lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Friday, 5 January 2018

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

ASTRO - Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Drama coffee prince hampir melabuhkan tirai. Ada yang sedih tak dah nak habis drama ni. Hihihihi..Selepas ini,di ganti kan pula dengan drama lafazkan kalimah cintamu di mana pelakon yang sangat khaty suka akan membawa kan watak heroin dalam drama lafazkan kalimah cinta iaitu Nelydia Senrose. Suka betul tengok Nelydia belakon, dengan muka cantik, lakonan superbb. 
Jom sama-sama kita nantikan drama adaptasi novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah yang akan ditayangkan untuk slot MegaDrama di Astro Ria. Hasil penulisan Siti Rosmizah memang selalu mendapat tempat di hati pembaca. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Along Kamaludin dibawah terbitan SR One Sdn Bhd. Untuk drama Lafazkan Kalimah Cintamu, Farid Kamil dan Nelydia Senrose telah di gandingkan bersama sebagai teraju utama. Drama ini akan menemui penonton pada bulan Januari tahun 2018.

JUDUL : LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU

TARIKH / MASA : 15 Januari
SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 132
PENULIS NOVE: Siti Rosmizah
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Farid Kamil, Nelydia Senrose, Nadiyah Shahab, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nur Qistina Raisah

Watak Pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu



Farid Kamil sebagai Tengku Ryan Ameer
Nelydia Senrose asebagai Tengku Aqilah
Nadiyah Shahab sebagai Tengku Natasya

SINOPSIS LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? ( credit : myinfotaip )


Tak sabar nak tunggu drama ni. Memang kaki drama sangat kan. Lagipun masa tayangan drama ini pun agak bagus sebab masa ini tengah bersantai dengan family. Siapkan semua kerja dapur, kerja sekolah anak sambil lipat kain, sambil susukan anak. So kita enjoy. Bukan semua drama khaty layan, hanya yang berkenan di hati saja. Selamat menonton.

2 comments:

  1. macam mane ek depa boleh putih melepak ni ye...hihihi

    ReplyDelete