Food Truck| Konsep Perniagaan Bergerak Masyarakat Moden - KhatyAiman KhatyAiman: Food Truck| Konsep Perniagaan Bergerak Masyarakat Moden
Textual description of firstImageUrl

Food Truck| Konsep Perniagaan Bergerak Masyarakat Moden

khatyaiman | 5/03/2018 09:06:00 am | 19 Komen

Food Truck| Konsep Perniagaan Bergerak Masyarakat Moden Cepat Dan Pantas



Hai semua. Kalau anda perasan, konsep perniagaan ‘Food Truck’ di Malaysia sekarang ini ibarat seperti  cendawan tumbuh lepas hujan. Cendawan lepas hujan pun tidak tumbuh macam food truck. Dengan suasana perniagaan yang boleh bergerak ke serata tempat,lebih santai dan bersahaja, ianya juga telah mengubah gaya hidup masyarakat moden dan ianya juga lebih mudah didapati. Kadang-kadang kita tidak sempat hendak pergi ke kedai, jadi food truck lah menjadi pilihan kita. Kalau nak cakap bab menu, memang anda semua tidak perlu risau kerana di Food Truck yang mana mengamalkan konsep perniagaan bergerak  untuk masyarakat moden cepat dan pantas, pelbagai pilihan ada, bijak memilih kenyang perut senang hati.
Food Truck| Konsep Perniagaan Bergerak Masyarakat Moden Cepat Dan Pantas

Sekarang zaman semuanya pantas. Belajar pun nak cepat pandai. Penggunaan internet pun semuanya nak lancar macam litar F1. Kalau macam kura-kura maunya kena jampi serapah. Nak shopping pun sama juga, kalau boleh duduk rumah semuanya boleh sampai sekelip mata di depan pintu anda. Ini lagi paling membuatkan orang marah kalau order makan kena tunggu lama, orang yang lapar selalunya tahap kesabaran agak kurang. Jadi, anda yang suka sangat nak order makan tapi tidak mahu membuang masa, food truck la tempat yang paling sesuai. Ramai atau tidak bergantung kepada tahap kesedapan dan servise yang di beri. Mudah kan sekarang.

Food Truck| Konsep Perniagaan Bergerak Masyarakat Moden Cepat Dan Pantas

Teringat di zaman kanak-kanak dahulu kala, paling senang nak beli mesti ais kepal. Itu memang original ais kepal sebab tiada bahan tambahan selain ais dan sirap. Sekarang konsep ais kepal food truck kena kreatif, kalau tidak susah nak tarik minat pelanggan. Nampak tak, dari zaman dahulu lagi ada perniagaan macam food truck tetapi berlainan kenderaan. Dahulu guna basikal, tepi basikal di letakkan tempat untuk untuk penyedian ais kepal. Tak boleh kayuh, tolak la basikal tersebut. Tetapi sekarang food truck dah hebat, guna kenderaan yang telah di ubahsuai sesuai dengan apa yang peniaga mahukan. 
Food Truck| Konsep Perniagaan Bergerak Masyarakat Moden Cepat Dan Pantas

Macam sekarang,  perniagaan food truck  juga sedang dilihat sebagai satu inisiatif dan hasrat Kementerian Wilayah Persekutuan di mana mereka menyasarkan kira-kira 1,000 lesen perniagaan kendera saji (trak makanan, food truck) dikeluarkan akhir tahun ini bagi merealisasikan hasrat sifar penjaja tepi jalan di sekitar ibu negara menjelang tahun 2020. Jadi anda yang ada hasrat atau pun sudah mempunyai kenderaan yang sesuai, pastinya anda boleh ambil peluang ini untuk jayakan perniagaan food truck anda.


Food Truck| Konsep Perniagaan Bergerak Masyarakat Moden Cepat Dan Pantas

Nak buka perniagaan food truck mestilah kena guna modal yang tinggi. Bukan semua peniaga ada seketul duit yang boleh merialisasikan impian anda dalam sekelip mata. Rasanya bagi permasalah ini  anda boleh tarik nafas lega sedikit sebab jika dilihat dari tindakan Menteri Wilayah Persekutuan mengenai pinjaman dan sebagainya, mereka juga telah berbincang dengan pihak Majlis Amanah Rakyat, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) untuk membantu anda para peniaga. Sebenarnya TEKUN sangat membantu lain-lain peniaga dalam menyediakan sedikit dana bagi mereka memulakan perniagaan. Bukan itu sahaja, mereka juga sedang berbincang dengan pihak pembuat trak ini bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi peniaga.

Food Truck| Konsep Perniagaan Bergerak Masyarakat Moden Cepat Dan Pantas


Jika anda sudah mempunyai kenderaan food truck, pastinya anda akan cuba mencari lokasi yang strategik bagi mendapatkan pelanggan yang ramai. Pastinya ada kawasan tumpuan yang sesuai. Ini juga harus di ambil kira dari segi parking, dan juga keadaan siang dan malam nya serta keselesaan pelanggan untuk menikmati juadah yang mereka beli. 
Food Truck| Konsep Perniagaan Bergerak Masyarakat Moden Cepat Dan Pantas

Untukpengetahuan anda,Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata setakat ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan sebanyak 220 lesen kendera saji.

Tengku Adnan berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti lokasi untuk dijadikan pusat perniagaan kendera saji yang dilengkapi elektrik, air dan tempat pembuangan sampah.
"Sekarang ini mereka (peniaga) ada tempat-tempat statik, di kawasan parkir tertentu yang disediakan untuk mereka datang pada waktu makan tengah hari atau malam," katanya.
Pada karnival itu, setiap usahawan menyediakan satu menu rakyat yang dijual dengan tawaran harga RM5 sebagai menyahut seruan kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup warga kota.
Food Truck| Konsep Perniagaan Bergerak Masyarakat Moden Cepat Dan Pantas


Sebenarnya saya juga merupakan salah seorang penggemar makanan food truck. Sebab apa, menu yang banyak dan paling penting cepat dan pantas. Selain kemas dan  bersih, para peniaga juga sangat peramah. Ye la kan, kalau sombong macam mana nak layan pelanggan. Apa pun setiap perkara berlaku seiring dengan peredaran zaman dan keadaan. Apa yang penting biarlah sama adil. Mesti lah ada yang menjual dan ada yang membeli. Selamat mencari makanan di food truck yang berdekatan.

19 comments:

  1. banyak kelebihan perusahan secara food truck ni kan, mudah nak bergerak dan nampak lebih kemas dan trending

    ReplyDelete
  2. Kalau ada food truck ni kebersihan terjaga sikit sebab tu bagus perniagaan food truck

    ReplyDelete
  3. Kat oversea dah lama buat ... kat Mesia ni cam lambat skit. Tapi memang bagus konsep perniagaan macam ni. Tak susah nak fikir pasal sewaan kedai, pastu leh tukar2 lokasi

    ReplyDelete
  4. Suka konsep mkn kt food truck 👍

    ReplyDelete
  5. Nina suka food truck ni bila di letakkan setempat. Senang! Banyak pilihan

    ReplyDelete
  6. suka tgok bisness food truck ni..truck diorg ni comel2 and ketip2

    ReplyDelete
  7. Baguslah food truck ni, mobile & bersih.

    ReplyDelete
  8. rambang mata mau pilih makanan :))

    ReplyDelete
  9. Lebih teratur dan kemas dgn food truck kan

    ReplyDelete
  10. business food truck semakin berkembang sekarang nih..saya suka saya suka! hehe

    ReplyDelete
  11. Bagus ada berniaga foodtruck ni, macam2 makanan yang boleh di nikmati... Lebih tersusun dari gerai-tepi jalan

    ReplyDelete
  12. lawa plk food truck tu bila warna macam2 kaler.
    #hebatkannegaraku

    ReplyDelete
  13. bagusnya inisiatif bagi lesen kat peniaga foodtruck ni, boleh la kurangkan penjaja tepi jalan.

    ReplyDelete
  14. miza suka konsep food truck bersih dan kemas jew mata memandang. di samping mejana pendapatan

    ReplyDelete
  15. Marsha pun suka stail ood truck ni khaty

    ReplyDelete
  16. Selain dpt membantu meningkatkan usahawan muda, tetapi dapat menaikkan imej negara pd mata pelancong. Suke konsep diketengahkan berpusat di satu tempat. Harga pon terkawal. Haishh cemburu taw.

    ReplyDelete
  17. Warna warni food truck ni,boleh la menarik pengunjung datang ke sini kan

    ReplyDelete
  18. Rambang mata tak tau nak makan apa bile nk beli kt food truck ni

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com