Resepi Mudah Paprik Seafood. - KhatyAiman KhatyAiman: Resepi Mudah Paprik Seafood.
Textual description of firstImageUrl

Resepi Mudah Paprik Seafood.

khatyaiman | 5/22/2018 02:44:00 pm | 8 Komen

Resepi Mudah Paprik Seafood

Hai semua. Di bulan ramadhan memang sinonim dengan mencari pelbagai menu yang mudah dah ringkas untuk di masak. Tidak kira waktu berbuka atau pun sahur. Resepi Mudah Paprik Seafood yang tak banyak mana pun seafoodnya. Hanya ada udang dan sotong serta sayur sayuran sahaja.
Resepi Mudah Paprik Seafood.
Memang mudah sangat masak paprik seafood sebab guna bahan yang ada di dapur sahaja. Udang dan sotong memang dah beli buat stock. Letak dalam bekas ikut kuantiti yang nak dimasak, lepas tu siap la. Tak sampai 5 minit boleh makan dah.

Bahan-bahan Paprik Seafood

3 ekor sotong
6 ekor udang
bunga kobis
lobak merah
jagung
bawang holand
bawang putih
2 sudu pes cili
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
3 biji cili padi
minyak
gula dan garam

Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga layu dan kemudian masukkan sayur sayuran. Goreng sekejap dan masukkan pes cili, sos tiram dan kicap manis. Selepas itu masukkan udang dan sotong serta cili padi menggunakan api yang kuat. Goreng sekejap sahaja dan kemudian tutup api. Siap.

Selamat mencari resepi yang mudah untuk di sediakan pada waktu berbuka dan sahur.

8 comments:

  1. Ena suka masak paprik sebab senang.. hehe boleh campur dengan sayur. Jimat masa.

    ReplyDelete
  2. senang jer rupanya..hihi

    ReplyDelete
  3. kite suka kita suka paprik.. semuala kita suka hehe..

    ReplyDelete
  4. SA suka..selalunya letak sikit pes tom yam...huiii..alagi mengancam bau paprik dia..terus rasa nak buat paprik seafood plak..

    ReplyDelete
  5. Sedap nie, boleh lah Kak Sue cuba nanti. Tq for sharing Khaty..

    ReplyDelete
  6. Favorite ana ni khaty. Senang sangat nak buat. Sesuai jadikan menu masa puasa ni.

    ReplyDelete
  7. sedapnya, betul..waktu ramadan ni semua mknn klau boleh simple dan satu lauk jer..senang..

    ReplyDelete
  8. terus berbunyi perut bila tengok
    hahaha

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com