lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Tuesday, 22 August 2017

5 Tips Menyusu Jika Puting Tenggelam

 Tips Menyusu Jika Puting Tenggelam

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Khaty nak kongsi sedikit pengalaman pasal puting susu tenggelam. Mommies yang kat luar sana mesti rasa strees kan. Faham sangat keadaan tu. 

Image result for bayi menyusu badan5 Tips Menyusu Jika Puting Tenggelam
Ramai mommies yang secara semulajadinya mempunyai puting tenggelam atau leper akan mengeluh kerana sukar untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Apabila bayi menolak untuk menyusu badan, ibu akan rasa tertekan dan mudah berputus asa untuk terus menyusukan bayi.

Sebenarnya ada cara yang boleh mommies lakukan apabila berhadapan dengan masalah seperti ini. Jangan jadikan ianya sebagai satu penghalang untuk mommies teruskan menyusukan bayi dengan susu ibu. 

Mommies amatlah di galakkan untuk memeriksa keadaan puting anda bagi memastikan keadaan puting normal, leper atau tenggelam. Caranya lakukan pinch test!!!Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan aerola pada jarak diameter 1 inci daripada puting.

Puting yang normal akan tertonjol apabila aerola menerima tekanan. Walau bagaimanapun, puting leper tidak tertonjol keluar manakala putng tenggelam pula akan tertarik ke dalam. Setelah mengenal pasti jenis puting anda, yakinlah yang anda boleh menyusukan bayi secara efektik.

5 Tips Menyusu Jika Puting Tenggelam

1. Susukan bayi sebelum payudara membengkak. Ini kerana payudara yang bengkak akan merumitkan keadaan apabila puting akan menjadi leper atau tenggelam. Bahkan ibu yang mempunyai puting normal juga akan mengalami masalah yang serupa apabila payu dara membengkak. 
Ibu yang mempunyai puting leper atau tenggelam perlu pastikan kedudukan menysusu dan lekapan bayi betul. Agak mencabar sikit tau. Bayi perlu belajar membuka mulut denga luas bagi mendapatkan puting dengan merapatkan gusinya pada payudara.

2. Susukan awal dan sekurang kurangnya setiap 2 3 jam untuk mengealakkan bengkak susu dan memberi peluang bayi berlatih menyusu sekerap mungkin pada ketika payudara masih lembut.

3. Jika bayi anda meragam ketika anda cuba membantunya melekap pada payudara,berhenti dan tenangkan dia. Berehat jika perlu. Menyusu sambil berjalan jalan, dodoi atau gendong bayi sehingga dia kembali tenang.

4. Ketika belajar menyusukan bayi, elakkan sebarang puting tiruan seperti botol, puting kosong dan perisai puting. Puting tiruan akan mengelirukan bayi dan menjadikan usaha lekapan yang mecabar itu menjadi sukar.

5. Ketika cuba susu kan bayi menerusi puting rata atau tenggelam, anda sangat di galakkan untuk mendapatkan sokongan daripada pakar laktasi.

Ok mommies. Pengalaman setiap mommies adalah berbeza- beza. Yang penting kena istiqomah dan usaha yang kuat untuk capai susu kan bayi sehingga umur 2 tahun. Semoga ilmu ini bermanfaat buat mommies semua. Cayokk!! mommies semua..

petikan sumber dari asiahmaharam


3 comments: