Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32%
Sempena
Perayaan Tahun Baharu Cina
KUALA
LUMPUR, 12 FEB 2018 - Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang
ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee;
platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah
menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di
Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini.
Sejak
pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan
potongan
harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1
juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di
Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina. “Aktiviti
membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun
Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan
dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri
Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang
memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan.
Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu
sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas,
mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif
Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0),
rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang
mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau
Shopee.
Carian
paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi
kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan,
Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita danBeg Wanita.
No
|
Kategori
|
Carian
Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
|
1
|
Pakaian
Wanit
|
Blaus,
Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek,Cheongsam
|
2
|
Mobil
& Gajet
|
iPhone,
Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
|
3
|
Permainan,
Kanak-kanak
&
Bayi
|
Pakaian
Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki,
Pakaian
Bayi, Tommee Tippee
|
4
|
Kasut
Wanita
|
Kasut,
Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
|
5
|
Beg
Wanita
|
Beg
Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas
|

Pembelian
paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim
perayaan ini:
No
|
Kategori
|
Produk
Paling Popular Di jual
|
1
|
Kasut
Wanita
|
Kasut
Terbuka
|
2
|
Permainan,
Kanak-kanak & Bayi
|
Set
Pakaian Bayi
|
3
|
Perhiasan
Rumah
|
Set
Hadiah Tupperware
|
4
|
Kesihatan
& Kecantikan
|
Set
Solekan Mata Tahun Baharu Cina
|
5
|
Runcit
& Haiwan Peliharaan
|
KitKat
Edisi Khas
|
Nikmati
potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen
Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan
pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih
200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi
keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi,
pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk
memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah
RM8,888. Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji
daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran
hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah
Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell
danLenovo.
Muat
turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google
Play.
#WangWithShopee
Mengenai
Shopee
Shopee
adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan.
Platform ini direkakhusus untuk rantau ini, memberikan pengguna
pengalaman membeli-belah yang mudah,selamat dan cepat dengan sokongan
pembayaran dan logistik yang kukuh.
Shopee
akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi
e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang
pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan
& kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan
kecergasan. Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di
Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand,
Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam
industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital
di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf
kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan
teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE)
dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.shopee.com.my
Selaluu beli kat shoppee, plus shoppe murahhh .. walaupun sy seller lazada. hihi
ReplyDeletebest gune shoppe ni..
ReplyDeletenampak nau org yg ngadap phone tu ramai yg ngadap shopee rupanya haha
ReplyDeleteSaya salah seorang penyumbang
ReplyDelete