lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Wednesday, 4 April 2018

Resepi Mudah Masak Thai Tom Yum

Resepi Mudah Masak Thai Tom Yum


Hai semua. Baru-baru ini kawan ada bagi buah tangan dari Thai. Apa lagi kalau bukan pes Thai Tom Yum. Kebetulan lama betul tak masak tom yam, jadi main la masak-masak di dapur sorang-sorang masak tom yom.
Pertama kali masak Tom Yum guna pes Thai Tom Yum ni. Memang sangat sedap dan bagi khaty yang kurang makan pedas, skala kepedasan, masam,manis dan pahit semuanya ada. Lengkap. Marbelesss.

Bahan-bahan Thai Tom Yum
5 ketul ayam di potong kecil*
3 sudu pes Thai Tom Yum
1 labu bawang besar* - di potong dadu besar
2 ulas bawang putih*- di tumbuk kasar
4 batang serai* - di tumbuk kasar
2 biji cili padi* - di tumbuk kasar
Sebungkus cendawan ( RM2)*
Sebiji lobak*
Daun Limau purut*
Air secukup nya
Garam
Gula
Air limau

Cara memasak Thai Tom Yum
Masukkan air ke dalam periuk ( saiz ikut hidangan masing2)
Masukkan kesemua bahan yang bertanda * dan buka api
Setelah mendidih masukkan pes Thai Tom Yum ,garam dan sedikit gula serta air perahan limau.
Biarkan ianya mendidih sekali lagi dam kemudian tutup api dan sedia untuk di makan.


Memang khaty kalau nak cepat dan pantas, macam tu la terjadi nya Tom Yum. Anak-anak pun suka Thai Tom Yum. Jadi tak ada masalah untuk di makan. Selamat mencuba.

3 comments:

  1. tomyam dengan pes dari Thai ni memang lain sungguh rasa hasil masakannya kan Khaty, sedap.

    ReplyDelete
  2. saya pun guna pes tom yam sama gak...memang puas hati...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. mama mmg penggemar tomyam . Lagi p das, lagi masam , lagilah suka. Ada cendawan Tu mesti lg sedap kan

    ReplyDelete