lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Tuesday, 31 July 2018

Resepi Mudah Mee Goreng Adabi

Resepi Mudah Mee Goreng Adabi

Hai semua. Minggu lepas semasa kami sedang membeli barang dapur, ternampak perencah mee goreng adabi. Dah lama tengok kawan-kawan dah post di sosial media, khaty baru jumpa. Beli terus dan nak cuba sebab macam best kan. Ternyata sangat senang dan mudah nak buat mee goreng perencah adabi ini. Sangat sesuai kalau pes cili kat dpur dah habis, perencah mee goreng adabi penyelamatnya.
Resepi Mudah Mee Goreng Adabi

Semua mesti pandai goreng mee kan. Yang campak-campak tu lagi mudah kan. Tapi nak cerita juga buat mee goreng guna perencah adabi pun sama juga pantas dan mudah untuk menggorengnya.

Bahan-bahan Resepi Mudah Mee Goreng Adabi

1 bungkus jumbo mee kuning
2 ketul ayam ( di potong dadu)
1 bungkus perencah adabi
2 biji telor
bawang
sawi
tomato
minyak

Panaskan miyak dalam kuali. Masukkan bawang yang telah di hiris dan juga sebiji tomato yang telah di potong mengikut citarasa anda. Khaty memang suka letak tomato sebab rasa masam tomato tu original dan menyedapkan resepi yang di masak. Masukkan ayam dan masak sehingga nampak garing. Masukkan perecah mee goreng adabi. Anda boleh tambah kicap, sos tiram dan sos mengikut citarasa masing-masing. Kacau sampai rata dan masukkan telur. Kemudian masukkan mee kuning dan kacau sehingga masak. Biarkan pes ada kuah lebih  jika anda suka mee goreng basah dan juga anda boleh tuggu pes kering sikit untuk yang suka mee goreng garing. Dah siap dan anda boleh hias degan cili potong. 

Memang sangat sesuai untuk kanak-kanak makan sebab memang tidak pedas langsung. Sebab itu khaty tambah cili atas mee saja utuk dapatka rasa yang lagi ummphh ummphh. Selamat Mencuba.

11 comments:

  1. Fav SA perencah mee goreng Adabi..apa aje product keluaran adabi memang best..bila ada perencah macam ni sangat memudahkan

    ReplyDelete
  2. terus lapar tengok resipi akak pagi ni

    ReplyDelete
  3. Ana kadang guna perencah adabi bila nak masak nasi atau bihun goreng. Memudahkan.

    ReplyDelete
  4. LZ suka mee goreng basah hitam, accessories dalam tu mesti meriah ada sayur, fishball, fishcake, sayur dan seafood bagai.. Bila tambah perencah Adabi lebih sedap rasanya.. Hurrrmm terus lapar..

    ReplyDelete
  5. Belum pernah pakai perencah mee goreng selalu masak nasi goreng jew dengan perencah adabi ne. Boleh try lepas ne

    ReplyDelete
  6. besarnya gambar mee! saya mmg sukakan mee. kalau pgi mana-mana kedai mesti akan order mee :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaa kak! Menu pun mudah sangat :)

    ReplyDelete
  8. sedapnya. thanks share resepi. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 594

    ReplyDelete
  9. Tak penah lagi guna perencah adabi..boleh la try ni

    ReplyDelete
  10. Belum pernah maska mee guna perencah adabi. Boleh try lepas nih

    ReplyDelete