September 2017 - KhatyAiman KhatyAiman: September 2017
Textual description of firstImageUrl

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

khatyaiman | 9/06/2017 12:33:00 pm | 10 Komen
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantikeruntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com
Textual description of firstImageUrl

Busana Muslimah dari LANAFIRA.COM

khatyaiman | 9/05/2017 10:45:00 am | 4 Komen

Busana Muslimah dari LANAFIRA.COM

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Bagi sesiapa yang suka online shopping baju muslimah, ini ada lagi satu jenama yang sedang meningkat naik iaitu LANAFIRA. Memang ada banyak pilihan. Rambang mata di buatnya. Harga yang di tawarkan sangat berbaloi.

Busana Muslimah dari LANAFIRA.COM

TRENDY, AFFORDABLE, QUALITY

"We are a passion-driven company with a mission to create stylish yet affordable clothing without comprising quality."

"Our focus is on women and Muslimah clothing which includes long dress, baju kurung, jubah, tops, skirt, scarves and tudung."
Itu lah matlamat dari LANAFIRA. Pengkhususan lebih kepada wanita dalam menjaga penampilan diri untuk nampak lebih yakin dan up to date.

Busana Muslimah dari LANAFIRA.COM


Busana Muslimah dari LANAFIRA.COM



Busana Muslimah dari LANAFIRA.COM

Ini adalah sebahagian dari koleksi LANAFIRA . Ada banyak lagi tau. Boleh la anda tengok dahulu sebelum buat pilihan. Tetapi sehingga nampak nya macam banyak yang dah sold out. Maklum lah harga dan design baju sangat berpatutan.

LANAFIRA juga ada berkongsi mengenai tips yang wajib diketahui sebelum membeli-belah melalui butik muslimah online :-

Teknik Memilih Saiz Pakaian

Antara salah satu sebab mengapa terdapat segelintir golongan tidak gemar membeli pakaian melalui butik muslimah online adalah kerana mereka tidak mengetahui saiz badan yang tepat sehinggalah tersalah memilih saiz.

Walaupun kebanyakan butik muslimah online menawarkan perkhidmatan menukar saiz, proses ini amat leceh kerana anda perlu menghantar semula pakaian tersebut dan membayar kos penghantaran pos.

Berikut adalah cara untuk mengukur saiz pakaian anda: –
  1. Cari pakaian yang anda rasakan paling tepat dengan ukuran badan anda yang terkini.
  2. Bentangkan pakaian tersebut di atas lantai.
  3. Ambil pita pengukur dan ukur maklumat seperti: –
    1. Ukuran bahu
    2. Ukuran dada
    3. Ukuran labuh
    4. Ukuran pinggang
Walaupun kebiasaannya terdapat ukuran-ukuran lain, dengan 4 ukuran di atas sudah cukup untuk membantu anda memilih saiz paling tepat bagi pakaian yang ingin anda beli.

Bandingkan 4 ukuran di atas dengan carta saiz yang disediakan.

Anda juga boleh melawati laman sesawang dibawah untuk melihat pelbagai lagi koleksi yang ada. 




Jangan tunggu lama-lama, nanti pilihan hati di kebas orang. 
KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com