lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 20 September 2018

Safi Fair Beauty | 3 Beradik Penyeri Wajah Pelengkap Hari

SAFI FAIR BEAUTY“Yakin, Cerah, dan Ceriadengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty!”


Tidak yakin ketika menghadiri temuduga?
Selalu menggunakan aplikasi “filter” sebelum memuat naik gambar
di media sosial?
Dah pakai baju cantik- cantik pun si dia tak perasan? :(

Jangan risau…. SAFI FAIR BEAUTY jer lah!

Kebanyakan gadis mementingkan tanggapan pertama ataupun “first impression” tidak kiralah ketika menghadiri sesi temuduga, hujung minggu dengan sahabat lama, ataupun temujanji pertama bersama si dia. Masalah kulit wajah yang kusam serta tona yang tidak sekata akan menurunkan keyakinan diri. Hakikatnya, rungutan tentang masalah sebegini bukanlah sesuatu yang baru.

SAFI FAIR BEAUTY“Yakin, Cerah, dan Ceriadengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty!”

Tabiat pemakanan yang tidak sihat, tekanan, kualiti tidur yang merosot, dehidrasi serta kotoran dan habuk akibat pencemaran merupakan faktor-faktor utama kulit wajah rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia. Memahami aspirasi setiap gadis untuk tampil cerah dan yakin, SAFI- jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah- SAFI FAIR BEAUTY sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para gadis. SAFI menggenggam utuh falsafah bahawa setiap gadis berhak memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri tanpa perlu bimbang kerana setiap masalah kulit wajah wanita, SAFI selesaikan.
SAFI FAIR BEAUTY“Yakin, Cerah, dan Ceriadengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty!”

Kelahiran semula SAFI FAIR BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO.Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada ruti penjagaan wajah, SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.

Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Dengan penggunaan SAFI FAIR BEAUTY, kulit akan kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya. Serlahkan kecantikan wajahmu di bawah pancaran suria dan katakan selamat tinggal kepada sinaran UV!

Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.

Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja!

SAFI FAIR BEAUTY yang baharu, kini dilengkapi dengan teknologi BIO.Fairness bertindak untuk:

·        Mencerahkan kulit
·        Menyamaratakan tona kulit
·        Kulit berseri merah jambu
·        Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
·        Memberi perlindungan UV
·        Melembutkan dan menghaluskan kulit
·        Melicinkan kulit
·        Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit





 “3 beradik” penyeri wajah, pelengkap hari!

Dia si ayu penuh keyakinan
Yang sulung penuh ayu, dialah Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah pertama untuk keyakinan dirimu. Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri.
Dia si cantik penuh kemanisan
Yang tengah si cantik manis, dialah Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah kedua untuk kekal cerah sepanjang harimu. Setiap olesan pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih manis dan segar pada bila-bila masa.
Dia si comel penuh keceriaan
Yang bongsu comel dan ceria, dialah Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah ketiga melengkapi rutin kecantikanmu. Menggunakan rumusan yang sama dengan produk rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan. Bersolek ataupun tidak, setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte finising).
SAFI FAIR BEAUTY“Yakin, Cerah, dan Ceriadengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty!”
Ok dah bermula cabaran 30 hari bersama Safi Fair beauty. 
SAFI FAIR BEAUTY hadir dalam reka bentuk lebih comel sesuai dengan citarasa gadis manis yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan praktikal. Produk Pembersih Wajah kini tampil ayu dengan kemasan ungu lembut manakala Krim Pencerah Wajah pula hadir dengan rona kemanisan merah jambu. Sebagai pengenalan kepada kelahiran baharu SAFI FAIR BEAUTY,  Krim BB Pencerah Wajah melengkapkan rutin kecantikan si gadis dengan kehadiran reka bentuk berwarna kuning cerah yang penuh dengan keceriaan namun masih mengekalkan sisi kelembutannya. Setiap produk juga dihiasi kuntuman bunga putih yang menjadi tafsiran kepada slogan SAFI- “Selamat dan Suci”. Yang paling menarik, harganya kekal sama!

Berikan kulit wajah anda 8 manfaat melalui penggunaan rangkaian SAFI FAIR BEAUTY berikut:

1.        SAFI Fair Beauty Facial Cleanser
Saiz pek: 50g/100g
Harga: RM5.75/10.20 (0% GST)

2.      SAFI Fair Beauty Fairness Cream
Saiz pek: 50g/80g
Harga: RM8.15/11.45 (0% GST)

3.     SAFI Fair Beauty BB Cream
Saiz pek: 40g
Harga: RM8.15 (0% GST)

4.  SAFI Fair Beauty  Set (Fairness Cream +        FacialCleanser)
Saiz Pek: Gift Set
Harga: RM10.90 (0% GST)

Mengapa perlu risau lagi?... SAFI FAIR BEAUTY jer lah!
Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama dan pasaraya hyper. Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI SAFI.MY, Instagram SAFI @safimalaysia, laman Youtube SAFI di safimalaysia

2 comments:

  1. bestnya... produk Safi semakin setanding jenama terkenal.. Yakin guna produk safi lagipun harga produk safi tak mahal, mampu milik !

    ReplyDelete