lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Saturday, 26 August 2017

Traveloka Official Online Travel partner KL2017

Traveloka Official Online Travel partner KL2017

Assalamualaikum w.b.t

Sempena SEA GAMES 2017(KL2017) Traveloka adalah salah satu sponsors emas untuk KL2017 .Traveloka adalah official Online Travel partner untuk KL2017. Selaku menjadi rakan penaja SEA GAMES 2017(KL2017), pihak Traveloka telah menganjurkan pelbagai aktiviti diBooth Traveloka di Bukit Jalil dan sertai peraduan-peraduan yang dianjurkan di Booth Traveloka dan berpeluang untuk menangi pelbagai hadiah-hadiah menarik (Total prizes worth of rm200 000). 


Untungla bagi anda yang duduk berdekatan di Bukit Jalil. Boleh la rebut peluang yang ada untuk cuba memenangi hadiah yang di tawarkan. Selain itu juga, kita boleh menyokong para atlet yang terlibat dalam setiap sukan yang di pertandingkan. Semangat kesukanan pasti membuatkan para atlet merasa lebih bersemangat.

Ada pelbagai jenis sukan yang boleh kita pergi untuk melihat dan sambil memberi sokongan kepada para atlet. Acara yang paling best bola jaring. Sebab bola jaring ini mengimbau kembali zaman-zaman di alam persekolahan. Sekarang sukan bola jaring lebih seronok dan tidak perlu menahan panas kerana ianya berlangsung di dalam dewan. Dan sekalung tahniah di ucapkan kepada team bola jaring malaysia kerana berjaya mendapatkan emas bagi acara sukan bola jaring

Traveloka Official Online Travel partner KL2017 SEA GAMES 2017 Bukit Jalil

"Hello, Malaysia! Adalah peluang besar bagi anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai negara tuan rumah kami. Bersempena dengan Malaysia sebagai tuan rumah Kuala Lumpur 2017 dan Traveloka sebagai Penaja Emas untuk acara sukan ini, Hello, Malaysia! Memberi anda peluang untuk melihat apa yang membuatkan Malaysia istimewa. Lihat pemandangan dan keajaiban destinasi utama di Malaysia. Temui permata tersembunyi dan marilah kita menunjukkan kepada anda apa yang menjadikan Malaysia, benar Asia."

Traveloka Livestream


Selain itu, bagi anda yang tidak boleh datang untuk tengok secara live  di Bukit Jalil, anda boleh menonton pelbagai acara sukan dan pelbagai aktiviti menarik melalui Traveloka Livestream page travelokakl2017.com.my dan juga anda boleh sertai peraduan yang disediakan di Livestream page. Baguskan pihak Traveloka. Ini cara paling mudah untuk kita sertai beramai-ramai.


Traveloka Official Online Travel partner KL2017 SEA GAMES 2017

Promosi yang sangat menarik di Traveloka.

Pihak traveloka memang sering buat promosi. Tambahan pula bersempena SEA GAMES 2017(KL2017), ada pelbagai promosi yang sedang berlangsung di Traveloka. Diskaun sehingga 40% untuk flight dan hotel. Tawaran sedang berlangsung dan jom sambar peluang yang telah di berikan.

Traveloka Official Online Travel partner KL2017 SEA GAMES 2017

Tidak susah hendak menggunakan servise Traveloka. Pengalaman khaty yang pernah membuat tempahan online untuk penginapan di hotel sangat mudah. Harga dan keadaan bilik hotel juga sangat bersesuaian. Tambahan pula apabila ada promosi dari pihak traveloka, anda jangan risau tentang kualiti pakej yang di sediakan, memang terbaik.

Traveloka Official Online Travel partner KL2017 SEA GAMES 2017

Adalagi yang best. Buat anda yang rasa nak travel dengan flight, jangan bimbang jangan susah hati, pihak traveloka pun ada bagi diskaun yang sangat berbaloi untuk kita. Nak flight ke kota kinabalu bermula dari harga serendah RM159 untuk kelas economy. Jadi apa tunggu lagi, jom la kita travel. 

Traveloka Official Online Travel partner KL2017 SEA GAMES 2017
Sebenarnya banyak lagi yang anda boleh terokai di Traveloka. Semua nya di hujung jari anda. Pilih yang mana berkenan, dan tempah. Apa pun yang penting enjoyy..

2 comments:

  1. Waktu time raya tu hari banyak gak iklan travelloka keluar, huhuhu, memang terkesan gak marketing nyer.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum.
    Hi..Saya follow sini.
    #AfbDotMy
    #AFBians

    ReplyDelete