Perasmian Pertama SF Coffee di Gurney Plaza Pulau Pinang Untuk Cawangan Utara
Hai semua. Apabila semuanya mengenai coffee, perkara utama yang selalu singgah dulu adalah bau nya. Satu aroma yang pasti akan membuat sesiapa sahaja akan terasa ingin mengekorinya hingga dapat.Coffee ada pelbagai variasi. Tambahan pula pada masa sekarang, coffee cafe memang boleh didapati si serata tempat. SF Coffee juga tidak ketinggalan menjadi pilihan ramai. Dan baru-baru ini juga SF Coffee telah menambah dan telah berjaya membuka satu lagi cawangannya di bahagia utara yang terletak di Plaza Gurney Pulau Pinang.
Saat anda berada di dalam SF Coffee ini, anda akan mendapati suasana yang sangat dan tenang. Ibarat anda sedang bersantai di tepi pantai. Ini juga merupakan salah satu tujuan wujudnya SF Coffee untuk anda semua. Dengan hasil seni lukis tangan yang halus yang diinspirasikan dari coffee,pantai dan laut lalu di terjemahkan di dinding SF Coffee oleh pelukis yang terkenal Anna Maria, anda akan mengalami perasaan keterujaan untuk berada atau singgah lebih lama lagi SF Coffee ini sambil menikmati kelazatan SF Coffee yang sangat sedap dan memberi tenaga serta kegembiraan buat anda.
Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh lah melayari ke laman sosial media SF Coffee :-
Alfresco Area
Gurney Plaza Penang
Open 8am - 12am Daily
ok teringgin nak try!
ReplyDeletewah.. mama suka kopi
ReplyDelete