lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Wednesday, 28 March 2018

PTPTN GRANT| MENABUNG RM500 DAPAT PERCUMA LAGI RM500

PTPTN GRANT| MENABUNG RM500 DAPAT RM500

Bila ada anak dah mula belajar di sekolah, saban hari memang banyak info mengenai simpanan untuk anak-anak akan sentiasa bermain di corong telinga. Banyak kebaikan nya apabila kita boleh amalkan sikap menabung demi untuk kepentingan dan kemudahan anak-anak di masa hadapan. Bukan mudah untuk semua orang untuk menerima topik ini kerana dengan keadaan ekonomi sekarang, kita menggunakan hampir seluruh dana yang ada untuk keperluan harian. 
Bayangkan RM100 sahaja sekarang macam air terjun mengalir. Tanpa sedar ianya habis. Mesti lah terfikir kan, macam mana nak simpan duit ni, kalau bukan hanya untuk pembelajaran, ianya juga untuk hal-hal kecemasan. Khaty sendiri pun bukanya seorang penabung yang bagus. Ada juga kadang-kadang tersasar. 

PTPTN GRANT| MENABUNG RM500 DAPAT PERCUMA LAGI RM500
Jadi khaty kenalah cari alternatif lain kan. Menabung Rm 500 dapat percuma lagi Rm500 untuk setiap anak. Bunyi memang menarik hati jiwa dan raga sangat. Sapa nak bagi Rm500 percuma pada masa sekarang kan. Macam mana nak dapatkan ni?? ? Ok kita tengok syarat yang perlu di patuhi.

Syarat- syaratnya:
1. Warganegara Malaysia
2. Mempunyai kanak-kanak berumur 7-12 tahun

Nampak tak, kalau cukup syarat dah boleh mohon. Macam khaty ada 2 orang anak, jadi boleh lah dapat Rm1000. Seronok kan.

Ok sekarang cuba kita baca dan fahami bersama konsep dan idea yang telah di sediakan untuk kemudahan semua ibu bapa di luar sana.Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN1M dengan simpanan minima sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.
PTPTN GRANT| MENABUNG RM500 DAPAT PERCUMA LAGI RM500
Nampak memang banyak kebaikan yang kita akan perolehi  kan. Nak daftar pun tidak lah susah sebab semuanya dah tersedia di online. Lengkap kan maklumat yang di kehendaki sehingga selesai. Khaty juga ada sediakan gambar untuk rujukan anda. Lagi mudah kan.

Cara berdaftar akaun SSPN1M Plus ONLINE

1. Masuk ke laman sesawang SSPN1M-i Plus ONLINE

PTPTN GRANT| MENABUNG RM500 DAPAT PERCUMA LAGI RM500

2. Klik dekat pembukaan akaun. 
PTPTN GRANT| MENABUNG RM500 DAPAT PERCUMA LAGI RM500

3.Anda perlu lengkapkan semua maklumat peribadi anda dan juga anak anda. Dan klik untuk seterusnya jika semua maklumat telah lengkap di isi.
PTPTN GRANT| MENABUNG RM500 DAPAT PERCUMA LAGI RM500

4. Seterusnya anda akan di beri pilihan untuk memilih pakej yang telah di sediakan. Terpulang kepada anda untuk memilih.
PTPTN GRANT| MENABUNG RM500 DAPAT PERCUMA LAGI RM500
5. Ini adalah pakej yang telah di sediakan. Jadi pilih yang anda mampu untuk menyimpan ya.
PTPTN GRANT| MENABUNG RM500 DAPAT PERCUMA LAGI RM500

5. Selepas itu anda akan di paparkan dengan sedikit malumat mengenai pakej yang telah anda pilih. Klik seterusnya . 
PTPTN GRANT| MENABUNG RM500 DAPAT PERCUMA LAGI RM500

6. Setelah selesai memilih pakej, anda juga akan di beri pilihan untuk jenis bayaran. Nak guna auto debit atau pemotongan gaji. Klik seterusnya
PTPTN GRANT| MENABUNG RM500 DAPAT PERCUMA LAGI RM500

 7. Sila semak maklumat untuk pastikan semuanya sah dan benar. Dan juga anda perlu mengisi jumlah bayaran untuk anda bayar. 
PTPTN GRANT| MENABUNG RM500 DAPAT PERCUMA LAGI RM500

8. Di sini anda perlu tick pada kotak yang mempunyai nama anda . Klik pada kotak bayaran  dan anda sudah selesai berdaftar. 
PTPTN GRANT| MENABUNG RM500 DAPAT PERCUMA LAGI RM500

Mudah kan mendaftar akaun SSPN1M secara online. Ini ada sedikit maklumat yang bakal membuat anda tertarik iaitu cabutan bertuah. Simpan pun dapat duit, ada pula cabutan bertuah. Memang berganda jika anda bertuah untuk dapatkan hadiah yang di sediakan. 
PTPTN GRANT| MENABUNG RM500 DAPAT PERCUMA LAGI RM500

Sagalanya sangat mudah.

<<<<<Jom buka akaun SSPN1M sekarang>>>>>

1 comment:

  1. Siapa yang ada anak umur tu kena amik peluang ni. Untung sangat

    ReplyDelete