November 2017 - KhatyAiman KhatyAiman: November 2017
Textual description of firstImageUrl

9 Herbs Beauty In The Drops-Cantik Berseri Sekelip Mata tanpa mekap

khatyaiman | 11/24/2017 10:29:00 am | 4 Komen

Cantik Berseri Sekelip Mata Tanpa Mekap

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Siapa nak cantik tak tanpa pakai mekap? Tak mau mekap bercapuk ketika peluh? Nak mekap  tahan lama?Tak mau pakai mekap tebal-tebal ?Semua orang sukakan. Haa..nak tau tak? Meh sini nak cerita. Pernah dengar 9 Herbs Beauty In The Drops?? Mungkin pernah mungkin tidak. Tetapi yang pasti produk 9 Herbs ni memang sangat sangat bagus. Cantik berseri sekelip mata tanpa mekap. Kena cuba baru tahu.

9 Herbs Beauty In The Drops-Cantik Berseri Sekelip Mata tanpa mekap
Textual description of firstImageUrl

Hiasan Rumah : 5 Barang Hiasan Dalaman Paling Diidamkan

khatyaiman | 11/07/2017 09:43:00 am | 5 Komen

5 Barang Hiasan Dalaman Rumah Idaman Hati


Assalamualaikum​ ​w.b.t


Memiliki rumah sendiri memang menjadi idaman setiap orang. Tidak kira rumah besar atau sederhana, yang penting ianya sebiji rumah untuk menjadi tempat kita berlindung.Kalau dapat buat rumah sendiri lagilah best. Ada kebebasan nak susun pelan rumah kita sendiri. Suka tengok tips dari kontraktor ni Sudah ada rumah, mestilah ada barang hiasan rumah untuk bagi lengkap rumah. Apa barang yang paling anda rasa sangat best untuk hiasan rumah anda supaya ianya kelihatan cantik dan selesa?


Hiasan Rumah : 5 Barang Hiasan Dalaman Paling Diidamkan

1. Wallpaper

Hiasan Rumah : 5 Barang Hiasan Dalaman Paling Diidamkan

Ini memang idaman sangat untuk hiasan rumah . Bukan apa, bila balik rumah, penat-penat kerja, tengok ja wallpaper macam ni, memang satu kepuasan la. Selain dari itu, ruang tamu jadi sangat segar dan cantik. Kalau tetamu datang pun mesti seronok kan. Mesti rasa nak rajin singgah rumah sebab cantik kan.

Wallpaper yang berwarna hijau memang boleh sejukkan pandangan mata yang
memandang. Tidak kira tetamu atau kita sendiri bila masuk melangkah ke rumah ja,rasa tenang ja.

2. Cermin

Hiasan Rumah : 5 Barang Hiasan Dalaman Paling Diidamkan

Memang menjadi lumrah dalam sebuah rumah mesti kena ada cermin. Tidak kisah la, cermin di letak di mana-mana bahagian sekalipun, tetapi dengan memilih cermin yang betul untuk hiasan rumah, ianya dapat memperluaskan ruang dalam rumah anda. Seronok kan dapat cermin besar-besar macam ni, terasa puas melihat nya.

Cermin yang berbetuk empat segi sama memang sangat sesuai untuk di letakkan di ruang tamu ataupun ruang makan. Tetapi pastikan pasang jarak tinggi sedikit untuk elakkan anak² kecil main.

3. Alas kaki dapur

Hiasan Rumah : 5 Barang Hiasan Dalaman Paling Diidamkan

Wanita biasalah, bahagian dapur merupakan bahagian yang paling dan sentiasa dia berada. Jadi haruslah ada hiasan rumah seperti alas kaki yang cantik dan comel bagi menambahkan rasa seronok untuk melakukan aktiviti di dapur. Kadang-kadang dek kerana terlalu comel alasnya, nak pijak pun sayang sangat.

Alas kaki di dapur pun sama,cari yang boleh melakap elok di atas lantai. Betapa bahaya jika ianya mudah bergerak dengan kita yang aktif bergerak di dapur.

4. Tempat sangkut kunci dan simpanan surat

Hiasan Rumah : 5 Barang Hiasan Dalaman Paling Diidamkan

Yang ini memang sangat perlu. 2 in 1. Jadi tak perlu lah nak simpan merata-rata kunci dansurat. Nampak kecil, tetapi kalau simpan tak kena pada tempatnya, menangis tak berlagu nak mencari kalau hilang. Rak begini juga sangat bagus untuk kita menyimpan surat-surat dan kunci dari anak-anak kecil main. Dapat jimatkan ruang dan yang penting kemas.

5. Karpet

Hiasan Rumah : 5 Barang Hiasan Dalaman Paling Diidamkan

Ramai berpendapat karpet hanyalah hiasan yang biasa. Tetapi tahukah anda karpet ini juga dapat menaikkan seri ruang tamu anda. Bergantung kepada pemilihan warna dan corak. Kalau ada anak kecil , tidaklah begitu bahaya nak letak dia di atas lantai yang berlapikkan karpet. Kaki pun rasa selesa.

Tips untuk memilih carpet yang selamat,pastikan ianya melekap elok ketika di letakkan dia atas lantai bagi mengelakkan berlaku gelongsoran ketika berjalan. Bukan la kita perlu berbelanja mahal-mahal untuk cari karpet itu,cuma lebih bijak untuk memilih yang terbaik.

Kalau anda merasakan kurang yakin untuk mencari barang hiasan rumah yang sesuai,
mudah saja,boleh google atau anda boleh la melawat rumah sahabat-sahabat anda yang
rajin menghias rumah denga pelbagai barang hiasan rumah.

Jadi terpulang kepada pilihan dan citarasa masing-masing dalam mencantikkan dan
memilih hiasan rumah anda. Biar bijak memilih dari berlaku pembaziran. Semua nya boleh kita perolehi dengan mudah kalau kita mencari dengan tenang. Bukan apa, kalau kita mengikut nafsu, macam-macam kita nak beli, takut nanti simpan dalam stor tak di gunakan.


KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com