lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Tuesday, 6 February 2018

Resepi Mudah | Cara Membuat Kerabu Jawa

Resepi Mudah | Cara Membuat Kerabu Jawa

Hai semua. Hujung minggu banyak aktiviti yang ada. Memasak?? Hari-hari kena masak, tetapi bila balik kampung aktiviti memasak jadi seronok sebab ramai. Antara yang sedang khaty belajar sampai hari ni macam tak jadi sangat iaitu kerabu jawa.Banyak step juga untuk buat Kerabu Jawa ini. Memerlukan kesabaran yang tinggi.
Resepi Mudah | Cara Membuat Kerabu Jawa

Bahan-bahan Kerabu Jawa

A. Pes Cili
Cili kering
Bawang merah besar
Belacan
*kisarkan kesemuanya

B. Ulam ulaman
Daun pucuk ubi
Taugeh
Kacang panjang
Bunga betik
*celur
Ubi cekur ( ditumbuk kasar )

C. Kelapa mesin 

D. garam dan gula

Cara membuat kerabu jawa

  1. Goreng bahan C sehingga nampak warna keemasan
  2. Setelah bahan C masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas untuk  dicampurkan bahan A  dan gaulkan sehingga sebati
  3. Setelah selesai bahan B, boleh di gaul sekali dengan bahan A&C tadi.
  4. Gaulkan sehingga sebati dan masukkan garam dan gula secukup rasa
Memang tiada sukatan untuk berapa banyak yang kita hendak guna sebab diaorang yang buat main campak-campak ja bahan, tak cukup tambah tak cukup tambah. Yang tak mahu guna kacang panjang boleh ganti kacang buncis. Kerabu jawa ini amat sesuai di makan dengan nasi  hangat-hangat dan ikan tamban goreng. Marbelessss. Hilang semua diet. Selamat mencuba.

8 comments:

  1. Nampak sedap tu Khaty...bleh la SA cuba nanti ni...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya,..ratah begitu sahaja pun best nih :)

    ReplyDelete
  3. Fulamak, ratah pun bagus tu.. tak yah nasik dah.. diet hehe

    ReplyDelete
  4. Baru tau ada kerabu jawa padahal ana keturunan jawa. Hehe. Hat ni ratah macam tu je dah sedap khaty.

    ReplyDelete
  5. yes. makan dgn nasi panas aje.
    marveles! sedap. makanan sihat.

    ReplyDelete
  6. tgu kak khaty buat je.. ayu klau bt bnd2 cmni mmg sllunye tak jadi mane pon

    ReplyDelete
  7. Again. Terliur. Gonna try this out. Thankyou untuk resepinya :) Hehe.

    ReplyDelete
  8. Mudah saja resipinya..x suka ruoanya kan..kalau tak bubuh taugeh takpe kak??nk dehaka sket

    ReplyDelete