Kuih Koleh Kacang Yang Lembut Dan Sedap - KhatyAiman KhatyAiman: Kuih Koleh Kacang Yang Lembut Dan Sedap
Textual description of firstImageUrl

Kuih Koleh Kacang Yang Lembut Dan Sedap

khatyaiman | 5/17/2018 03:23:00 pm | 4 Komen

Kuih Koleh Kacang Yang Lembut Dan Sedap 

Hai semua. Selamat berpuasa. Menjadi kebiasaan semua orang apabila tiba bulan puasa, tempat yang wajib du kunjungi adalah bazaar ramadhan. Sebab apa?? Di situ adalah syurga makanan untuk mereka yang tidak mempunyai banyak masa untuk memasak apabila habis kerja untuk persedian berbuka puasa. Salah satu kuih yang menjadi igauan ramai iaitu Koleh Kacang. Katanya kuih lagend yang menjadi kegemaran ramai.
Kuih Koleh Kacang Yang Lembut Dan Sedap

Alkisahnya khaty bukan peminat koleh Kacang, tetapi lebih gemar kuih Tepung Talam. Tetapi baru-baru ini, semasa kenduri di rumah tok, makcik khaty yang memang mempunyai jari jemari yang super sailormoon telah membuat Koleh Kacang sebagai hidangan pencuci mulut. Memang pertama kali makan terus jatuh cinta. Boleh angau.

Lepas itu apa lagi, sesi membungkus Koleh Kacang untuk bawa balik ke rumah. Selepas serik dan kecewa membeli Kuih Koleh Kacang yang di jual di pasar malam dan tepi jalan, ini adalah permulaan yang baik untuk jatuh cinta dengan Koleh Kacang. Benar lah bagai di kata, jika masak dengan ikhlas dan tanpa berkira mengenai bahan yang di gunakan, memang ianya paling mudah meresap terus masuk ke jiwa raga apabila kita memakannya.
Kuih Koleh Kacang Yang Lembut Dan Sedap

Hendak buat memang agak tidak rajin, mana tahu tidak seelok kejadian yang di bayangkan, buang begitu sahaja kan sudah membazir. Jadi lebih selesa membeli. Kata orang membantu peniaga menghabiskan hasil jualan. Nanti boleh jual dekat sesiapa yang berdekatan dengan khaty ya. Memang tak rugi cuba.Jadi nanti nak cari kuih jangan kelam kabut, cuba tengok dulu, nanti beli tak kena dengan citarasa memang furst la kan. Selamat berbuka puasa semua.

4 comments:

  1. Tengok orang makan best je tapi sendiri tak makan...tak leh masuk tekak..hehehe

    ReplyDelete
  2. Ana masa tolong orang berniaga kuih muih tradisi, kuih ni yang paling laku. Sedap sangat.

    ReplyDelete
  3. ini fevret jugak. kelakar kueh ni sebab mak ayah x makan pun kueh ni.. tah mana CT belajar makan pun tatau la. tau2 sedap. lagi2 suka yang atas dia tu kalo banyak ahahha..

    ReplyDelete
  4. ya Allah...sedapnya...fav Linda ni tau

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com