Resepi Mudah Gulai Telur - KhatyAiman KhatyAiman: Resepi Mudah Gulai Telur
Textual description of firstImageUrl

Resepi Mudah Gulai Telur

khatyaiman | 5/04/2018 10:51:00 am | 4 Komen

Resepi Mudah Gulai Telur

Hai semua. Di kala perjalanan balik rumah selepas kerja, sedang berfikir di dalam otak untuk mencari menu yang untuk di masak untuk makan malam nanti. Nak masak pun pening sebab takut anak-anak jemu asyik makan lauk yang sama. Tercetus idea untuk buat gulai telur. Pertama kali nya sepanjang hidup, tidak pernah sekalipun buat. Jadi kita cuba ya. Macam main masak-masak. Sedap makan, tak sedap pun kena telan. Kena google tak resepi mudah gulai telur. Tak perlu sebab dah ada yang tolong bagi ilham. 
Resepi Mudah Gulai Telur

Bahan Untuk  Gulai Telur

5 biji telur ( di rebus)
Serbuk kari/gulai ikan Babas
Bawang besar 
Bawang putih
3 beradik
daun kari
santan
minyak
gula & garam

Cara Memasak Gulai Telur

Sama sahaja macam mana anda semua masak kari. Tapi Gulai Telur sangat cepat sebab telur dah di rebus. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan 3 beradik serta daun kari, masukkan serbuk kari kacau sehingga pecah minyak dan masukkan santan. Kacau seketika dan masukkan telur. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap. 10minit sahaja dah siap.

Balik kerja penat tak mahu masak berat-berat dan terlalu lama sebab anak-anak dah lapar. Rupanya tidak kusangka  anak-anak makan bertambah sebab sedap. Kembang setaman mak kamu ni. Apa pun, memasak jangan lupa dengan mulakan kalimah bismillah dan selawat serta ikhlas memasak. Yang simple itu sedap dan yang sedap itu memusnahkan diet anda termasuk khaty. Kuang kuang kuang. 

4 comments:

  1. tak sangka mudah je nak masak gulai

    ReplyDelete
  2. Oh boleh ikut cara masak ni terima kasih

    ReplyDelete
  3. Belah utara kalau Gulai tu sama macam kari kan...panggil je gulai?

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com