lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Wednesday, 7 February 2018

Kerabu Jawa | Perkhabaran Kelahiran Bayi

Kerabu Jawa & nasi Among-Among | Perkhabaran Kelahiran Bayi 

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Kerabu jawa? Siapa pernah makan? Rasanya kalau yang berketurunan jawa pun bukan semua tempat ada makanan yang sama dan adat yang sama. Sebenarnya kerabu jawa  telah menjadi makanan tradisi sejak dari datuk nenek moyang lagi di perkampungan khaty. Dan sekarang terpulang kepada generasi yang ada untuk meneruskan nya atau tidak. Bukannya wajib, tapi lebih kepada perasaan seronok sebab ada nya kerabu jawa maksudnya masih ada peluang untuk merasainya.  

Apa itu kerabu jawa dan nasi among-among?

Sebenarnya kerabu jawa merupakan campuran ulam ulaman segar yang sangat senang untuk di cari. Semuanya petik ja dari halaman rumah atau belakang rumah kampung ya. Agak banyak juga step untuk buat kerabu jawa dan memerlukan kesabaran dalam menghasilkan kerabu jawa ini. Bermula dari memetik, mengisar, memotong, mencelur dan menggaul. Khaty memang tidak  pernah buat, hanya tengok orang-orang lama buat saja. Baca di sini untuk lihat cara menghasilkan kerabu jawa.

Sebenarnya kerabu jawa ini bukan selalu pun ada, cuma bila ada anak-anak yang baru bersalin atau melahirkan bayi , maka mak -mak akan sibuk untuk buat nasi among-among yang di makan bersama kerabu jawa ini. Kiranya buat macam nasi lemak, lauk nya kerabu jawa dan ikan tamban goreng tepung serta telur rebus dan ini dinamakan sebagai nasi among-among, dan bagi dekat jiran tetangga, maka jiran-jiran pun automatik akan tahu mengenai kelahiran bayi baru ini. Seronok kan. Semua dengan mudah mendapat perkhabaran berita gembira ini. 

Biasalah apabila sampi waktu kenduri, orang-orang vateran akan mula bercakap mengenai kerabu ini jika ianya tidak di perlajari oleh orang muda, mesti nanti dah hilang dan susah untuk dapatkan nya lagi. Orang tua-tua dulu memang suka dan kuat sikit adatnya, tetapi kalau ianya tidak membebankan, tak salah pun kita generasi muda untuk ikut.

Lain tempat lain adatnya. Tetapi biarlah ianya tidak sampai membebankan mana-mana pihak. Niat nya baik hanya untuk meraikan ibu dan bayi di atas kelahiran tersebut. Kalau nak makan nasi among-among kat kampung khaty tak perlu sangat tunggu ada kelahiran, kalau ada yang minta boleh saja nak buat. Nasi among-among juga baik untuk kesihatan kerana khasiat yang ada pada ulam-ulaman tersebut.

4 comments:

  1. aida minat ni, khaty.
    kat kedai kat melaka ni, ada yg memang prepare few types of kerabu.
    yg ni memang ada. aida plak dah tua-tua ni minat ulam.
    memang tak miss amik kerabu jawa ni.

    ReplyDelete
  2. Oh baru tahu kisahnya. Kalau keturunan Jawa mesti kena ambil tahu juga cara nak buat kerabu ni kan

    ReplyDelete
  3. uihh best ni..
    tp tula bak kak kak khaty.. mmg jarang sgt nak jmp kerabu jawa ni

    ReplyDelete
  4. kerabu biasalah makan. Hehe. Kerabu jawa dgn kerabu lain mesti ada lain sikit kan. Hee teringin pulak. Nampak sedap. Terliur pulak rasanya hehe.

    ReplyDelete