9 BAHAN RESEPI UNTUK MEMBUAT REBUSAN AIR MANDIAN SERUM - KhatyAiman KhatyAiman: 9 BAHAN RESEPI UNTUK MEMBUAT REBUSAN AIR MANDIAN SERUM
Textual description of firstImageUrl

9 BAHAN RESEPI UNTUK MEMBUAT REBUSAN AIR MANDIAN SERUM

khatyaiman | 3/21/2018 11:12:00 am | 3 Komen

9 BAHAN RESEPI UNTUK MEMBUAT REBUSAN AIR MANDIAN SERUM


Hai semua. Rasanya pada ketika ini ramai yang sedang bercakap mengenai kelahiran puteri comel penyanyi no 1 negara Dato' Siti Nur Haliza yang lebih mesra di panggil Tok Tie. Jadi banyak lah petua atau pun cara penjagaan diri wanita yang muncul. Dari zaman nenek moyang sehingga sekarang. Tapi semua tu sangat seronok sebab semuanya mengenai penjagaan diri seorang insan yang bergelar wanita.AIR MANDIAN SERUM. Sebenarnya pertama kali khaty dengar. Tetapi bila tengok bahan lebih mudah sebut mandi air daun-daun. Kampung sangat kan bahasa khaty.Untuk pengetahuan anda,rebusan AIR MANDIAN SERUM ini sangat mudah disediakan. Daun-daun yang di gunakan pula adalah daun-daun yang mudah untuk didapati di sekeliling rumah, juga dari rumah saudara yang terdekat.
9 BAHAN RESEPI UNTUK MEMBUAT REBUSAN AIR MANDIAN SERUM

Selalunya kita dengar serum untuk wajah sahaja. Tetapi ini lagi seronok sebab serum untuk satu badan yang mana tidak menggunakan kos yang banyak dan ianya sangat mudah di sediakan. Tetapi kena ada sifat rajin dan buang sikap malas jauh-jauh demi kebaikan tubuh badan sendiri. Ok jom tengok bahan-bahan untuk menyediakan rebusan AIR MANDIAN SERUM

9 BAHAN AIR MANDIAN SERUM

9 BAHAN RESEPI UNTUK MEMBUAT REBUSAN AIR MANDIAN SERUM

Antara daun-daun serum dan bahan-bahan yang digunakan ialah:
1- Daun mengkudu
2- Daun lengkuas
3- Daun ganda rusa
4- Daun serai wangi
5- Daun jambu batu
6- Daun limau purut
7- Daun pandan
8- Halia
9- Halba
9 BAHAN RESEPI UNTUK MEMBUAT REBUSAN AIR MANDIAN SERUM

9 BAHAN RESEPI UNTUK MEMBUAT REBUSAN AIR MANDIAN SERUM

Sangat mudah nak cari bahan yang seperti di atas kan. Rasanya memang sesetengah bahan sudah pun ada di rumah. Kalau susah sangat nak cari, beli je online. Lagi senang kan. Kata semuanya di hujung jari sahaja.

CARA MENYEDIAKAN AIR MANDIAN SERUM

1. Ambil periuk ukuran sederhana.
2. Sediakan daun-daun serum. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana.
3. Masukkan halba dan hirisan halia. (halba juga boleh dipunjutkan)
4. Setelah mendidih, air rebusan ini dipindahkan ke dalam besen mandian yang besar dan dicampurkan dengan air pili dan pastikan suhu air suam-suam kuku sahaja.
5. Sedia untuk digunakan semasa mandi.
9 BAHAN RESEPI UNTUK MEMBUAT REBUSAN AIR MANDIAN SERUM

CARA MANDI AIR MANDIAN SERUM

1. Mandi dalam keadaan duduk atas bangku atau kerusi. Dilarang mencangkung.
2. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang.  Ulang pada kaki kiri.
3. Nota : adalah penting menjirus air di bahagian kaki dahulu supaya urat tidak tersentak apabila terkena air dan boleh menyebabkan sakit kepala.
4. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. Proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri.
5. Seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.
6. Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit.
7. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan.

KHASIAT AIR MANDIAN SERUM

1. Mewangikan badan
2.Mengendurkan dan melembutkan urat-urat yang menegang semasa proses bersalin
3. Mengurangkan stress
4. Membuang rasa letih dan lesu
5. Melancarkan peredaran darah
6. Menyegarkan tubuh
7. Mengeluarkan angin
8. Memulihkan tenaga 
9. Menghaluskan kulit
10. Awet muda

Siapa tak mau dapat kebaikan selepas mendi dengan AIR MANDIAN SERUM ni kan. Yang sedang membuat entry pun macam tak sabar nak cari bahan nak buat. Maklumlah dah lama tak buat selepas habis pantang tahun lepas. Untuk makluman,ibu berpantang sangat digalakkan untuk mandi serum setiap hari selama 44 hari tempoh berpantang atau sekurang-kurangnya 2 minggu selepas bersalin. Mandi serum sesuai dilakukan setiap pagi selepas selesai berurut dan bertungku.Sangat bagus mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.Sebelum mandi air serum, ibu-ibu boleh bercebok dengan air rebusan sireh untuk mempercepatkan penyembuhan luka-luka lepas bersalin.

Nampak tak betapa mudahnya wanita nak jaga kesihatan tubuh badan, luar dan dalaman. Kena rajin ya wanita sekalian.Okay, semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita terutama wanita untuk menjaga diri anda masing-masing. Tiada siapa yang yang akan perduli diri anda kecuali anda sediri dan sentisalah memberi pengharagaan yang terbaik buat diri sendiri. Jangan berkira untuk diri sendiri. Selamat mencuba.
crdt : Norzanariah ismail & suzyhoney

3 comments:

  1. yang penting kena rajin...
    klu kita x rajin...mmg xkan menjadi..

    ReplyDelete
  2. Betul... Wanita perlu menjaga kesihatan dalaman dan luaran. Macam LeYa, bising Incik Otomen tengok kalau tak jaga penampilan dan kesihatan.. kefkef.. Tapi nak try jugalah air mandian serum ni. Bagus khasiatnya

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com