lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Wednesday, 4 October 2017

Cara penjagaan barang-barang pump susu atau breast pump

Cara penjagaan barang-barang pump susu atau breast pump

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Buat mommies di luar yang sedang membaca, nak tanya sikit, macam mana cara mommies jaga pump susu yang sedang mommies guna? Tak kira la cara basuh, simpan dan tukar..

Cara penjagaan barang-barang pump susu atau breast pump

Kepentingan menjaga pump susu

Alkisahnya yang boleh tahu memang jaga alat-alat pump ini bukan macam abc. Basuh dan simpan. Tetapi kena tahu setiap barang ada caranya nak cuci.

Macam baru-baru ini, khaty telah tersalah langkah mencuci valve   dengan berus, sedar-sedar ja effect cengkaman semakin kurang. Pelik juga kan. 

Bila tengok balik pump satu persatu rupanya valve khaty telah tercedera akibat kelalaian khaty. Huwaaaa..sedih tau sebab pump tu penting, kalau tidak macam mana nak buat stock susu dekat baby. Baru tahu juga rupanya valve kena cuci guna cotton buds ja.

Sekarang sedang tunggu valve baru. Sementara nak sampai, gunalah yang cedera dulu. Janji boleh pump. Mommies jangan ambik mudah ya tentang alat-alat pump susu kita, dah cedera baru kita tau rasa sengsaranya nak tunggu barang baru sampai.

Cabaran buat ibu yang berusaha untuk memberi susu ibu sepenuhnya kepada bayi walaupun bekerja memang suatu perkara yang agak sukar kalau mommies ambik mudah walaupun perkara itu kita nampak remeh. Alhamdulillah berjaya menysukan bayi dengan susu ibu selama 6 bulan, ada lagi 1tahun 6 bulan untuk cukupkan 2 tahun. Semoga berjaya untuk mommies juga.

6 comments:

  1. sama la..akk pun buka semua skli n basuh...sudahnya tekanan pump tu jd kurang..huhu

    ReplyDelete
  2. Penting sebenarnya menjaga barang-barang ni.. Takut bakteria yang terkumpul boleh mendatangkan sakit

    ReplyDelete
  3. Salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/hectic.html

    ReplyDelete
  4. Salam singgah. Awak dijemput join GA saya! Banyak hadiah nak bagi ni ;)

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  5. bestnya ibu2 zaman sekarang, ada je kemudahan untuk bf.. zaman akak dulu mana ada... anak2 dah besar2 sekarang..

    ReplyDelete