lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 25 January 2018

KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR

KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR
MENGGALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF SERTA IMAGINASI YANG KREATIF UNTUK KANAK-KANAK!


Hai semua. Carrie Junior, anak-anak paling suka sebab pakaging dia saja dah memikat pandangan anak-anak. Dengan iklan dekat televisyen, lagi la anak-anak suka. Salah satu aktiviti yang paling seronok degan carrie junior ini adalah bila mandi, sabun dia memang banyak buih. Memang lama betul anak-anak kalau waktu mandi. Riuh rendah dalam bilik air. Siap berendam dalam besen ala-ala tab mandi la kekononnya. Sel sel otak sedang berhubung, macam-macam benda anak-anak main.
KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR MENGGALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF SERTA IMAGINASI YANG KREATIF UNTUK KANAK-KANAK!

Untuk pengetahuan ibu-ibu semua,bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan. Sebab itu lah anak-anak kalau dalam bilik air tu lama sangat, cuba intai anak-anak buat apa, mesti ibu-ibu akan tersenyum tengok gelagat anak-anak.

ok, ini yang best bila anda beli Carrir Junior dan sapat mainan. Ini lah yang lagi anak-anak suka. Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah me reka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif. Ini lagi satu hal bila ada banyak mainan yang kena kumpul,free pula tu, lagi dasyat perasaan anak-anak untuk dapatkan semua mainan tersebut. 
KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR MENGGALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF SERTA IMAGINASI YANG KREATIF UNTUK KANAK-KANAK!
Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada:- 

CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian 
TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat 
DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, 
Tidak ketinggalan rofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml. Dah dapay dah trofi, misi mencari kesemua haiwan yang ada pula.

KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR MENGGALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF SERTA IMAGINASI YANG KREATIF UNTUK KANAK-KANAK!

Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.
KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR MENGGALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF SERTA IMAGINASI YANG KREATIF UNTUK KANAK-KANAK!
Tengok siapa paling pantas main. Baby yusran la. Jenuh abang-abang bawa lari nak main, dapat kat adik, gini lah keadaanya. Bertabah la ye abang abang ku.

Ok, anda semua kalau nak dapatkan koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies ini, ianya  boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml.

Tentang CARRIE JUNIOR

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak. Selamat bermandi manda anak-anak comel.

8 comments:

  1. Seronok anak-anak beli produk Carrie Junior sekarang nie dapat mainan kan..

    ReplyDelete
  2. Alamatnya mandian junior ni kena letak kat rumah SA la ye..kena jadikan wakaf untuk anak- anak buah yang kecik2..tak leb bagi sorang kang ada yang kecik hati..hehehe...comel je baby Yusran

    ReplyDelete
  3. Anak-anak kalau dapat mainan suka la diorang tamba mainan daripada Carrie Junior

    ReplyDelete
  4. wah..dpt trofi ! jom kumpul ke enam-enam figure

    ReplyDelete
  5. Anak ana pun suka dengan bau carrie jr ni. Dengan Ana suka sekali. Selalu juga share sabun ni dgn dia. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Sabun carrie jr ni wangi. Bukan budak je suka.. mak budak pon sama. Hehehe

    ReplyDelete
  7. wangi sangat carrie yg bau cheery tu, mama suka

    ReplyDelete
  8. hehehe carrie junior bau wangi

    ReplyDelete