lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Monday, 2 April 2018

Kek Hari Lahir Yang Comel

 Kek Hari Lahir Yang Comel

Hai semua. Happy birthday to me 01/04. Senang nak ingat tarikh lahir khaty sebab nya memang paling popular sebab 'April Fool'. Masa zaman sekolah memang selalu jadi bahan kawan-kawan. Tetapi itu semua sekarang dah jadi kenangan paling best sebab waktu belajar adalah waktu paling bebas untuk buat apa saja. Dan waktu itu juga lah paling ramai kawan berbanding apabila sudah berkahwin dan ada anak. Sekarang pun orang akan ingat juga tarikh ini sebab tarikh bermulanya GST. Hihihi.
Nampak tak kesungguhan anak-anak dengan suami khaty. Al kisahnya memang kami tak pergi mana pun sebab anak yang kecik tak sihat demam+batuk berkahak. Duduk rumah ja. Nak keluar pun panas. Tak sempat la anak-anak nak suami nak pegi beli kek nak buat suprise. Sekali idea depa 3 beranak, ini lah hasil nya. Kek roti gardenia jagung.

Sangat comel dan nak nangis pun ada. Haikal anak yang sulung memang excited nak sambut besday mak dia . Siap nyanyi lagu birthday lagi 3 beranak tu. Suprise dalam bilik tidur sebab tengah tidurkan si kecik yang tak sihat. Terus budak kecik tu terjaga sebab 3 beranak tu nyanyi sambil gelak bukan main kuat.

Apapun khaty sangat bersyukur dan gembira sebab sekarang anak-anak dah ingat bila tarikh penting semua orang dalam rumah. Walaupun tak ada kek tetapi kenangan tu sangat manis. Usaha untuk sambut tetap ada. Di umur sekarang di kira sangat bertuah sebab dah ada segalanya, rumah, kerjaya , suami dan anak-anak serta kesihatan yang baik. Semoga kami sekeluarga dilimpahi kegembiraan dan di perluaskan lagi rezeki serta di beri kesihatan yang baik sehingga hujung nyawa.Amin

4 comments:

  1. kreatif. MEsti best kan walaupun takde kek sebenarnya, yang penting ingatan dan sambutan dengan suami dan anaka-anak.

    ReplyDelete
  2. kreatif syoknya dapat suprise

    ReplyDelete
  3. Kreatif. Janji penuh dengan kasih sayang kan khaty.

    ReplyDelete
  4. So sweet. Happy birthday khaty. Sebenarnya mana kek tak penting, yg penting ingatan Tu Kan.

    ReplyDelete