lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 1 February 2018

REWARD YOURSELF | MARY KAY ULTIMATE SERUM

REWARD YOURSELF | MARY KAY ULTIMATE SERUM MELACEP PLUS+ TM LUMINOS SYSTEM

Hai semua. Sekali sekala manjakan wajah dengan niat untuk cantikkan wajah, memang tak boleh berkira dengan duit. MARY KAY ULTIMATE SERUM MELACEP PLUS+ TM LUMINOS SYSTEM, harga boleh tahan, tapi disebabkan banyak sangat kebaikan yang terkandung dalam MARY KAY ULTIMATE SERUM MELACEP PLUS+ TM LUMINOS SYSTEM ini, jadi amat berbaloi untuk memilikinya. Pecah duit tabung juga nak dapatkan MARY KAY ULTIMATE SERUM MELACEP PLUS+ TM LUMINOS SYSTEM.
REWARD YOURSELF | MARY KAY ULTIMATE  SERUM MELACEP PLUS+ TM LUMINOS SYSTEM

Isi kandungan ULTIMATE SERUM MELACEP PLUS+ TM LUMINOS SYSTEM

1)MelaCEP Plus+™ Luminous Kompleks yang boleh mencerahkan dan memutihkan kulit wajah dengan menggabungkan 3 bahan utama iaitu :
  • Ekstrak Edelweiss -Mencerahkan, memberi perlindungan, kaya dengan Antioksidan untuk membantu mengurangkan perubahan warna pada kulit.
  • Ekstrak Alga- Meransang pembentukan melanin dan membantu menghalang perubahan warna pada permukaan kulit.
  • Asid Aminodari sayuran -Memperbaiki kecerahan kulit, menjadikan tona kulit lebih sekata dan mengurangkan bintik-bintik hitam pada kulit.

2) Hexylresorcinol- Target glutathione dan mengumpulkan pigmen pada permukaan kulit. Glutathione adalahpenting untuk proses penulenan kulit. Apabila kita semakin tua, pengeluaran semulajadi glutation dalam badan kita mula berkuranganmanakala tekanan dan pencemaran alam sekitar juga boleh mengurangkan kadarnya. Di samping itu, glutation boleh memberi kesan melanosit,yang bertanggungjawab atas kemunculan melanin pada kulit.

3)Ekstrak Maritime pine(pinus pinaster) danwhite birch(betula alba) - Target melanin

Wah, isi kandungan pun nampak bagus, harap-harap selepas menggunakan ULTIMATE SERUM MELACEP PLUS+ TM LUMINOS SYSTEM ni nanti, muka nampak lagi pololes la, kalau tanpa makup pololes lagi suka la, jimat. Sebenarnya mula mula tak berapa faham bahasa saintifik bahan-bahan tersebut, tapi bila dah ada yang sudi menjelaskan, baru lebih confident. Jangan ambil mudah dengan isi kandungan yang kita tak tahu, nak guna dekat wajah. Silap hari bulan, wajah terniaya nanti. 

Kelebihan ULTIMATE SERUM MELACEP PLUS+ TM LUMINOS SYSTEM


1.Kulit lebih berseri dan cantik dengan Ekstrak Edelweiss
2.Memperbaiki tekstur kulit supaya kulit lebih cerah dan mengurangkan bintik-bintik hitam

Kini,  tidak perlu lagi menggunakan dua produk, MelaCEP® Essence dan Dark Spot Serum kerana MelaCEP Plus+™ Ultimate Serum ini direka untuk menggantikan kedua-dua produk itu dengan menggabungkan kebaikannya iaitu mencerah dan menyerikan ke dalam MelaCEP Plus+™ Ultimate Serum ini. Ianya lebih kepada ibu produk la. khaty juga baru tahu semasa hendak membeli barangan MaryKay. Jadi jangan kusutkan minda danbazirkan wang kalau boleh dapat 1 produk yang dah cover 2 produk untuk dapatkan khasiat yang sama.

Ok, cara menggunakan Serum adalah mengikut turutan ini. Ini pun orang ajar juga. Maklumlah, khaty bukan pakar sangat pasal kecantikan, teringin nak cantik juga. Tak tahu kena tanya. 

Pagi :
1) Pencuci
2) Penyegar
3) Ultimate Serum
4) Pelembab Siang

Malam :
1) Pencuci
2) Penyegar
3) Ultimate Serum
4) Krim Malam

Sedikit info mengenai  produk:
MelaCEP Plus+™ Ultimate Serum
Harga : RM 350
Saiz : 30 ml

Jadi kalau anda berminat nak cuba, boleh ja cari agen yang jual Mary Kay. Ramai yang dah jual. Rajin rajin kan lah google. Moga -moga selepas pakai ULTIMATE SERUM MELACEP PLUS+ TM LUMINOS SYSTEM wajah makin berseri-seri tanpa perlu guna makup dah.hehehe. Hakikat nya selalu bila nak keluar rumah memang tepek juga bedak dan lipstik sebab dah terbiasa.

11 comments:

  1. Mary Kay ni memang best..banyak feedback positif

    ReplyDelete
  2. Produk Mk semuanya best tapi harganya boleh tahan juga ye

    ReplyDelete
  3. Wah makin cun lah lepas ni muka khaty ye. Ana pun dgr ramai kata best produk mary kay ni. Tp rege mahal lah sikit.

    ReplyDelete
  4. mama suka produk serum2 ni mesti berkualiti

    ReplyDelete
  5. aida pengguna MK. baru lagi la...
    tapi serum ni lom lagi masuk list aida :)

    ReplyDelete
  6. Buat masa sekarang, pakai sincare biasa je dlu sebab teringin jugak nak try MK. Tapi mahal sikit. So, kena tahan nafsu nak mencuba dulu :)

    ReplyDelete
  7. saya pengguna dan beauty consultant MK jugak...memang besttt walaupun mahal tapi berbaloi utk labur pada kulit muka sendiri.. :)

    ReplyDelete
  8. Amboiiii harganya tercekik saya tgk..mau kena pecah tabung jugak nih kak

    ReplyDelete