Resepi Mudah dan Cepat Butter Chicken
Hai semua. Dalam banyak-banyak lauk, ayam paling anak-anak suka. Jangan di tanya kenapa. Tetapi kan kalau nak cipta menu tu yang pening kepala, sebab hilang arah dan punca kuasa tiga untuk mencipta menu baru untuk anak-anak dan suami makan biar bertambah nasi dan terbuka luas seleranya. Butter Chicken yang paling ringkas dan mudah sebenarnya ini khaty ambik dari seorang instafamous iaitu @khairulaming. Cara dia masak buat khaty pun macam terleka ja. Sebab tu boleh buat dengan jayanya Butter Chicken ini.
Selama ini ingat susah benar nak buat Butter Chicken. Ye la kan, menu ini nampak sangat exclusive dan mewah. Kalau makan kat luar mesti agak mahal mengikut bahan yang di gunakan. Butter elok mesti mahal kan. Mari kita tengok susah ka senang buat Butter Chicken
A-
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
Sedikit lada hitam
sedikit garam
( gaulkan semua sekali )
B-
Isi ayam 3 ktul ( potong dadu) *elok ambil bahagian dada sahaja
A+B
C-
Panaskan minyak
Goreng ayam yang telah digaul sehingga warna keemasan. Dan boleh angkat
D-
Masukkan 2@3 sudu besar butter ke dalam kuali . Jangan tambah minyak pula ya.
Masukkan sebiji bawang besar yang di potong halus dan juga 2 ulas bawang putih yang di potong halus.
Masukkan 1/2 tin susu cair
Masukkan ayam yang telah di goreng tadi
Masukkan daun kari.
Masukkan sedikit garam mengikut citarasa anda ya.
SIAPPP
Makan dengan nasi putih yang suam-suam pun boleh bertambah tau. Jangan marah kalau berat anda tak turun sebab makan menu yang sedap. hihihihi. Nanti kita senaman ya.
Sedapnya butter chicken ni. Nanti nak try resepi ni pulak. Thank you for the recipe.
ReplyDeletelama xbuat tp slalunya buat udang
ReplyDeleteThank for sharing
ReplyDeleteThanks Khaty for sharing..Dania suka ni chicken butter, bleh la SA buat nanti
ReplyDeleteFavorite Ana ni. Nak cuba lah nanti.
ReplyDeleteMy fav, nanti nk cuba resipi khaty
ReplyDeletewah serius nampak sedap.. bolehlah cuba nanti
ReplyDeleteBoleh terai resipi ni. Ayam butter ni rasanya berlemak :D
ReplyDelete