Lazada Birthday Blogger Contest

Assalamualaikum w.b.t

Lazada Birthday Blogger Contest

 http://www.lazada.com.my/blogger-contest/
Hai semua.

Sebenarnya ramai yang dah join Lazada Birthday Blogger Contest ni, syabas di ucapkan kepada yang telah terlibat. Kepada anda yang bukan seorang blogger, tidak mengapa sebab masuk ja 22-24 mac 2017 ini, anda juga boleh mula shopping di laman web lazada di mana pelbagai barangan yang memang akan buat anda rambang mata. 

A)Apa yang anda suka mengenai Lazada Malaysia?

Sebenarnya pada permulaan memang khaty zero pasal shopping online sehingga lah ada rakan-rakan yang menjebakkan khaty sekali. Bila dah mula kenal Lazada ini, memang hampir setiap hari memang selalu masuk ke laman web lazada walaupun sekadar lalu sahaja untuk melihat barangan yang ada. Cuci mata kata orang.

1. Lazada merupakan laman web yang sangat mesra pelanggan

Apabila anda masuk sahaja ke laman web lazada, pembahagian setiap jenis barangan sangat kemas dan sangat memudahkan kita untuk mencari barang. Korang taip dekat 'search', semua ada untuk anda. Senang, mudah dan cepat bukan.

2. Laman sesawang Lazada sangat senang dan sekejap sahaja loading nya.

Walaupun anda berada di mana sahaja, hendak pula kalau line internet agak perlahan, tetapi jika masuk ke laman sesawang lazada, masih lagi boleh melihat dan membeli barang tanpa ada masalah.

3.Pelbagai pilihan yang banyak dan sangat memenuhi keperluan anda.

Zaman sekarang, hendak membeli semua nya kena tengok, harga dan kualiti yang di tawarkan adakah berbaloi. Kalau yang tidak mempunyai kenderaan lagi sangat memerlukan sebab semuanya hanya di hujung jari anda. Pilih sahaja barang yang di kehendaki, insyaAllah sampai saja kepada anda ianya akan membuatkan anda mengukir senyuman. Sediakan duit yang cukup untuk anda shopping di lazada.Jangan nagis tau kalau stock habis.

4. Cara pembayaran yang sangat mudah dan penghantaran yang sangat cepat

Apabila anda sudah bergelar kaki shopping online, perkara utama yang anda harus ada adalah pembayaran melalui online. So buat siap2 ya. Ada pelbagai cara bayaran yang di sediakan antaranya debit card, cash dan online banking. Dan sememangnya khaty lebih suka memilih cara bayaran melalui perbankan internet. Tidak mengambil masa yang lama untuk membayar, tidak perlu beratur. Lepas saja korang selesai buat bayaran, korang tunggu ja runner pihak lazada kan muncul di depan pintu rumah anda dalam masa 1-2 hari ataupun lebih sedikit mengikut jenis barang yang kita pesan.

5.Promosi yang begitu gempak

Ini paling best di lazada. Semua orang akan nantikan PROMOSI. Siapa tak suka promosi memang tak tahu nak cakaplah. 

B).Pilihan top 3 di Lazada

Sebenarnya pilihan  khaty selalu berubah mengikut keadaan. Macam sekarang tengah tunggu hari nak bersalin, memang dekat mata nampak untuk baby ja. Hehehe..

 http://www.lazada.com.my/tommee-tippee-closer-to-nature-steriliser-and-bottle-warmer-bundleset-20197827.html?rb=3904

Berkenan sungguh dengan set Tommee Tippee ni, semua lengkap. Tak perlu nak beli satu2. Untuk wanita yang bekerja memang akan cari item seperti ini, tetapi ikut kemahuan masing-masing lah kan, di mata memang bekenan, tetapi sediakan modal yang cukup ya untuk dapatkan set ini. 

 http://www.lazada.com.my/takada-tk-dgp02-magic-double-side-frying-pan-black-16180380.html

Magic Pan ini memang rasanya ramai yang sudah ada,senang kan nak masak-masak. Nak grill dan steam semua boleh. Kena rajin dan kreatif ja. Cuma kena pandai juga cari kualiti yang bagus, bukan lah yang mahal itu bagus, yang murah itu tidak bagus, cuma lebih berhati2 mencari kualiti yang tebaik.

 http://www.lazada.com.my/new-technology-baby-thermometer-maximiou-pc868-professional-digitallcd-infrared-thermometer-non-contact-ir-temperature-measurement-gunmeter-diagnostic-tool-device-with-voice-15485954.html

Rasanya memang menjadi suatu keperluan mempunyai thermometer di rumah bagi tindakan berjaga-jaga awal untuk kesan samada kita demam atau tidak. Bukan kanak-kanak saja tau, dewasa pun kena chek juga. 

C) Apa yang anda rasa boleh tingkatkan prestasi Lazada Malaysia?

Urmmmm..apa lagi yang boleh nak tingkatkan prestasi Lazada Malaysia. Setakat hari ini semuanya ok, cuma kadang-kadang apabila ada voucher dan nak tebus, masa promosi memang tak boleh guna, macam leceh juga walaupun dan tahu. 

D) Apa harapan anda sempena birthday Lazada Malaysia?


HAPPY BIRTHDAY LAZADA MALAYSIA...semoga pihak Lazada Malaysia akan terus menawarkan produk yang berkualiti serta berbaloi dengan harga yang di tawarkan dan teruskan memberi PROMOSI YANG GEMPAK kepada kami sebagai pelanggan anda. Kami juga akan sentiasa menyokong Lazada Malaysia selagi ianya akan memberikan kepuasan membeli dan membayar kepada kami.

Buat anda semua yang dah join Lazada Birthday Blogger Contest di ucapkan semoga berjaya. Kepada yang masih belum join, jom cuba dan memeriahkan lagi Lazada Birthday Blogger Contest.

2 komen:

  1. Happy Birthday 5 th Lazada.. bestnya list-list yang Khaty nak beli...

    ReplyDelete
  2. Mama mmg suka shopping kat Lazada sebab banyak promotion

    ReplyDelete