lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Tuesday, 16 January 2018

SUSU IBU BERCAMPUR DARAH

SUSU IBU BERCAMPUR DARAH


Assalamualaikum w.b.t

Hai semua.Pasti ada kenangan buat ibu bila menyusukan anak. Dan ada sesetengah ibu mungkin pernah lalui/ melihat susu yg di perah bercampur darah. Jika ibu yang aktif mengepam, situasi susu bercampur darah dapat dikenal pasti dengan lebih jelas.

MOMMIES PERNAH DAPAT HASIL SUSU PERAHAN YG BERCAMPUR DENGAN DARAH


Perlukah risau jika susu ibu bercampur darah?
Jika keadaan berlarutan, semestinya ibu perlu mendapatkan nasihat pakar. Namun, selalunya ia akan sembuh dan beransur pulih selepas 1-2minggu. Ibu perlu tahu punca dan cara merawatnya.

Antara yang boleh dilakukan adalah :-
1.rawat nipple cracked jika itu puncanya
2.pastikan latching betul @ lekapan
3.lakukan teknik marmet @ express dengan tangan secara betul dan lembut
4.pastikan pam dengan menggunakan teknik yg betul ( suction & speed yg sesuai )
5.jika berlaku engorgement / bengkak susu, rawatlah dengan betul. Jangan biarkan breast ibu penuh dan tidak dipam jika dirasa bengkak dan sakit. Konsisten kosongkan susu dengan patuhi jadual memerah yang ibu dah buat untuk elak payudara bengkak. 

Ok.. Dah cerita apa yg perlu dibuat dalam tempoh pemulihan.. Kita cerita pula mengapa boleh susu ibu bercampur darah?

1. Cracked Nipple.
Hingga membuatkan nipple melecet dan berdarah. Selalu berpunca dari teknik lekapan yang salah. Jadi pastikan ibu yg sering sakit semasa anak menyusu untuk train anak melekap dengan betul.

2. Vascular engorgement @ Rusty Pipe Sydrome
Susu ibu bercampur darah yg disebabkan oleh pendarahan dalaman yg kecil berpunca dari peningkatan aliran darah dan pengembangan tisu payudara di akhir kehamilan. Selalu jadi untuk 1st time ibu & sewaktu awal kelahiran. Kadang2 sebelah & kadang2 kedua-dua belah payudara. Namanya Rusty-pipe syndrome sebab warna macam karat pada susu. Selalunya akan hilang 1 minggu kemudian.

3. Broken Capilaries
Berpunca bila payudara dikasari contoh teknik perahan tangan yg tidak betul atau pam yang tak digunakan dengan betul. Ini menyebabkan tisu payudara rosak dan berlaku pendarah kecil di mana darah keluar bersama susu

4. Intraductral Papillomas @ Fibracystic breast condition .
Susu ibu bercampur darah yang berpunca dari tumor yg kecil dan tidak merbahaya dalam milk ducts. Selalunya ketulan tidak dapat dirasai & pendarahan akan berhenti dengan sendirinya.

Jika masih ada darah walaupun selepas 2 minggu, berjumpalah dengan pakar.
Adakah susu ibu berdarah selamat diminum? Terdapat perbezaan pndapat dari yang pakar

Kebanyakan menyatakan ia selamat. Namun tempoh penyimpanan susu ibu bercampur darah adalah terhad dan berbeza
-tak boleh disimpan sebagai stok beku
-beri susu bercampur darah dahulu, baru susu ibu biasa.

Ada pelbagai jenis warna susu ibu yang bercmpur darah, sekiranya susu tersebut terlalu merah kerana darah yang lebih kluar dari susu dan ibu rasa tidak yakin untuk diberi pada baby, elok di buang saja.


Semoga info ini dpt membantu mommies.

No comments:

Post a Comment