lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Monday, 29 January 2018

Jalan Jalan DI Melaka Bandaraya Bersejarah

Jalan Jalan  DI Melaka Bandaraya Bersejarah Tempat Yang Seronok Untuk Bercuti

Hai semua. Bila sebut sahaja Melaka, perkara yang paling pantas terpacul di mulut anda mesti Asam Pedas kan. Itu lah yang menrik apabila jalan jalan di Melaka kerana bukan sahaja makanan, tempat bercuti, penginapannya, tempat bermain, tempat mancari meneroka sejarah lama dan pelbagai lagi. Pendek kata kalau nak jalan jalan di Melaka, di nasihatkan menginap dan berada lama sedikit untuk melawati tempat tempat yang menarik.
Jalan Jalan  DI Melaka Bandaraya Bersejarah Tempat Yang Seronok Untuk Bercuti

Tempat yang wajib pergi apabila jalan-jalan di Melaka.


Macam biasa sebelum anda nak rancang percutian, mesti ada beberapa perkara yang anda lakukan. Contonya macam mencari seberapa banyak maklumat mengenai tempat yang ingin anda lawati. Biarlah kita ada sedikit maklumat agar kita tidak terkial kial untuk mencari setelah tiba di destinasi. Orang kata sediakan payung sebelum hujan. 

Pengkalan Balak

Khaty nak kongsi sikit mengenai satu tempat yang agak dalam sikit tapi seronok sangat sebab pantai nya cantik dan pasir dia putih elok ja. Pengkalan Balak. Tempat ini apabila weekend memang sangat sesak sebab jalan nak masuk menuju ke pantainya sangat kecil muat untuk laluan sebiji kereta sahaja, kalau ada kereta dari arah bertentangan datang, memang adalah seorang kena mengalah. Rumah khaty dekat kem tentera, jadi ini lah tempat yang menjadi pilihan tiap-tiap minggu untuk membawa anak-anak keluar berjalan-jalan.Itu sebelum pindah balik kedah la.

Sekarang dah banyak tempat penginapan ada, kiranya siapa datang dulu dia dapat la. Maklumlah tempat yang macam ni memang orang suka. Tenang, nyaman dan kurang dengan bangunan tinggi.Di pengkalan balak juga sangat aktif dengan kegiatan memancing. Khaty pun pernah memancing dan tak disangka penah ketam biru sangkut di mata kail. Rasa bangga kejap.

Tempat makan di pengkalan balak memang banyak, sarapan pagi, makan tengahari, makan petang sampai makan malam semuanya ada. Pelbagai pilihan menu ada. Kalau waktu petang ,khaty paling suka rojak mee. Pelik pun ada kenapa mesti rojak mee. Selalunya rojak buah sahaja. Bila ada di melaka, goreng pisang makan dengan kuah cili, rojak mee itu lebih kurang macam pasembur di penang. Tetapi rasa memang sedap. Dinner memang paling best lauk-lauk yang ada. Nak bakar, kukus atau panggang. Semuanya terpulang kepada pilihan masing-masing. Harga juga amat berpatutan mengikut jumlah menu yang di order.
Jalan Jalan  DI Melaka Bandaraya Bersejarah Tempat Yang Seronok Untuk Bercuti
Ini paling yang di tunggu oleh penduduk mahupun pengunjung di situ. Apabila nampak sahaja bot nelayan mula sampai ke gigi pantai, maka berkerumun la semua untuk melihat hasil laut untuk di beli. Memang segar dan harga juga berpatutan. Seronok kan dapat tengok hasil laut yang segar depan mata.

MELAKA THE SHORE SKY TOWER 
Jalan Jalan  DI Melaka Bandaraya Bersejarah Tempat Yang Seronok Untuk Bercuti

Ok. Dah habis pergi pantai, Jom kita pergi ke kawasan bandar pula. Macam-macam ada. Ada yang siang nya happening, ada yang malam nya lebih happening. Melaka The Shore Sky Tower. Mesti ramai yang dah pergi kan. Kiranya ianya masih baru lagi dan pastinya ianya satu lagi tempat yang wajib masuk dalam list anda apabila mai melaka. Seronok sangat ka Melaka The Shore Sky Tower ni??
Khaty kalau tempat tinggi sangat, mudah rasa gayat dan pening. Belum apa-apa lagi lutut dah ketar. Itu belum jalan di atas Melaka The Shore Sky Tower. Mau jadi patung tak bergerak la berdiri setempat saja.
Jalan Jalan  DI Melaka Bandaraya Bersejarah Tempat Yang Seronok Untuk Bercuti

Kalau anda nak tahu, The Shore Sky Tower Melaka terletak di tingkat 44. The shore shopping centre. Bangunan dia sekali dengan hotel dan shopping mall. Jadi anda boleh la menikmati pemandangan Melaka dari tingkat 44, Melaka The Shore Sky tower. Tetapi jika anda membawa anak kecil, stroller yang membawa baby tidak di bernarkan di bawa bersama, jadi anda kena dukung baby tu ya.
Jalan Jalan  DI Melaka Bandaraya Bersejarah Tempat Yang Seronok Untuk Bercuti


Jalan Jalan  DI Melaka Bandaraya Bersejarah Tempat Yang Seronok Untuk Bercuti

Harga tiket untuk naik ke tingkat 44 The Shore Sky Tower pun boleh tahan,. Jadi siapkan wang yang secukupnya untuk naik atas ya. Harga tiket untuk dewasa RM25 dan untuk kanak-kanak pula rm18. Jadi apabila anda dah sampai di atas tingkat 44 The Shore Sky Tower Melaka, jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di atas. Banyak tempat yang cantik-cantik . Hanya satu tempat yang anda tidak di benarkan untuk mengambil gambar. Kalau nak juga kena minta guna perkhidmatan cameraman tingkkat 44 Shore Sky Tower Melaka la. Kat mana tu, dekat kawasan menara tinjau lantai kaca. Jadi kalau anda mahu, silakan bayar mengikut harga yang di tetapkan.
Jalan Jalan  DI Melaka Bandaraya Bersejarah Tempat Yang Seronok Untuk Bercuti

Atas bangunan pun ada kolam ikan. Jangan terkejut. Anda boleh dan berpeluang  untuk bersantai santai memberi ikan makan di kolam The Shore Sky Tower Melaka ini.  Setelah itu, anda boleh meneroka seluruh The Shore Sky Tower Melaka ini. Dah jalan-jalan banyak, mesti lapar kan. Jangan risau sebab  ada restaurant di tingkat 44 The Shore Sky Tower iaitu The Sky Deli Restaurant. Jadi anda boleh lepak makan sambil santai-santai tengok view bandar melaka. Best kan.
Jalan Jalan  DI Melaka Bandaraya Bersejarah Tempat Yang Seronok Untuk Bercuti

Untuk pengetahuan anda, di bangunan yang sama, tetapi tingkat yang lain, terdapat The Shore Oceanarium. jadi boleh anda melihat hidupan laut yang telah di bawa masuk untuk santapan anda dan keluarga anda. Tempat ini adalah kerjasama dengan Jabatan Perikanan Melaka.The Shore Oceanarium ini nampak ada kelainan dari segi seni bina nya. Nampak ala-ala zaman batu. Memang nampak sangat cantik.

Jalan Jalan  DI Melaka Bandaraya Bersejarah Tempat Yang Seronok Untuk Bercuti

Jalan Jalan  DI Melaka Bandaraya Bersejarah Tempat Yang Seronok Untuk Bercuti

Bangunan The Shore Shipping Centre bukan sahaja ada Sky Tower dan Oceanarium. Tetapi anda boleh melawat tempat menarik di dalam The Shore Shipping Centre macam 3D Interactive Park & Toy Museum. Tingkat 44 The Shore Sky Tower Melaka ini di buka setiap hari dari jam 10.30 pagi sehingga 9.30 malam. Untuk hari cuti minggu dan hari kelepasan Am Tingkat 44 The Sky Tower Melaka di buka sehingga 10.30 malam. Jadi anda ada masa sepanjang hari untuk meneroka apa yang ada di sini.

COCONUT SHAKE KLEBANG ORIGINAL
Jalan Jalan  DI Melaka Bandaraya Bersejarah Tempat Yang Seronok Untuk Bercuti

Wajib pergi .Dah alang-alang anda bejalan-jalan  ke Melaka, apa kata anda singgah.Ini memang sudah viral sehingga tempatnya menjadi tumpuan ramai samada dalam negara mahupun luar negara. Coconut Shake klebang Original. Sebelum ianya menjadi famous dan viral di media sosial, ianya hanya warung kecil yang mana hanya menjual air kelapa sahaja. Tempat yang sangat strategik, berdekatan dengan kawasan pantai memberi impak yang besar unuk menerima kunjungan dari pelanggan.
Jalan Jalan  DI Melaka Bandaraya Bersejarah Tempat Yang Seronok Untuk Bercuti
Ye la, dah penat berjalan, panas kan, nampak pula gerai coconut shake, mesti lah ianya menggoda tekak anda yang sedang haus kan. Sekarang dah semakin maju dan besar kedai Coconut Shake Klebang Original dan rasa nya masih tetap sama seperti dahulu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba ya. Ianya pasti tidak menghampakan perasaan anda.
Jalan Jalan  DI Melaka Bandaraya Bersejarah Tempat Yang Seronok Untuk Bercuti
Itu adalah beberapa tempat yang khaty rasakan sangat wajib dan best untuk pergi. Memang di Melaka sendiri mempunyai Top List tempat menarik di Melaka. Cuma ini masih baru. 

Tempat paling popular harus kunjungi ketika berjalan-jalan Di Melaka

Melaka River Cruise

Jalan Jalan  DI Melaka Bandaraya Bersejarah Tempat Yang Seronok Untuk Bercuti
Ok, Melaka River Cruise ini berada di pertengahan bandar, jadi tidak susah untuk pergi ke Melaka River Cruise. Anda akan di bawa menaiki bot selama lebih kurang 45 minit sambil dapat menikmati pandangan seperti melalui Kampung Melayu kampung Morten. Boleh la tengok rumah yang cantik dan unik di situ. Pada waktu malam anda akan disajikan dengan warna warni lampu noen di sepanjang perjalan Melaka River Cruise. 

Menara Taming Sari in Bandar hilir

Jalan Jalan  DI Melaka Bandaraya Bersejarah Tempat Yang Seronok Untuk Bercuti
Ianya kan berpusing 360 darjah. Jadi anda dakan dapat melihat keseluruhan bandar Melaka dan tempat-tempat yang berekatan dengannya. 

Tanam Botani Melaka

Jalan Jalan  DI Melaka Bandaraya Bersejarah Tempat Yang Seronok Untuk Bercuti
Di sini ada mempunyai lebih 300 spesis alam flora dan fauna. Di Taman Botani Melaka juga anda boleh lakukan akiviti seperti berjalan santai, berjoging atau menaiki menyusuri kawasan yang di sediakan. Dan apabila anda telah selesai semua melakukan aktivit tadi, anda boleh berkunjung ke book Village yang terletak di pertengahan bahagian Taman Botani Melaka.

Rasa kena ambik cuti berapa hari untuk anda habiskan meneroka Melaka ini? jangan risau penginapan,makanan dantempat beriadah semuanya ada. Cuma kena payung sendiri saja. 

Memang kalau nak di ceritakan memang kena buat macam drama berepisod. Begitu banyak cerita yang menarik di setiap tempat yang ada di Melaka ini atau nak tahu lebih banyak tempat-tempat menarik boleh tengok di laman web Unseen Malaysia(https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia) Nak datang jalan-jalan ke Melaka sebenarnya tidak susah kerana ianya boleh menggunakan pelbagai cara untuk sampai ke Melaka. Naik kapal terbang, bawa kereta sendiri mahupun naik bas. Pilihan di tangan anda semua. Melaka juga sekarang sudahsemakin maju sudah ramai pelancong luar datang untuk bekunjung dan berjalan-jalan di Melaka

Jauh perjalan, indah nya pengalaman. Selamat bercuti dan jalan-jalan di Melaka.

4 comments:

  1. Melaka mmg best negeri yg kecil tapi mcm2 ada

    ReplyDelete
  2. Kak Sue rasa nak kena pergi Melaka lagi sekali nie sebab masa pergi hari tu belum habis pusing lagi.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. Banyak tempat yang Khaty kongsikan ini Bonde dah pergi... dan Bonde suka repeat banyak kali, memang mudah cari tempat bermalam di apps traveloka....cepat jimat dan murah.

    ReplyDelete
  4. sebagai org Melaka, perlu la kata yg Melaka memang best :)
    tapi tu la. jumaat hingga ahad, Melaka trafik jem teruk hi hi hi...
    kami org Melaka tak keluar ke bandar pun. kuar masuk tol ayer keroh jgn ckp la.
    penuh berjela-jela panjang org beratur nak ke tol.
    itu bermakna Melaka best, kan :)

    ReplyDelete