JOM BREAKFAST | RUMAH SARAPAN ANDA
Hujung minggu selalunya khaty akan bawa anak-anak breakfast kat luar. Paling anak-anak suka roti canai la, jadi kadang-kadang memang suka mencari kedai roti canai yang sedap. Jauh pun tak pa.Tetapi kali ni, berbeza sikit tempat breakfast. Jom breakfast rumah sarapan anda. Tempat sarapan yang menyediakan pelbagai jenis menu yang mungkin akan menarik selera anda.
Ini adalah di antara menu-menu yang di sediakan. Portion makanan dia kalau dewasa memang ok, kalau budak rasa macam kena kongsi sebab takut tak habis.
Ini adalah menu yang paling hot katanya. Memang sedap cuma set kacang pool tu mungkin ada sedikit kelainan dia. Ye la kan, mana tau nanti ada yang kata tak sama dengan tempat yang pernah anda singgah.
Ini paling anak-anak suka. tetapi akhirnya khaty juga kena habiskan air fahim. Sabar je la, kalau masih panas ok la kan, ni dah sejuk, muak juga la nak bagi habis air coklat tu.
Sebenarnya kedai ini dah viral di facebook. Jadi khaty pun nak try juga lah kebetulan dekat ja dengan rumah. Anak-anak tak pernah tak ikut. Setuju ja mak bawa ke mana pun.
Ini adalah di antara menu-menu yang di sediakan. Portion makanan dia kalau dewasa memang ok, kalau budak rasa macam kena kongsi sebab takut tak habis.
Ini adalah menu yang paling hot katanya. Memang sedap cuma set kacang pool tu mungkin ada sedikit kelainan dia. Ye la kan, mana tau nanti ada yang kata tak sama dengan tempat yang pernah anda singgah.
Ini paling anak-anak suka. tetapi akhirnya khaty juga kena habiskan air fahim. Sabar je la, kalau masih panas ok la kan, ni dah sejuk, muak juga la nak bagi habis air coklat tu.
Kedai yang simple dan kalau anda datang kadang-kadang kena tunggu sebab tempat duduk penuh. Maklumlah bukan kedai besar. Dalam kawasan rumah juga. Agak terhad tempat untuk meletakkan meja dan kerusi banyak-banyak.
Alamat :
C182 lorong 12 taman sejati indah sungai petani kedah
no tel :
012-4822957
waktu perniagaan:
7.30pg - 11.30 pagi
tutup setiap hari SELASA.
Jadi selamat menjamu selara ya semua. Yang baik kita kongsi bersama agar anda juga dapat merasainya.
dia buat rumah dia jadi kedai ke khaty? nampak sedap air2 yg dijual.. makanan dia pun nampak lazat
ReplyDeletegmabar first tu macam aiskrim mcm best mcm terliur. hehehe
ReplyDeleteNampak menarik..harga pun murah la Khaty, banyak betul menu diorang...terus rasa lapar..tak sempat breakfast ni...
ReplyDeleteAmboi menu buat craving betul.adoiiii lapar perut jadinya.nampak menarik menu yg disediakan
ReplyDelete