SAFI SHAYLA | AKTIFKAN DIRI ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA - PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG
Pada
era yang moden ini, masa merupakan sesuatu yang amatlah penting dan
tidak boleh dijual beli. Oleh kerana dunia yang semakin pesat
membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai diantara
golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah
rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari
pelbagai faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun
kekotoran dan habuk akibat pencemaran.
Keyakinan
diri adalah kunci utama bagi golongan wanita untuk menjalankan
tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga. Oleh sebab
itu, golongan wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau,
gentar mahupun kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk
Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri memahami
masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut. SAFI telah mengeluarkan
rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI
SHAYLA. Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu
tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut &
Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita
bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut
yang sihat dan bersinar.
SAFI
SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat
Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda
merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan
dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI
memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat
membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah
penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan
rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat
rambut lebih lembap dan bersinar.
Micro
Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala,
mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut.
Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal
menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal
bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan
wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.
SAFI
SHAYLA kini mengeluarkan rangkaian produk syampu yang baru yang bukan
sahaja mengandungi formulasi Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal
tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di
dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang
menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama
48 jam. Pakar dalam penjagaan diri, SAFI SHAYLA memahami masalah yang
menghantui golongan wanita bertudung kerana sudah ramai wanita yang
kecundang apabila berhadapan dengan soal penjagaan rambut. Dengan
rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA ingin membantu golongan
wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri bagi mengejar
impian dan cita-cita setinggi gunung, tidak kira di dalam bidang apa
sekalipun. Golongan wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar
dengan menggunakan syampu yang baharu tetapi juga dengan bantuan
rangkaian penjagaan rambut syampu Mist 2 dalam 1 Rambut &
HIjab, Serum Rambut dan Minyak Rambut untuk mendapat rambut ikal
mayang dan kulit kepala yang sihat.
Mist
2 dalam 1 Rambut & HIjab boleh disembur terus ke rambut atau
hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain
di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini
tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. Bagi
wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab
sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman
yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu,
ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar,
memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih
ringan.
Hasil
gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan
rambut lebih embut dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi
dengan 2 variasi iaitu – Licin Terurus dan Hitam Menawan.
Minyak
rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta
licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan
keharuman yang berpanjangan.
Setiap
variasi produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA
adalah untuk melengkapi satu sama lain. Dengan menggunakan variasi
produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia dapat memastikan golongan
wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan mempunyai
rambut selembut sutera dan sihat. Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh
didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik :
1.
Syampu – 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi)
a)
SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya – Mengandungi Nano Lipid
Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran
minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit
kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa
segar dan bermaya.
b)
SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan
Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan
mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih
mudah untuk djaga/dimanja.
c)
SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complex
dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan
kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.
d)
SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin
B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan
mengurangkan keguguran rambut.
e)
SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan– Juga mengandungi Sheen Lock yang
merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam
berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.
f)
SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol– Mengandungi minyak argan dan
mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala.
Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan
segar seperti berada di awang- awangan.
g)
SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak– Mengandungi citrus dan mentol
dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan
membersihkan liang- liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak
yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran
dan menyegarkan kulit kepala.
h)
SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex
yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput
rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.
2.
Syampu pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi)
a)
SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
b)
SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c)
SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d)
SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e)
SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus
3.
Syampu pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi)
a)
SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
b)
SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c)
SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d)
SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e)
SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus
4.
SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90)
Terdapat
dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi
SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus
Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia
membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari
cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari
rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat
dan sihat.
5.
SAFI SHAYLA Serum Rambut – 50ML (RM17.90)
Juga
terdapat dalam dua variasi
Formulasi
SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi:
a)
Minyak organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV,
membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria.
b)
Minyak Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan
anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia
dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan
kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada
masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut.
c)
Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan
kerinting.
d)
Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana
minyak vitamin
E
mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.
6.
SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90)
SAFI
SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan
juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3
variasi iaitu:-
a)
SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C
yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya
daripada sinaran cahaya matahari.
b)
SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan
yangmembantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan
mengurangkan rambut rapuh.
c)
SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan
mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan
kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza daripada 2
minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla
Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara
perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke
hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas
bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA.
Rangkaian
penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia
dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau
pun tidak. SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan
wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan
luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA
mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil
meninggalkan kesan haruman sepanjang hari.
Rangkaian
produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan
memiliki sijil halal. SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar,
pasar raya dan juga di laman web dalam talian.
Untuk keterangan
lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke laman sesawang
Facebook - www.facebook.com/SAFIMY
Instagram - safimalaysia
Chanel SAFI di Youtube - www.youtube.com/safimalaysia
Produk Safi Shayla kini berwajah baharu. WoW!! Dan ada produk baharu juga. Bestnye...
ReplyDeleteMemang guna produk Safi Shayla ni...walau tidak berhijab..sangat sesuai utk SA.
ReplyDeleteSuka safi shayla...sesuai dgn rambut saya
ReplyDelete