thanks Kathy kongsi ilmu ni, alhamdulillah boleh ubah lepas ni mana yg da gantung tu kan. So far tak gantung lagi gmbr kawin semua simpan rapi. Huhu

    http://diarysafiyah.com/2017/08/07/vitamin-bantu-naikkan-bacaan-hb-ibu-hamil-elak-anemia/

    ReplyDelete
  8. Thanks Kathy kongsi ilmu ni, alhamdulillah boleh ubah lepas ni mana yg da gantung tu kan. So far tak gantung lagi gmbr kawin semua simpan rapi. Huhu

    ReplyDelete
  9. Info yg bagus. Kena ubah la lps ni. Jemput singgah blog saya www.diariashmira.blogspot.com.my

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com