lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 4 January 2018

Blog Vs Vlog

Blog VS Vlog

Assalamualaikum w.b.t
Hai semua. Hari ini baru tahu apa itu blog vs vlog. Lambat betul khaty nak hadam. Ye la kan, walaupun zaman teknologi di hujung jari, bukan semua perkara tahu. 

Perbezaan antara blog dan vlog

Blog itu sebenarnya adalah satu laman sosial atau media untuk kita bercerita mengenai apa sahaja. Ibarat sebuah diari yang sentiasa kita tulis dan catat. Diari tu rahsia sulit kita, tapi blog lebih terbuka untuk umum. Blog juga banyak melibatkan penulisan, gambaran dan penceritaan untuk di baca. Senang kata macam yang sedang khaty taip entry ini untuk di kongsi dan di baca bersama. 

Vlog pula adalah mengenai video. Pengguna hanya perlu rakam video dan video yang telah di rakam tersebut boleh di upload di youtube. Mudah kan. Jadi buat anda yang suka sangat rakam video, boleh la cuba menjadi vlogger ye.

Itulah yang di katakan perbezaan antara blog ( penulisan ) dan vlog ( video ). Sekarang kan zaman IT, jadi ramai di antara kita yang tak segan dan yakin untuk buat rakam video untuk upload do youtube. Blogger dan vlogger aktif pun ada yang famous dengan hasil kerja diaorang tu.

Nak jadi famous sekarang ni memang mudah. Tambahan sekarang, jika video yang anda upload itu unik dan pelik, dengan kuasa viral dalam sekelip mata anda boleh famous. Terpulang kepada anda bagaimana anda mahu ianya terjadi. Kalau anda mahu cerita panas atau top pasal artis, anda boleh terus ke blog yang sangat aktif menulis mengenai dunia hiburan seperti Rotikaya, Beutifulnara, Murai, Ohbulan dan banyak lagi. Itu blog dunia hiburan. Ada banyak lagi blog yang famous mengikut kategori yang anda suka.

Kalau Vlog lagi best sebab lagi cepat famous. Kadang-kadang dengan 1 video ja korang boleh famous tahap gaban punya sampai menjadi ikutan ramai. Sebagai contoh :-



Memang kalau tengok video dia, macam-macam perasaan ada. Ada juga di selitkan pengajaran dan info  semasa dalam video nya di. Tau tak siapa dia ni??hihihihi



Yang ini anda kenal tak? Tagline dia memang betul-betul jadi tredmark  sampai artis siap buat parodi lagi. Dasyat betul kan. Sampai sekarang masih ada yang menggunakan tredmark syasya ini. 

Jadi siapa pun anda, blogger mahupun vlogger, yang penting nawaitu semasa melakukan sesuatu tindakan biarlah memberi impak yang baik kepada diri anda dan orang lain. 

2 comments:

  1. Seronok layan blog apt mat luthfi Tu

    ReplyDelete
  2. Nak try jadi vlogger tapi malu.. malu dan segan tak reti cakap depan kamera..haa ha

    ReplyDelete