Basuhlah Botol Susu Anak Dengan 8 Cara Ini, In Shaa Allah Anak Tak Cepat Sakit!
Assalamualaikum w.b.t
Hai semua. Mommies semua yang mana menggunakan botol susu untuk susukan anak, mesti menghadapi perasaan 'urmm..kena basuh botol pula'. Kadang sebab penat dan nak cepat, mommies suka biarkan botol anak tanpa dibasuh.Kalau anak memang banyak botol susu, lagilah lama mommies nya biarkan. Betul ke ni?
Inilah yang salah dan mommies kena tahu botol susu itulah segala tempat bakteria akan melekat kalau tidak dijaga dengan betul.Tetapi itu lah dilema seorang wanita yang menggunakan botol yang banyak untuk sukat siap-siap jumlah susu yang hendak di beri kepada bayi anda sewaktu di rumah pengasuh atau pun taska. Ini merujuk kepada mommies yang menyimpan susu perahan.

kredit google
8 cara mencuci botol yang betul agar anak tidak mudah sakit
Jadi untuk selamatkan anak-anak dari peringkat awal, mommies kena
rajin dan ikut beberapa cara ini...
1. Terus basuh, kalau malas bilas air
Ini memang kena buat! Kalau dah nampak anak habis minum susu,
terus ambil botol dan goncang dengan air dulu.Lagi elok, rendam dengan air suam. Kalau pun malas sangat,
pastikan bilas air. Nak basuh esok hari pun, tak kisahlah.Janji susu tak terbiar dalam botol lama sangat. Itu yang boleh
berkerak!
2. Sabun khas
Nak basuh botol susu ni tak bolehlah guna pencuci pinggan mangkuk
yang sedia ada. Bahaya! mommies perlu sediakan cecair khas untuk
mencuci botol bayi. nak jimat, cari yang murah. Janji selamat dan tak
ada kesan pada bayi.
3. Leraikan satu-satu
Janganlah cuci botol anak dengan puting melekat pada bekasnya.
Leraikan satu-satu dan rendam air panas.
4. Guna berus khas
Berus khas senang untuk ibu basuh bahagian dalam. Senang
menghilangkan saki baki susu yang melekat. Teliti sedikit di bahagian
puting susu agar ketulan susu tertanggal.
5. Garam
Sedikit sukar untuk cuci bahagian puting susu. Jadi ambil garam
dan sapu di bahagian dalam puting susu.
Gerakkan ke sekeliling dengan cara memicit dan mengurut hujungnya.
Letakkan juga ke dalam botol susu yang kotor dan goncang dengan air.
Ini dapat hilangkan saki baki susu dan bau masam susu.
6. Guna jarum
Basuh botol susu dan peralatan lain dengan sempurna di bawah air
mengalir. Guna jarum untuk membersihkan lubang-lubang pada puting
susu.
7. Sterilkan botol susu anak
Setiap kali selepas cuci, anda kena sterilkan botol susu anak,
cara ini untuk bunuh semua bakteria yang mungkin masih ada di dalam
botol susu. Rendamkan dalam air panas selama 10 minit selepas dicuci
dengan pencuci khas.
8. Jangan basah
Botol yang lembap boleh undang bakteria lebih cepat, jadi
seeloknya pastikan botol susu anak kering.Kalau puting susu anak dah berkerak, tukar baru! Nak cepat kering,
belilah tempat letak botol susu. Apa salahnya sediakan untuk jaga
kesihatan anak.
Ok, itu sahaja tip penting buat mommies yang baru ada anak, yang dah lama ada anak pun kena ambik tahu juga. Mana tahu ada rezeki nak tambah baby lagi kan. Semoga
bermanfaat buat semua!
Betul.. kena bersihkan botol2 dengan cermat. Biasalah bayi, sistem imum masih dalam proses.. mudah untuk kena terdedah kepada penyakit..
ReplyDeletenice sharing kak.. e'in lepas basuh botol anak mmg rendam dengan air panas terus..
ReplyDeletegood sharing...
ReplyDelete