lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Wednesday, 31 January 2018

Tips pemakanan dan masa untuk tingkatkan susu ibu

Tips pemakanan & masa untuk ibu menyusu bagi mendapatkan hasil susu yg banyak & berkualiti

Assalamualaikum w.b.t
Hai semua. Apa khabar mommies semua yang sedang menyusukan bayi tidak kira yang sudah lama atau pun masih baru. Semoga impian anda untuk susukan bayi dengan susu ibu tercapai sehingga umur 2 tahun. Ok, mommies semua mesti sentiasa dok cari cara untuk tambahkan susu, pekatkan susu dan seangkatan yang berkaitan dengan susu la. ok, khaty nak kongsikan sedikit maklumat atau tips pemakanan & masa untuk ibu menyusu bagi mendapatkan hasil susu yg banyak & berkualiti

Pernah tak terfikir makanan dan masa memainkan peranan yang penting. Maksudnya ada beberapa perkara yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Perkara mudah saja, tak perlu keluar kos pun. Cuma nak bagitahu. 
Ini sekadar pekongsian ya. Terpulang kepada mommies masing-masing. Sebenarnya jika kita ikut  tips pemakanan & masa untuk ibu menyusu bagi mendapatkan hasil susu yg banyak & berkualiti ini, secara tidak langsung anda boleh juga kurus. Mesti semua dah tahu tentang ini, menyusu kan bayi mesti cepat kurus. Seronok kan.
Ok jom tengok tips pemakanan & masa untuk ibu menyusu bagi mendapatkan hasil susu yg banyak & berkualiti :-

*** PAM SUSU ( 5pg )
1. Minum pagi antara 6.00 -7.00 am
( holick + oat + susu kmbing + chea seed, biskut / kurma 3 bji )/ apa jua minuman berzat.

***PAM SUSU (9pg)
2. Sarapan pagi antara 10.00 -11.00am
( nasi lemak / mee/bihun / lain2 beserta air suam )

***PAM SUSU (11.30pg)
3. Makan tgh hari antara 12.20 - 1.30 pm
( nasi, lauk pauk, buah2an & sayuran beserta air suam )

***PAM SUSU (3 ptg)
4. Minum petang antara 4.00 -5.00 pm
( holick + oat + susu kmbing, biskut / kurma 3 bji )/ apa jua mnimn berzat. / kuih muih

***PAM SUSU ( 5ptg)
5. Makan malam antara 6.00-7.00 pm
( nasi, lauk pauk, buah2an & sayuran beserta air suam )

*PAM SUSU (9mlm)
6. Minum malam antara 10.00 -11.00 pm
( holick + oat+ ssu kmbing & biskut / kurma 7 bji )/ apa jua minuman berzat


# sebelum makan perlu pam susu dulu baru badan x naik.
# susu terhasil dari zat yang kita makan bukan dari banyak yang kita makan

Sebenarnya untuk para mommies kalau yang bekerja memang akan mengahadapi masalah dengan masa bila nak pump susu, tetapi mommies boleh adjust masa sendiri untuk selesakan diri kan. Kalau ikut jadual yang khaty kongsi, dia punya sistem pemakan memang simple dan sangat mudah untuk di cari.
Waktu pump juga boleh adjust ikut keselesaan masing-masing. Tetapi jangan skip waktu pump terlalu lama. Jika jadi bengkak susu, tidak bermaksud susu banyak tetapi ianya sudah sangat berlebihan untuk pengeluaran susu yang baru. Khaty selalu amalkan pump ikut waktu atau pump sebelum terjadi bengkak susu. Elok mommies pump selang 3-4 jam untuk satu sesi. 
Alhamdulillah sehingga hari ini, bayi khaty sudah 9 bulan minum susu ibu sepenuhnya walaupun khaty sudah bekerja. Khaty ikut jadual ini, insyaAllah anda juga boleh buat rujukan.Usaha tangga kejayaan.  
crdt : asiahmaharam

3 comments:

  1. good info khaty. dulu zaman akak tak berapa byk info ttg ni. harap tanya kawan2 dan org tua aje

    ReplyDelete
  2. kena highlight bab ni...susu badan nak kena jaga lama

    ReplyDelete
  3. nanti boleh suruh adik bace entry ni...

    ReplyDelete