Bayaran khas penjawat awam RM400, Pesara Kerajaan RM200 dibayar 6 Jun 2018 - KhatyAiman KhatyAiman: Bayaran khas penjawat awam RM400, Pesara Kerajaan RM200 dibayar 6 Jun 2018
Textual description of firstImageUrl

Bayaran khas penjawat awam RM400, Pesara Kerajaan RM200 dibayar 6 Jun 2018

khatyaiman | 5/30/2018 02:38:00 pm | 12 Komen

Bayaran khas penjawat awam RM400, Pesara Kerajaan RM200 dibayar 6 Jun 2018


Hai semua. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana pihak kerajaan dengan sukacitanya telah memberi berita gembira buat penjawat awan dan pesara kerajaan dalam persediaan hari raya yang bakal tiba. Bayaran sebanyak RM400 kepada penjawat awam gred 41 dan kebawah dan RM200 kepada pesara kerajaan akan di bayar pada 6 Jun 2018. Ianya bonus kepada yang layak kerana dengan kos sara hidup dan juga gaji yang di terima pada masa sekarang ianya sangat membantu serta meringankan sedikit bebanan dan keresahan untuk mempersiapkan keperluan menyambut hari raya yang bakal tiba nanti.
Bayaran khas penjawat awam RM400, Pesara Kerajaan RM200 dibayar 6 Jun 2018
30 mei 2018-Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pemberian bayaran khas RM400 untuk penjawat awam bagi gred 41 dan ke bawah manakala RM200 untuk pesara kerajaan.
“6 Jun (akan dibayar),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet kedua di Perdana Putra di Putrajaya hari ini.
Dalam sidang media itu Dr Mahathir turut mengumumkan bantuan sara hidup rakyat bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan pentadbiran terdahulu.
“Memang berbeza, memang berbeza,” katanya apabila ditanya mengenai perbezaan antara bantuan sara hidup yang akan diperkenalkan dan BR1M.
Dr Mahathir turut mengumumkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan pada September tahun ini dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Mulai 1 Jun pula, GST berkadar sifar akan dikuatkuasakan, katanya.
- Bernama

12 comments:

  1. Harap ada perubahan baru kan kat negara kita nie..

    ReplyDelete
  2. hope kehidupan raykat tidak terlalu terbeban dengan kos harga barang yang meningkat dan hope ekonomi Malaysia dijana dengan baik berbanding sebelum ini.

    ReplyDelete
  3. bedebar tunggu pengumuman untuk rakyat Selangor he he he

    ReplyDelete
  4. untungnya penjawat awam.. tahniah sesiapa yg dapat insentif ni

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. At least ada juga kan daripada takde langsung

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah ada juga rezeki buat Nora sekeluarga.. Sekurang-kurangnya dapat juga untuk digunakan meraikan syawal...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, rezeki yang harus di syukuri selalu

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Rezeki bulan Ramadan untuk sambut Syawal nanti.

    ReplyDelete
  9. tahniah....rezeki bulan ramadhan

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah rezeki dapat juga walaupun sekadar RM400. Dapat untuk beli sedikit lauk pauk di hari raya/

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...ada jugaa dr tak ada

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com