lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 7 December 2017

Resepi mudah spaghetti carbonara bersama cili padi

Resepi mudah spaghetti carbonara bersama cili padi pedas terangkat

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Musim cuti sekolah  musim mak mak pening kepala sebab jenuh nak fikir menu untuk masak bagi anak-anak makan. Waktu makan anak-anak dah berubah sebab nya musim cuti sekolah kerap lapar. Dah jemu selera kampung, mai kita cuba selera barat pula. Contoh macam spaghetti carbonara bersama cili padi pedas terangkat. Sebab apa terangkat sebab terlajak cili padi. Bergelas air minum bila makan spaghetti carbonara bersama cili padi.
Resepi mudah spaghetti carbonara bersama cili padi pedas terangkat

Bahan bahan untuk menyediakan Resepi mudah spaghetti carbonara bersama cili padi

Mudah saja bahan-bahannya. Cuba tengok, sikit ja. Mana yang ada di dapur boleh ja guna. 

Resepi mudah spaghetti carbonara bersama cili padi pedas terangkat

Jangan lupa spaghetti ya. 

Cara menyediakan Resepi mudah spaghetti carbonara bersama cili padi.

Sebenarnya sangat mudah nak buat spaghetti carbonara bersama cili padi. Cuba lihat video ini. Tak sampai 10 minit dah siap.

Cara nak rebus spaghetti boleh la ikut cara masing-masing. Macam khaty rebus air bagi mendidih betul-betul, lepas tu letak garam sikit dan masukkan spaghetti. Kacau-kacau ,kemudian kalau dah puas hati boleh angkat.


Senang kan. Jadi boleh la nak buat bagi anak anak rasa seronok sikit. Kalau anak-anak tak boleh makan pedas boleh gantikan dengan cili kering dalam 2-3 tangkai. Saja nak durhaka sikit resepi asal. Janji makan sedap dan puas hati.

Selamat mencuba.

5 comments:

  1. sedapnyaa..lama dah x buat ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya. i really love carbonara

    hii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  3. favorite ni. tapi blm pernah try lagi campak cili padi dalam tu. nak cuba lah next time :D

    ReplyDelete
  4. ada kawan opis bawak ni aritu masa potluck.. sedapnya lahai.. boleh simpan resepi ni.. tq share..

    ReplyDelete