lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Friday, 13 April 2018

Althea Bare Essential | 3 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Kulit Wajah

Althea Bare Essential |  3 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Kulit Wajah

Althea Bare Essential - Dari utara hingga ke selatan dan patah balik ke utara dan agak-agak sabah sarawak terlibat tak dengan gossip paling hangat ketika ini. Psssttt. Nak cerita sikit, ini lah gossip yang bakal membuatkan anda kelihatan cantik, lawa dan comel macam orang korea. Hihihi. Mana ada gosip macam tu kan. Tak percaya lah.
Althea Bare Essential |  3 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Kulit Wajah

Althea Bare Essential dari Negara Korea ini merupakan satu produk baru yang mana apabila anda sedang menggunakannya, akan membuatkan diri anda seperti berada di dalam musim sejuk di Korea.Khaty dah cuba jadi khaty akan kongsi dengan anda. Nampak tak di bawah pohon yang hijau di tepi kerusi, memang sesuai untuk bergosip sangat. 

Althea Bare Essential |  3 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Kulit Wajah
Tak payah terbang jauh-jauh, guna produk pun perasaan di macam sampai kat sana tau. Dekat Korea dok jadi rebutan dah sebab step nak jaga kulit wajah cepat dan mudah ja.Ye la kan,lepas seharian wajah di liputi dengan lapisan demi lapisan demi lapisan solekan, haruslah belai  wajah anda sebaik mungkin semasa anda hendak mencuci wajah. Jadi,Althea Bare Essential akan memberi anda segala keinginan yang anda mahukan terjadi pada wajah anda. Agak-agak petik jari boleh jadi macam  Song Hye Kyo tak..hihihi.
Althea Bare Essential |  3 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Kulit Wajah

Althea Bare Essential dilahirkan supaya anda dapat menjalani rutin penjagaan wajah setiap hari dengan mudah dan gembira. Ianya juga menjadi batu asas buat peminat dan pelanggan K-Beauty  dalam mencari produk kecantikan dari Korea. Ada 3 item @ produk yang amat sesuai di gunakan oleh kebayakan jenis kulit wajah iaitu Contour Cleanser  Primer Water dan Fixer Cream.

Contour Cleanser (150g) Harga  :  RM23.00

Pembersih muka adalah sangat penting bagi memastikan kulit wajah anda bersih dan bersedia untuk menerima dan menggunakan  sesuatu produk di wajah anda. The Contouring Cleanser ini sangat hebat pembuatannya kerana ianya terhasil dari bahan-bahan seperti  kapsul mikro yang perlahan-lahan  meresap ke dalam kulit, perlahan-lahan menghilangkan sel-sel kulit mati dan kotoran dari kulit. Diadun bersama dengan  tumbuhan ais dan ekstrak lemon myrtle, pembersih ini bukan sahaja memastikan kulit anda bersih tetapi juga dapat menguatkan dan menyegarkan untuk kulit yang sihat. Ia juga dapat membantu menggalakkan peredaran darah dan juga membentuk muka anda serta membuatkan kulit anda selembut sutera. Kira macam dia bagi ada shape la.
Althea Bare Essential |  3 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Kulit Wajah

Cara menggunakannya: Bagi basah sikit muka, kemudian picit sedikit dan sapu le seluruh wajah anda buat seperti, mengurut dengan gerakan bulat. Bilas dengan air selepas. Memang sangat best guna sebab berangin ja muka. Damai ja rasa.

Althea Bare Essential |  3 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Kulit Wajah

Primer Water  (200ml) Harga RM43.00


Ini sangat ajaib dan best sangat sebab primer dan toner berada di dalam satu botol. Pakaging nya juga sangat comel. Ia nya mempunyai aroma yang sangat menenangkan apabila anda sedang menggunakannya. Bau dari ekstrak teratai salji,membuatkan anda terasa berada di sebuah tempat yang sangat segar. Selain itu juga, Primer Water ini mengandungi elemen teknologi "embun" yang telah di paternkan bagi membolehkan proses penyerapannya berlaku sehingga menembusi lapisa-lapisan kulit wajah dan menaikkan seri wajah anda. Jangan risau kerana ia tidak melekit dan terus meresap ke dalam kulit. Ini lah fungsinya, jika mahu kelembapan tambahan Primer Water akan memberi kesan sehingga ke lapisan kedua di dalam kulit wajah anda. 

Althea Bare Essential |  3 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Kulit Wajah

Cara menggunakannya: Tuang sedikit di atas tapak tangan dan ratakan ke seluruh wajah. Pastu tepuk-tepuk sikit muka bagi segar.hihihi. Jimat kan tak perlu guna kapas lagi. Serius memang cepat ja resap dan tak melekit. Terasa wajah ku begitu lembut bak sutera.

Althea Bare Essential |  3 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Kulit Wajah

Althea Bare Essential |  3 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Kulit Wajah

FIXER CREAM (50g) Harga RM50.00

Fixer Cream pula mempunyai ciri-ciri pelembab yang kuat di mana ianya masukkan  ke dalam balang kecil ini yang menyediakan kulit dengan penghidratan sehingga 24 jam untuk kulit yang segar dan sihat. Tekstur yang tidak melekit dan cepat menyerap. Gunakan bersama dengan Contour Cleanser dan Water Primer untuk hasil terbaik. Bahan-bahan seperti Trehalose - Humectant berkuasa yang mengekalkan kelembapan pada kulit, Wild Green Tea - Menghidrat, menenangkan kulit dan antioksidan serta Baobab Tree Extract - Ejen pelembab yang tidak berminyak yang membantu menggalakkan pengeluaran kolagen dapat memberi ketengan pada kulit wajah. Baunya tidak begitu kuat sesuai dengan aroma hidung tetapi ianya sangat sempurna kerana  apabila ianya di gunakan terasa wajah sangat halus dan berseri.
Althea Bare Essential |  3 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Kulit Wajah

Cara menggunakannya : Calit sedikit dengan jari dan ratakan ke seluruh wajah. Nampak pekat tetapi apabila ianya bersatu dengan kulit wajah, hanya beberapa saat sahaja ianya telah meresap jauh ke dalam kulit wajah anda. Selesai penggunaan Althea Bare Essantial dalam 3 langkah. Cepat mudah dan mencantikkan wajah.Penggunaa yang konsisten pasti akan menyebakan wajah anda lagi nampak cantik dan berseri.

Althea Bare Essential |  3 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Kulit Wajah

Althea Bare Essential |  3 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Kulit Wajah

Oppss untuk promo, setiap pembelian akan disertakan sekali dengan cermin Althea secara percuma yang sangat sesuai untuk di masukkan ke dalam beg.

Althea Bare Essential |  3 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Kulit Wajah

Setelah hampir sebulan menggunakannya, terasa wajah seperti orang korea pula. Ada yang tegur kulit makin bersih dan makin cerah. Kalau anda mahu merasai nya juga, anda boleh la ke 
Official Althea Facebook : https://www.facebook.com/altheamalaysia
Official Althea Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/

5 comments:

  1. Jom la sama- sama kita feeling2 gojes dengan Althea Bare Essentials ni...

    ReplyDelete
  2. Best kan pakao set BE ni. Rasa kemas je kulit kita. Suka sangat.

    ReplyDelete
  3. penjagaan wajah memang penting demi penampilan menarik

    ReplyDelete
  4. Wow bestnya. Makin comel la khaty lepas pakai ni

    ReplyDelete
  5. Mmg nk kena cari produk ni..ramai kata best..

    ReplyDelete