lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Monday, 22 January 2018

Sayuran segar dari kampung

Kumpul sayuran segar untuk seminggu apabila balik kampung.


Assalamualaikum w. b.t

Hai semua. Sebenarnya kan tidak lah jauh sangat rumah kampung khaty dengan rumah sekarang. Dalam 30 minit dah sampai. Tetapi perkara paling best, bila berada di kawasan perumah yang serba serbi kena beli, dan balik kampung tinggal petik ja, maka terhasil lah aktiviti mengumpul bahan memasak untuk seminggu yang di simpan dalam peti ais dan boleh digunakan apabila di perlukan.

Santan
Ini memang wajib kena ada sebab untuk masak kari, nasi lemak, kalau tidak pun bubur. Bukan susah, kupas dan mesin sendiri. Lepas tu dah perah santan, masukkan dalam plastik dan sukat siap-siap. Tidak lah susah bila nak masak nanti. Kalau nak beli satu bungkus boleh pergi rm3 juga lah. Jimat kan

Daun kari.
Orang kata tanam je kat belakang rumah. Tapi belakang rumah khaty dah bertemu jalan. Mana nak tanamnya. Lagi pun bukan rajin sangat berkebun.hihi. Dekat rumah kampung pokok kari meman tumbuh besar, siap boleh petik yang muda-muda buat ulam. Tapi khaty tak makan ulam daun kari, nanti kan merana satu badan.

Daun Limau Purut
Ini pun kalau beli sekeping dua mahu juga rm1 kan. Alang-alang pokok dekat kampung elok ja tumbuh, petik la 2 3 helai buat simpanan.

Daun Pandan
Ini memang khaty selalu guna. Tiap tiap kali masak nasi mesti letak daun pandan. Dalam 2 3 keping ja selepas khaty gunting kecil-kecil daun pandan dan simpan dalam peti sejuk. Memang tahan untuk satu minggu dan bau dia pun masih segar lagi. Bila nasi masak pun sedap sangat bau dan terus buat orang lapar.

Sawi kampung.
Memang feveret sangat. Rasa dia berbeza sikit dari sawi yang besar besar tu. Pahit sikit. Tapi sangat sedap dan bagus untuk badan. Bapa khaty cakap masa kecil, kena makan sayur hijau banyak bagi udara dalam badan fresh sebab sayur hijau tu sumber oksigen. Bijak tak seorang ayah buat cerita untuk anak nya makan sayur. Badan sihat otak pun cerdas.

Bunga Kantan.
Ini pun memang tumbuh banyak. Kan sekarang musim hujan. Banyak betul keluar bunga. Selalu nya khaty akan kutip dan bagi je dekat kawan dekat opis. Sedakah. Mahal juga kan bunga kantan.

Semua bahan-bahan tu khaty simpan dalam bekas kedap udara untuk pastikan ianya segar. Boleh tahan seminggu. Santan letak bahagian atas bagi beku.Ada banyak lagi, tetapi yang ini lah selalu khaty buat stock di rumah.

Jadi, tiada alasan siapa balik kampung untuk tidak bawa hasil kampung yang sangat segar ini. Memang nampak remeh, tetapi bila nak guna ianya menjadi suatu masalah yang besar bila cari tidak ada. Selamat memasak.

7 comments:

  1. bila di kampung,tanah kampung lagi subur dari tanah bandar ni..Saya ada sikit² menanam dalam pasu...Terpaksa lah kan..

    ReplyDelete
  2. Bestnya balik kampung bawak stok memasak,Kak Sue pun macam tu Kathy.. kalau balik kampung serba serbi akak bawak balik ke rumah akak..

    ReplyDelete
  3. wah bestnya kg dekat... kata ni jauh beribu batu.. tapi klu balik pn jarang dpt... huhuhu

    ReplyDelete
  4. bunga kantan tu kalau jual sekuntum rm1 tu.. Sama jugalah macam daun-daun lain.. Kalau ada tanam memang untung.. Banyak dah penjimatan tu..

    ReplyDelete
  5. Wah syok nya balik kampung boleh bawa balik hasil segar2 belaka. Jimat pun jimat tu khaty.

    ReplyDelete
  6. Rindu kampung.. tp kampung kite jauh..

    ReplyDelete
  7. Seronoknya khaty tgk pelbagai hasil kampung yang segar-segar. Marsha umah famili kena beli gak sbb tak dok kampung. Teringin nak menanam tapi dalam pasu je mampu 😅😅

    ReplyDelete