lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 8 March 2018

3 Langkah Pantas Untuk Memakai Shawls

3 Langkah Mudah Untuk Memakai Shawls untuk Kegunaan Harian

Hai semua. Sekarang kan tengok macam-macam shawls ada di pasaran. Sebut saja shawls style apa yang anda mahu, semua ada. Sama ada di online shopping mahupun offline. Khaty juga merupakan salah seorang yang telah menukar style tudung dari bawal ke shawls sejak tahun 2010. Kiranya bila dah start kerja, konon-konon nak nampak style sikit la. Padahal bawal memang sentiasa ada di rumah. Jadi macam mana dengan style anda. Shawls atau bagaimana??
3 Langkah Mudah Untuk Memakai Shawls untuk Kegunaan Harian

Sebenarnya bentuk shawls juga memainkan peranan yang sangat penting untuk memberi keselesaan kepada anda. Kalau tak selesa nanti mesti rasa rimas dan terasa tidak sempurna hari anda.

Khaty paling suka shawls style WIDE SHAWLS, HALF MOON DAN HALF MOON WIDE SHAWLS ( potong sedikit bulat di hujung shawls). Khaty juga akan guna shawls style  jenis 2.0 meter dan ke atas sebab ianya panjang dan sedikit labuh serta kena la dengan cara pemakaian tudung seperti yang di syariat kan lah.

Selalunya jenis yang paling nak menjimatkan masa mesti instant shawls. Nak lagi jimat ambik jenis yang tak perlu di iron. Kata nak cepatkan. Tetapi khaty shawl wide biasa pun ok lagi.

3 Langkah Pantas Untuk Memakai Shawls

Di sini khaty ingin berkongsi cara memakai wide shawls dengan pantas. Tak sampai 1 minit siap. Percaya tak??


3 Langkah Mudah Untuk Memakai Shawls untuk Kegunaan Harian
Mula-mula pakai yang macam biasa dulu. Letak kerongsang 1 untuk ketat kan shawls. Tak berapa nampak la sebab nak cover leher. hihihi

3 Langkah Mudah Untuk Memakai Shawls untuk Kegunaan Harian

Kemudian ambik hujung shawls lipat 2 dan letak pin seperti di gambar. Biarkan ada baki kain sedikit untuk labuhkan bahagian tepi. Agak-agak boleh muat wajah anda masuk shawls tadi.

3 Langkah Mudah Untuk Memakai Shawls untuk Kegunaan Harian
Kemudian sarungkan tempat yang letak pin tadi. Taraaa dah siap pun pakai shawls. Cuma anda kena adjust sikit-sikit la untuk betulkan awning tu. Cepat kan, tak sampai 1 minit siap. Ada anak kecik lagi kena pantas. Tak kuasa nak lilit - lilit yang nampak rumit tu. Nanti dah dukung anak senget juga shawls kan.

Kadang-kadang tak perlu beli shawlsyang mahal sangat, ataupun nak ikut trend. Khaty paling suka kalau kain shawls style lembut macam kain chiffon ataupun crepe. Tetapi ada kelemahan sikit kain shiffon sebab agak nipis. Jadi anda kena pakai anak ninja yang sedikit labuh untuk tutup leher anda.

Kain crepe memang selesa dan kainnya juga agak tebal dan paling best tidak terlalu kaku kain crepe. Sebenarnya ada banyak jenis kain, tetapi semuanya mengikit pilihan dan citarasa masing-masing. Yang penting bila pakai nampak elok dan sopan. 

Jadi macam mana cara anda pakai shawls untuk kegunaan harian anda. Susah ke senang. Hihihi.

7 comments:

  1. kita pun pakai camtu...
    tp ada mood skit nak pakai shawl ni...hehehhee...
    bila ngah rajin je pkai shawl...kalau malas just pakai sarung je,

    ReplyDelete
  2. senang ajer kan teknik 2 muka

    ReplyDelete
  3. Senang kan pakai macam nie Kathy, anak buah Kak Sue pun ajar pakai macam nie juga..

    ReplyDelete
  4. Pandaii khaty...buat mcm2 style

    ReplyDelete
  5. Mmg cepat. Nice sharing khaty..

    ReplyDelete
  6. Dah biasa buat cara nih.memang cpat dan pantas

    ReplyDelete