SAFI FAIR BEAUTY“Yakin, Cerah, dan Ceriadengan 8 Manfaat Kecantikan
SAFI Fair Beauty!”
Tidak
yakin ketika menghadiri temuduga?
Selalu
menggunakan aplikasi “filter” sebelum memuat naik gambar
di
media sosial?
Dah pakai baju cantik- cantik pun si dia
tak perasan? :(
Jangan risau….
SAFI FAIR BEAUTY jer lah!
Kebanyakan
gadis mementingkan tanggapan pertama ataupun “first impression”
tidak kiralah ketika menghadiri sesi temuduga, hujung minggu dengan
sahabat lama, ataupun temujanji pertama bersama si dia. Masalah kulit
wajah yang kusam serta tona yang tidak sekata akan menurunkan
keyakinan diri. Hakikatnya, rungutan tentang masalah sebegini
bukanlah sesuatu yang baru.
Tabiat
pemakanan yang tidak sihat, tekanan, kualiti tidur yang merosot,
dehidrasi serta kotoran dan habuk akibat pencemaran merupakan
faktor-faktor utama kulit wajah rosak bagi kebanyakan individu di
Malaysia. Memahami aspirasi setiap gadis untuk tampil cerah dan
yakin, SAFI-
jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan
diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap
rangkaian pencerah- SAFI
FAIR BEAUTY sebagai
penyelesaian terhadap kebimbangan para gadis. SAFI menggenggam
utuh falsafah bahawa setiap gadis berhak memiliki kulit wajah yang
cantik dan berseri tanpa perlu bimbang kerana setiap masalah kulit
wajah wanita, SAFI selesaikan.
Kelahiran semula SAFI FAIR
BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan
menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi
BIO.Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang.
Sebagai pelengkap kepada ruti penjagaan wajah, SAFI FAIR
BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya Krim
BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.
Teknologi BIO.Fairness merupakan
kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak
untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi
berlebihan dan tanda penuan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV
yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah
kulit kusam dan tidak bermaya. Dengan penggunaan SAFI FAIR
BEAUTY, kulit akan kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV
berbahaya. Serlahkan kecantikan wajahmu di bawah pancaran suria dan
katakan selamat tinggal kepada sinaran UV!
Diperkaya dengan multivitamin seperti
vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI
FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung
dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.
Sebagai tambahan kepada teknologi
BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan
ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan
ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam
pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan
mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit
wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja!
SAFI FAIR
BEAUTY yang baharu, kini dilengkapi
dengan teknologi BIO.Fairness bertindak untuk:
· Mencerahkan
kulit
· Menyamaratakan
tona kulit
· Kulit
berseri merah jambu
· Mengawal
pengeluaran minyak berlebihan
· Memberi
perlindungan UV
· Melembutkan
dan menghaluskan kulit
· Melicinkan
kulit
· Melembapkan
kulit tanpa meninggalkan rasa lekit

“3 beradik” penyeri wajah, pelengkap hari!
Dia si ayu
penuh keyakinan
Yang sulung penuh ayu, dialah
Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR
BEAUTY. Langkah pertama untuk keyakinan dirimu. Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut,
halus dan cerah berseri.
Dia si cantik
penuh kemanisan
Yang tengah si cantik manis,
dialah Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR
BEAUTY. Langkah kedua untuk kekal cerah sepanjang harimu. Setiap olesan
pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih
manis dan segar pada bila-bila masa.
Dia si comel penuh keceriaan
Yang bongsu comel dan ceria,
dialah Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR
BEAUTY. Langkah ketiga melengkapi rutin kecantikanmu. Menggunakan rumusan
yang sama dengan produk rangkaian SAFI
FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta
ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan. Bersolek ataupun tidak,
setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte
finising).
 |
Ok dah bermula cabaran 30 hari bersama Safi Fair beauty. |
SAFI
FAIR BEAUTY hadir dalam reka bentuk lebih comel sesuai dengan
citarasa gadis manis yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan
praktikal. Produk Pembersih Wajah kini tampil ayu dengan kemasan ungu
lembut manakala Krim Pencerah Wajah pula hadir dengan rona kemanisan
merah jambu. Sebagai pengenalan kepada kelahiran baharu SAFI
FAIR BEAUTY, Krim BB Pencerah Wajah melengkapkan rutin
kecantikan si gadis dengan kehadiran reka bentuk berwarna kuning
cerah yang penuh dengan keceriaan namun masih mengekalkan sisi
kelembutannya. Setiap produk juga dihiasi kuntuman bunga putih yang
menjadi tafsiran kepada slogan SAFI- “Selamat dan Suci”.
Yang paling menarik, harganya kekal sama!
Berikan kulit wajah anda 8
manfaat melalui penggunaan rangkaian SAFI
FAIR BEAUTY berikut:
1. SAFI Fair Beauty
Facial Cleanser
Saiz pek: 50g/100g
Harga: RM5.75/10.20 (0%
GST)
2. SAFI Fair Beauty
Fairness Cream
Saiz pek: 50g/80g
Harga: RM8.15/11.45
(0% GST)
3. SAFI Fair Beauty BB
Cream
Saiz pek: 40g
Harga: RM8.15 (0%
GST)
4. SAFI Fair
Beauty Set (Fairness Cream + FacialCleanser)
Saiz Pek: Gift Set
Harga: RM10.90 (0%
GST)
Mengapa
perlu risau lagi?... SAFI FAIR BEAUTY jer lah!
Produk
ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama dan
pasaraya hyper. Untuk
maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI
SAFI.MY,
Instagram SAFI @safimalaysia, laman Youtube SAFI di
safimalaysia