Sumbangan Nur Ramadhan Anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan - KhatyAiman KhatyAiman: Sumbangan Nur Ramadhan Anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan
Textual description of firstImageUrl

Sumbangan Nur Ramadhan Anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan

khatyaiman | 5/08/2018 08:23:00 am | 15 Komen

Sumbangan Nur Ramadhan Kementerian Wilayah Persekutuan Kepada Golongan Asnaf

Hai semua.Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita semua khususnya umat islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak. Bulan di mana kita di tuntut untuk berbuat sebaik mungkin dalam mengumpul ganjaran pahala yang banyak. Program Sumbangan Nur Ramadhan  anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan kepada golongan asnaf juga merupakan suatu program yang sangat bagus sebab ianya dapat membantu meringankan sedikit kos perbelanjaan golongan asnaf.  
Sumbangan Nur Ramadhan Kementerian Wilayah Persekutuan kepada Golongan Asnaf


Kehidupan di bandar bukan semudah yang kita sangka.Kalau 15 tahun yang lalu, memang bila dengar ada yang menetap di bandar, di rasakan mereka sangat hebat dan keadaan ekonomi sangat kukuh. Tetapi semakin hari semakin meningkat kos sara hidup yang mana membuatkan ada segelintir daripada kita tewas bertempur. Bukan mereka tidak berusaha, tetapi keadaan yang kadang-kala membuatkan mereka jadi seperti itu. Janganlah kita yang berada di zon selesa memandang mereka dengan suatu pandangan yang kurang menyenangkan. Mereka juga ingin kan kegembiraan, mempunya jaminan ekonomi yang baik untuk meneruskan hidup di kota raya.
Sumbangan Nur Ramadhan Kementerian Wilayah Persekutuan kepada Golongan Asnaf

Jadi, dengan adanya bantuan dan program seperti Sumbangan Nur Ramdhan khususnya di Wilayah Persekutuan, sedikit sebanyak mengurangkan sedikit beban dan keresahan mereka dalam perbelanjaan bagi bulan ramadhan yang bakal tiba. Untuk pengetahuan anda,bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.

  1. FAKIR
    Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.
  2. MISKIN
    Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.
  3. AMIL
    Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.
  4. MUALLAF
    Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu :
    1. Beragama Islam
      + Baru memeluk agama Islam
      + Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
      + Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.
      + Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh.
    2. Bukan beragama Islam
      + Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
      + Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.
  5. AL-RIQAB
    Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.  
  6. AL-GHARIMIN
    Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.
  7. FISABILILLAH
    Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.  
  8. IBNU SABIL
    Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.
    Sumbangan Nur Ramadhan Kementerian Wilayah Persekutuan kepada Golongan Asnaf
Macam program sumbangan Nur Ramdhan yang di adakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dimana kerjasama dan bantuan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM150 seorang itu bertujuan meringankan beban golongan berkenaan sempena perayaan Aidilfitri. Semoga bantuan ini dapat memberi sinar kebahagiaan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Sumbangan Nur Ramadhan Kementerian Wilayah Persekutuan kepada Golongan Asnaf

Program ini akan mengembangkan sayapnya ke  13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan termasuklah Putrajaya dan juga Labuan. Semasa program di  jalankan, ada beberapa aktiviti yang telah di senaraikan contohnya seperti  majlis berbuka puasa, solat terawih berjemaah, majlis penyampaian sumbangan dan pelbagai lagi aktiviti yang telah dirangka khusus untuk program ini. Sebarang aktiviti dan program yang telah di rancang  tahun ini akan di maklumkan dari semasa ke semasa.

Membantu mereka yang memerlukan tidak susah. Yang menjadi bebanan apabila kita terlalu berkira untuk membuat kebaikan hanya kerana ganjaran yang tidak kelihatan. Satu inisiatif program yang sangat membantu warga Wilayah Persekutuan yang memang memerlukan sumbangan ini. 

15 comments:

  1. Moga rutin mereka dan kita semua semua dipermudahkanNYA.
    Moga Ramadhan kali ini lebih baik dan lebih bermakna berbanding tahun sebelum ini.

    ReplyDelete
  2. Moga dengan adanya sumbangan seperti ni dapat membantu meringankan beban mereka

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah program yang sangat membantu golongan yang memerlukan.. patut diteruskan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  4. Sumbangan ini dapat mengembirakan mereka ketika tibanya Ramadhan nanti. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. Bagus program ni, membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  6. Moga usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang

    ReplyDelete
  7. Program yang baik.semoga dapat diteruskan dan diperhebatkan lagi..

    ReplyDelete
  8. Bagus juga ada program camni. Satu usaha yang boleh dibuat secara berterusan

    ReplyDelete
  9. semoga program ni diteruskan dan diperluaskan...

    ReplyDelete
  10. Usaha murni yg perlu dicontohi pihak laen

    ReplyDelete
  11. Sokong sangat program macam ni..moga dapat diteruskan

    ReplyDelete
  12. Semoga lebih ramai lagi golngan asnaf dapat di bantu

    ReplyDelete
  13. Bantuan untuk mereka yang memerlukan tidak tertakluk bulan puasa sahaja,ianya patut diteruskan sepanjang masa...

    ReplyDelete
  14. Bagis program macam ni

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com