lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Monday, 15 January 2018

Makan malam di Restoran Sri Landak

Makan malam di Restoran Sri Landak sempena menyambut hari kelahiran emak tersayang.

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Tanggal 12/1/2017 genap usia emak 59 tahun. Alahmdulillah emak masih sihat dan kuat dalam melakukan tugasan harian. Sempena dengan hari kelahiran emak, kami bawa emak keluar makan di Restoran Sri Landak. Tempat tidak jauh dari rumah. Senang nak cari parking kereta. 
Asalnya ingat nak masak-masak di rumah, tetapi memandangkan khaty kerja balik pun  lewat, senang kerja bawa mak keluar je la. Yang penting emak gembira.  

Puyuh goreng. Mak dengan khaty ja yang makan sampai habis sebab anak-anak tak berapa suka. Depa kata awat kecik sangat ayam ni. Anak oiii, ini burung puyuh bukan ayam. 


Kami pesan lauk yang emak nak makan, simple ja selera emak, janji sedap. Memang puas hati sebab masakan di Restoran Sri Landak semua sedap. Layan pun ok dan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menunggu. 



Sotong goreng tepung jadi rebutan. Anak-anak khaty memang suka betul. Siap cakap, lain kali order sotong goreng tepung lebih, kalau boleh seorang satu pinggan. Amboi..amboi




 Nampak tak siapa jadi lauk. Yusran debabb. 


Mana kek?? Tahun ni bapa kata tak payah beli kek sebab di  tak makan, bapa kata dari beli kek baik beli durian. Hantu durian betul bapa khaty. Tapi durian pun tak beli sebab hari tu durian macam mahal pula harga dia. Tunggu dulu, nanti harga dah stabil baru beli. 

Semoga mak panjang umur di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yang baik. Sayang mak sampai hujung nyawa.


2 comments:

  1. Sanah helwah makcik.. sedap betul la makan kat sini esp ikan tu

    ReplyDelete
  2. happy birthday makcik....sedapnye dpt mkn kek n durian...

    ReplyDelete